APTOS Thread lift oleh Dr Alice Total Wellness Centre
Tertarik dengan rawatan APTOS Thread lift oleh Dr Alice Total Wellness Centre yang terletak di Jalan Maarof,
Bangsar Kuala Lumpur, aku teruja nak kongsikan tentang prosedur dan juga pengalaman
selepas melihat Dr Alice Prethima menjalankan rawatan APTOS Thread lift kepada pesakit.
Thread lift atau lebih dikenali sebagai rawatan Tanam Benang memang terkenal di
kalangan pelanggan yang mahukan kulit anjal dan muda tanpa melakukan pembedahan.
Kaedah kecantikan tanam benang
memang dah lama tersedia di pasaran. Hari demi hari, sejajar dengan perubahan
teknologi, kaedah rawatan benang juga bertambah baik. Itu yang dilakukan oleh Dr
Alice Prethima Micheal, pengasas Dr Alice Total Wellness dan Ageless Spa yang
memperkenalkan benang berkualiti tinggi, APTOS untuk rawatan tanam benang.
Aku antara yang bertuah dapat masuk
ke bilik rawatan dan menyaksikan doktor membuat transfomasi kulit wajah kendur
kepada lebih tegang dan kelihatan lebih muda. Atas faktor kebersihan, sebelum
dibenarkan masuk ke bilik rawatan, aku kena pakai pelitup muka dan juga sarung
kaki. Sebelum aku bercerita lanjut, mari fahami apa itu rawatan APTOS Thread
lift.
Dr Alice Thread Lift Menggunakan Aptos Threads
APTOS merupakan teknologi terkini
dalam kaedah pembedahan dan ‘insertion methods’. Benang APTOS terdiri daripada
Polycaprolactone (PCL) dan boleh bertahan sehingga 5 tahun (benang yang ada
dipasaran bertahan sehingga 2-3 tahun).
Kaedah APTOS merupakan ‘The
Visage Excellent Method’ dan kini merupakan standard berlian di Eropah bahkan di
seluruh dunia. Dr Alice merupakan antara salah seorang pengamal pertama yang membawa
teknologi ini ke Malaysia. APTOS telah mendapat kelulusan oleh FDA (Food &
Drug Administration) dan kini semakin terkenal dan mendominasi kaedah rawatan
tanam benang di peringkat dunia.
Bagaimana Rawatan Benang APTOS Berfungsi?
Proses keseluruhan rawatan tanam
benang APTOS yang aku saksikan pada hari tu memang sangat singkat, hanya ambil
masa kurang dari setengah jam kerana kepakaran Dr Alice semasa menjalankan
tugasnya. Apa yang berlaku ialah benang APTOS ditanam di kulit muka menggunakan
jarum khas yang halus dan dalam masa enam bulan benang APTOS akan larut di
dalam kulit dan dalam masa yang sama meransang penghasilan kolagen.
Rawatan benang APTOS diakui
selamat dan sangat berkesan serta tidak memberikan kesan sampingan atau
komplikasi seperti dalam pembedahan, cuma muka pesakit akan sedikit bengkak
untuk beberapa hari. Dr Alice juga menegaskan, pesakit terdahulu memberikan
maklum balas yang baik, tidak ada rasa sakit yang melampau dan hasil yang
mengagumkan.
Apa yang penting ialah datang dan
berbincang untuk mengetahui keadaan kulit dan doktor akan cadangkan yang
terbaik untuk pesakit. Pesakit yang berumur 35 hingga 55 tahun dan tidak
mempunyai kulit kendur yang teruk sesuai untuk melakukan rawatan APTOS Thread
lift.
Mahal Ke Kos Rawatan Benang APTOS?
Harga kos rawatan benang APTOS yang dikenakan terhadap pesakit adalah bergantung kepada jumlah benang yang dimasukkan dan semestinya berbeza-beza harganya. Kos rawatan pesakit yang Dr tunjuk pada aku pada hari tersebut ialah bernilai RM12,000 untuk 10 batang jarum. Lebih elok datang dan dapatkan nasihat berdasarkan keadaan kulit masing-masing.
Berita baik untuk korang yang berminat
nak dapatkan rawatan APTOS Thread lift atau mana-mana rawatan dari Dr Alice
Total Wellness & Ageless Spa, sekarang adalah masa yang terbaik kerana Dr
menawarkan diskaun 40% untuk semua jenis rawatan sepanjang bulan Ogos 2020
sempena pelancaran Shine Bright Series. Potongan diskaun istimewa sempena Bulan
Kemerdekaan. Bolehlah dapatkan keizinan suami wahai para isteri untuk cantik.
Antara rawatan lain yang
ditawarkan ialah: Dr Alice Gold Laser, Dr Alice Facial Rejunevation Method
(Profhilo), Dr Alice Shine Bright Program.
Dr Alice bersama Mrs Malaysia 2019/2020, R. Priyadarshimi yang merupakan duta Dr Alice Total Wellness Centre and Ageless Medispa.
Perkara Perlu Tahu Selepas Menjalani
Rawatan Dr Alice APTOS Thread lift
Cadangan selepas rawatan:
- Selepas prosedur, sedikit pembengkakan atau lebam mungkin berlaku.
- Kadang-kadang, sedikit kemurungan atau ketidakteraturan kulit muncul. Kesulitan ini akan reda dalam beberapa hari selepas prosedur.
- Doktor akan menetapkan antibiotik sekiranya terdapat risiko jangkitan yang tinggi.
- Sapukan pek ais sejurus selepas prosedur
- Ambil analgesik sekiranya sakit selama 2-3 hari
- Jangan menggunakan solekan selama 24 jam minimum
- Tidur menghadap ke atas, dalam kedudukan tinggi selama kira-kira 3-5 malam
- Basuh muka dengan lembut tanpa menggosok atau mengurut selama 5-7 hari
- Basuh dan keringkan wajah dengan lembut tanpa menggosok atau mengurut selama 5-7 hari
- Elakkan pergerakan muka dan leher yang berlebihan selama lebih kurang 2 minggu
- Elakkan urut muka dan leher selama 1 bulan
- Elakkan terlalu terdedah kepada cahaya matahari langsung selama 2 minggu
- Elakkan bersukan dan bersenam selama 2 minggu
- Jangan gunakan sauna selama kira-kira 3 minggu
- Elakkan pembedahan gigi selama 3 minggu
Sumber: APTOS Global
Boleh hubungi no telefon di bawah
atau walk in ke alamat di bawah dan buat temujanji korang.
Temujanji: 03-2095
0458 / 60103683521
Dr Alice Clinic
62-1 Jalan Maarof,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Dengan pendedahan dan juga
kesedaran yang berterusan tentang benang APTOS, Dr Alice berharap pesakitnya
tidak perlu lagi risau atau merasa tidak selesa apabila mereka datang ke kliniknya
untuk mendapatan rawatan.
Tentang Dr Alice Total Wellness
Centre and Ageless Medispa
Dr Alice Total Wellness Centre
and Ageless Medispa menawarkan rangkaian prosedur kosmetik yang lengkap,
rawatan estetik dan perkhidmatan kesihatan yang terletak di Jalan Maarof
Bangsar. Semua prosedur kosmetik dan estetika ditadbir dan dipantau secara
profesional oleh Dr Alice Prethima Micheal yang berpengalaman, doktor berlesen
dan berkelayakan serta menggunakan peralatan perubatan terbaru yang diluluskan
oleh FDA.
kagum betul tgk pesakit buat rawatan ni.. cocok sana cocok sini.. hehehehe..
BalasPadamBeauty is pain tp rawatan ni berbaloi sgt
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.