Impian Memiliki Perniagaan Sendiri, Tapi Boleh Ke?
Memiliki perniagaan sendiri
merupakan impian terbesar pernah aku ada dalam hidup. Aku bayangkan menjadi
seorang ketua yang disegani kerana kemahiran aku sebagai seorang ‘leader’. Aku tubuhkan syarikat gergasi yang mana
setiap ketua jabatan akan lapor diri kepada aku.
Dari zaman persekolahan lagi, bila ditanya tentang cita-cita, aku mesti jawab yang aku nak jadi seorang yang bekerja di dalam syarikat besar, dalam pejabat ada penghawa dingin. Waktu tu mana aku tahu tentang pangkat dalam syarikat dan apa kena buat.
Rasanya aku
terpengaruh dengan drama Melayu, business sembang juta-juta jadi aku
terpengaruh.
Oleh sebab aku sedang dalam usaha
mengejar cita-cita aku menjadi seorang leader yang disegani, jadi aku nak
coretkan pengalaman aku lalui dengan pembaca blog. Masa aku pasang angan-angan
nak ada syarikat, serius aku tak pernah fikir apa benda yang syarikat akan jual,
yang aku tahu aku akan kaya.
Kejar Impian Sejak Kecil Nak Jadi Kaya
Semestinya bila dah habis
sekolah, dah tahu realiti alam pekerjaan, drama politik di pejabat sedikit
sebanyak menggoyahkan impian aku tu. Bukan mudah nak gapai memandangkan aku ni
dari keluarga yang bukan buat business.
Tapi itu semua tidak mematahkan
semangat aku. Syukur, dengan impian itu lah aku terus hidup. Apalah manusia
tanpa impian, lagipun ianya percuma. Impian tanpa tindakan hanyalah
angan-angan. Ingat itu ya.
Dipendekkan cerita, pengalaman
menjadi agent, sertai dropship, buat COD amat membantu aku memahami apa yang
bakal aku lalui kalau aku nak capai impian. Banyak kali juga kesabaran dan
kesungguhan aku teruji.
Modal bukan jadi penghalang sebab
aku amat kedekut dan berkira dengan duit jadi aku akan pastikan aku join benda
yang percuma dan dapatkan untung. Halangan
terbesar adalah diri aku sendiri. Serius penat tapi berbaloi.
Cabaran Pun Bermula
Tapi semuanya jadi slow down bila
aku dah ada anak. Pada tahap ini, aku banyak mengalah dahulukan keluarga.
Lagipun aku tak mampu nak handle anak + keluarga + kerja hakiki + business.
Impian tetap ada tapi aku pendam.
Sepanjang itu jugalah
bermacam-macam produk aku brainstorm untuk dijadikan produk syarikat aku. Aku
pernah buat research tentang pakaian, tudung, homemade food, frozen food,
kosmetik dan banyak lagi lah.
Aku pernah cerita dengan suami,
impian aku nak buka café. Dekat café aku akan jual kopi dan juga our signature
food sahaja. Tempat lain tak dapat. Café selesa harga student mampu makan,
sebab dulu masa aku bergelar student aku tak mampu lepak café. Student sekarang
je memang lepak café untuk buat discussion, buat assignment.
Back to my story, impian aku tak
dapat diteruskan sebab wabak Covid19 yang sedang melanda dunia, banyak lagi
sebenarnya faktor lain. Tak relevant kalau nak sewa premis dan jalankan business
makanan di zaman semua prefer take away.
Bila lahirkan anak ketiga, suami
nasihatkan untuk jaga anak di rumah sambil tu boleh aku fokus untuk menulis
blog. Sesekali aku turun event untuk hilangkan bosan. Dengan masa yang ada aku
kumpul kembali keinginan aku nak ada syarikat sendiri.
Cari Business Partner Berkualiti
Semestinya semuanya berlaku
dengan perlahan tapi aku tak pernah putus asa. Kemudian Tuhan lintaskan kawan
aku yang menjadi rakan kongsi aku sekarang. Kenapa aku pilih rakan kongsi,
sebab aku tak mampu nak handle semua seorang.
Berdua lebih baik kan? Tapi
ketahui lah berdua juga amat tinggi cabarannya. Jadi kita ambil yang baik-baik
sahaja.
Benda paling mencabar bagi aku
adalah mencari produk apa yang boleh dijual? Kena ke dengan jiwa, boleh laku
ke? Eh banyak persoalan lagi sebenarnya. Masa inilah kena study market, kena
tahu apa produk yang dapat selesaikan masalah pengguna dan paling penting kena
penuhkan ilmu di dada. Untuk kau orang yang dah jumpa produk mudah dijual maka
beruntunglah.
Sekarang aku berada di tahap
paling bawah sekali, dalam proses nak bina impian aku. Nak setup segalanya
bukan mudah ya. Nak uruskan production, register SSM company, perjanjian,
akaun, sistem, uruskan ejen, jualan dan banyak lagi lah.
Hari demi hari menghadap benda
baru. Komunikasi, tolak ansur, tanggungjawab semua memainkan peranan penting.
Bukan mudah tapi tak mustahil nak capai.
Apa aku boleh simpulkan, salah
satu faktor yang membuatkan aku pilih jalan ini adalah aku nak ubah hidup aku.
Keberanian perlu ada. Setiap perkara ada risiko kan? Dah tak boleh elak risiko
jadi kita kurangkanlah.
Tips berjaya menjual di Shopee!
Pengeras Tudung dan Penghilang Kotoran Jenama COMOT
Aku teruja nak berkongsi kebaikkan produk yang aku jual khas untuk menjaga penampilan terutamanya wanita. Oleh sebab aku selalu hadapi masalah tudung lembik, payah nak dibentuk jadi aku yakin Hijab Spray (pengeras tudung) akan membantu wanita dekat luar sana yang hadapi masalah yang sama macam aku.
Jangan main-main kalau tudung tak beri kerjasama ok. Boleh kacau mood sepanjang hari.
Selain itu aku juga ada menjual penghilang kotoran segera (stain remover), sesuai untuk mereka yang tak sah kalau keluar tak comotkan tudung dan baju. Sembur dan tonyoh, sekelip mata kotoran akan hilang.
Mudah sangat.
Aku bukanlah puji produk yang aku jual ni berlebihan, tapi aku yakin ianya memberi manfaat jadi aku yakin nak berkongsi dengan orang lain juga.
Untuk kau orang juga kalau ada minat yang sama, nak berniaga tapi tak tahu nak mula dari mana aku syorkan supaya cari ilmu dan pilih circle business yang positif ya. Sekarang dah banyak cikgu-cikgu business yang kongsi rahsia mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
wahh tahniah sis!
BalasPadamwahhh.. good luck sis, doakan om juga ada company sendiri.
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.