5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan i-Sinar KWSP (Update)

Rodiah Amir
5

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar. 

Perkara yang dinanti-nantikan rakyat yang majoriti terkesan dengan wabak pandemik ni. Kalau sebelum ni, permohonan i-Lestari bagi akaun 2 dibuka kepada semua orang, berbeza pula dengan permohonan i-Sinar KWSP. 

5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan i-Sinar KWSP

Sempat la aku merasa duit dari akaun 2. Tapi sedihnya berdasarkan kenyataan semasa yang KWSP keluarkan hanya yang ‘layak’ sahaja boleh memohon pengeluaran i-Sinar.

5 Perkara Penting Perlu Tahu Mengenai i-Sinar KWSP


#1 Ahli KWSP yang layak Memohon i-Sinar?

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa akhirnya KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar , Kalau sebelum ini syarat asal untuk permohonan i-Sinar adalah seperti di bawah:

  • Ahli yang kehilangan pekerjaan
  • Diberi cuti tanpa gaji
  • Ahli yang hilang punca pendapatan.

#2 Syarat seterusnya ialah,

  • Berumur 55 Tahun ke bawah.
  • Ahli aktif KWSP sehingga February 2020.
  • Tidak mencarum pada 2 bulan terakhir semasa permohonan dibuat.

i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Terkini, akhirnya KWSP telah meluaskan lagi syarat bagi permohonan i-Sinar:

  • Semua yang terjejas pendapatan boleh mohon pengeluaran Akaun 1. 
  • Had maksimum pengeluaran adalah Rm10,000. 
  • Terbuka kepada pencarum yang hilang pekerjaan / pendapatan berkurang pada tahun ini. 
  • Pekerja sektor formal / bekerja sendiri. 
  • Samaada mencarum secara aktif atau tidak. 



Cara Memohon Pengeluaran KWSP i-Sinar

Permohonan i-Sinar boleh dilakukan secara dalam talian atau pun boleh walk in ke mana-mana pejabat KWSP berdekatan anda. 

Pemohon perlu menunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji / elaun / OT atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri. 

Berbanding syarat permohonan terdahulu, i-Sinar kini boleh dipohon lebih 8 juta ahli, daripada 2 juta ahli yang layang sebelum ini. 


#3 Tarikh Permohonan

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

#4 Syarat-Syarat Permohonan Lain

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

a. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Contoh Pengeluaran Berdasarkan Jumlah Simpan Akaun 1

#5 Perlu Ganti Semula Duit Pengeluaran i-Sinar?

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Caranya ialah caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Dapatkan Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Layari https://www.kwsp.gov.my/

Pertanyaan & Maklumat Lanjut.

Sumber: KWSP

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. semoga inisiatif kerajaan ni dapat membantu golongan terjejas sumber pendapatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berharap sangat kerajaan beri untuk semua kemudahan keluarkan duit simpanan sendiri tu

      Padam
  2. tak semua layak membuat pengeluaran.
    mcm kak pip, syarat ke-dua memang tak lepas dah.

    BalasPadam
  3. Sama Kak Pip, berdoa sangat kerajaan buka kepada semua. Rakyat tengah memerlukan

    BalasPadam
  4. saya masih berkira2 sama ada nak apply ke tak..
    sayang pun yaa tapi rasa macam perlu. tak tahula.. kena fikir lagi..

    BalasPadam
Catat Ulasan