Review KDrama The Uncanny Counter
Habis juga season pertama The
Uncanny Counter, tak sabar nak tunggu season 2 release. Suka tengok sebab drama
ni sesuai untuk seisi keluarga kalau nak layan. Tiada adegan melampau dan tidaklah
sampai mengancam akidah seorang Muslim.
Kalau nak tahu drama The Uncanny Counter ni sebenarnya diadaptasi dari Webtoon yang bertajuk Amazing Rumor. Tak seperti drama-drama Korea lain cerita ni tiada langsung adegan romantik bercinta sebab genre drama ni ialah aksi, misteri, & ghaib. Ada 16 episod kesemuanya.
Jalan Cerita The Uncanny Counter
Mengisahkan sekumpulan pemburu
syaitan yang digelar “Counter” dan setiap mereka ada kuasa luar biasa yang
berbeza. Tugas mereka adalah perlu menangkap roh-roh jahat yang telah kembali
ke bumi yang merasuk manusia yang sedia jahat.
Manusia yang dirasuk roh jahat
akan terus menerus melakukan pembunuhan untuk mencapai level kejahatan
tertinggi dalam mengejar kehidupan kekal abadi. Terdiri daripada empat orang
Counter yang masih aktif iaitu Mun (Jo Byung Kyoo), Ga Mo-Tak (Yoo Joon Sang),
Do Ha-Na (Kim Se Jeong) dan juga Chu Mae-Ok (Yeom Hye Ran) dan menyamar sebagai
pekerja di restoran mi.
Suka dengan watak-watak dalam
Counter ni kerana terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan kemesraan hubungan
kekeluargaan berjaya ditonjolkan dengan jayanya. Sampai la nilai kasih sayang
tu bagi aku.
Oh ya Counter ni adalah mereka yang
terpilih dan diberi peluang kedua semasa mereka berada dalam keadaan koma
kecuali si Mun sebab dia tu istimewa dan merupakan ahli paling muda. Awal-awal
tu emosi juga la tengok perangai dia sebab dia nak selamatkan roh mak ayah dia
yang mati dibunuh dan dimakan oleh roh jahat.
Sejarah Hidup Watak Dalam The Uncanny Counter
Kisahnya, Mun adalah seorang
pelajar sekolah menengah yang semasa kecil, dia terlibat dalam kemalangan
kereta yang mencurigakan dan sebabkan kaki dia tempang. Ibu bapanya meninggal
dalam kemalangan dan hanya dia terselamat.
Ga Mo-Tak pula adalah pegawai
polis yang terlibat dalam kemalangan 7 tahun lepas yang menyebabkannya hilang
ingatan.
Dalam Counter Do Ha-Na mempunyai
kuasa dapat mengesan roh jahat dari
jarak ratusan kilometre dan apabila dia menyentuh seseorang, dia dapat membaca
kenangan mereka.
Counter paling senior yang masih
bertugas ialah Chu Mae-Ok yang mempunyai kuasa pemulihan. Perangai dia macam
mak-mak dalam cerita ni yang asyik risaukan ahli Counter yang lain.
Cerita ni tak membosankan sebab
dia orang tangkap macam-macam jenis roh jahat. Banyak aksi lawan dan bila
berjaya Counter tu kena iring roh jahat ke neraka. Lebih kurang begitulah
simbolik dia.Watak roh jahat pon menarik, saiko gila si Ji Chung Shin lakonan
Lee Hong Nae.
Sesuai sangat roh jahat bergabung
dengan manusia yang suka membunuh, tamak wang ringgit dan gila kuasa.
Untuk season satu ni fokus dia
adalah mencari pembunuh ibu bapa Mun katanya sambungan season dua ada tambahan
lagi Counter. Dalam dua episode terakhir muncul watak Counter yang bertugas
dekat Singapore tapi watak tu terkorban masa lawan roh jahat yang terpaling
kuat.
Ah kau orang tengok sendiri la cerita ni ya. Kang tak seronok kalau aku cerita semua sekali. Boleh tengok dekat Netflix, KissAsian atau pun Dramacool.
alamak, bahaya ni. mama pun dah mula terjebak kdrama ni hihi
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.