Korean Movie Along with the Gods: The Two Worlds
Siapa peminat filem Korea memang
wajib tengok cerita Along with the Gods: The Two Worlds ni. Jangan confuse
sebab dia ada filem kedua iaitu Along with the Gods: The Last 49 Days.
Seeloknya tengok yang pertama kemudian sambung filem kedua sebab kisah dia
berkait.
Kalau tengok kena sediakan tisu
sebab banyak sangat scene yang menyentuh hati sehingga aku banyak kali
mengalirkan air mata. Siot betul. Tapi serius best berbaloi untuk ditonton.
Dari mula movie start sampai habis aku tak sempat rasa bosan pun.
Antara pelakon yang ada dalam
filem Along with the Gods ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun, Ju Ji-Hoon, Kim
Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook.
Sinopsis Along with the Gods: The Two Worlds
Filem Along with the Gods: The
Two Worlds mengisahkan tentang dua dunia iaitu dunia kita sekarang ni dan juga
dunia selepas kematian. Menceritakan kisah perjalanan bagi roh yang meninggal
dunia menuju hari perbicaraan. Setiap roh yang mati akan dijemput oleh Malaikat
Maut yang akan mengiringi ke akhirat.
Sebelum roh dijatuhkan hukuman ada
tujuh percubaan yang harus dia lalui: Betrayal, Violence, Filial Impiety,
Murder, Indolence, Deceit, and Injustice. Urutan perbicaraan ditentukan oleh
Raja Yeomra, yang menilai dosa dari yang paling ringan hingga yang paling berat.
Setiap perbuatan baik mahupun
buruk akan dinilai dan ditayangkan semula kepada kita, dari sekecil-kecil
kejahatan sehingga lah kejahatan paling teruk pernah dilakukan semasa hidup.
Sama juga dengan kebaikan.
Cha Tae-hyun membawa watak
sebagai seorang Ahli Bomba bernama Kim Ja-Hong yang mati ketika bertugas. Dia
terkorban apabila cuba menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di sebuah
bangunan dan mati akibat jatuh dari bangunan yang tinggi.
Mangsa berjaya diselamatkan tapi
malangnya kejadian tersebut telah meragut nyawa beliau. Waktu itulah Kim
Ja-Hong bertemu dengan Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim
Hyang-gi) iaitu Malaikat Maut yang ditugaskan untuk mengiringi dan menjadi
peguam bela semasa perbicaraan dia di akhirat. Seorang lagi Malaikat Maut yang
akan membantu ialah Gang-rim (Hang Jung-woo).
Awalnya Ja-hong tidak dapat
terima kenyataan yang dia dah mati dan dia masih ada impian terakhir iaitu nak
berjumpa dengan mak dia. Ada pengakuan yang ingin dia buat dan perkara yang
masih belum sempat dia selesaikan.
Deok-choon menerangkan yang
Ja-hong perlu melalui perbicaraan selama 49 hari dan melalui 7 perbicaraan
sebelum dia dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Oleh sebab Ja Hong
menerima tiket “Paragon” (tiket roh mulia) kerana banyak buat kebaikan di dunia
jadi ini akan memudahkan proses perbicaraan dia.
Maka bermulalah perbicaraan bagi
Ja Hong. Ketiga-tiga Malaikat Maut yang bertugas sebagai Peguambela mencuba
sehabis baik untuk membuktikan yang Ja Hong ni memang baik dan tidak bersalah
serta layak untuk dilahirkan semula.
Ada Pendakwa Raya yang akan
bentangkan segala kesalahan dilakukan oleh Ja Hong semasa hayatnya supaya dia
dimasukkan ke Neraka. Seram ya bila ditunjukkan pada setiap perbicaraan
bagaimana roh dihukum kerana kesalahan ketika mereka hidup. Ada yang dilenyek
dengan kayu, dibakar api, dimakan ikan Pirana dan macam-macam lagi.
Adegan pembalasan dekat Neraka
dan juga akhirat tu nampak sangat menakutkan sangat.
Semasa hidup Ja Hong ada ibu yang
bisu dan seorang adik lelaki. Ada kisah kenapa dia nak sangat jumpa ibu dia.
Part ni memang menangis teruk aku. Hubungan mereka tak baik sebab ada satu
kejadian yang sebabkan Ja Hong lari dari rumah dan tak pernah balik sepanjang
15 tahun dia hilangkan diri.
Dia hanya kirim surat dan duit
serta memerhatikan ibu dan adik dia dari jarak jauh sebab dia tak sanggup nak
berhadapan dengan ibu dia. Semasa proses perbicaraan Ja Hong masih berlangsung,
adik dia pula iaitu Soo-hong (Kim Dong-wook) telah mati mengejut. Adik dia
Askar yang terlibat dalam satu kemalangan yang tidak disengajakan.
Bertambah sedih, Ibu dia tak tahu
pun adik dia dah meninggal dunia. Jadi ibu dia kerap ke kem Askar untuk cari
adik dia. Kau orang memang kena tengok sendiri lah kesudahan cerita ini sebab
masih banyak lagi elemen kejutan dan kisah sedih tentang Ja Hong dan keluarga
dia.
Siapa bunuh adik dia? Kenapa dia
tak mahu balik?
Satu persatu terbongkar dengan
bantuan Malaikat Maut. Setiap perbicaraan yang dilalui Ja Hong mendedahkan
kenapa dia ambil keputusan untuk tidak balik bertemu ibu dia dan juga banyak
elemen kejutan yang menyentuh hati.
Filem Along with the Gods: The
Two Worlds tidak terhenti di situ dan disambung dengan Along With the Gods: The
Last 49 Days kisah adik dia, Soo-hong yang turut mendapat tiket Roh Mulia sama
seperti roh abang dia. Jadi kesemua Malaikat Maut kena lindungi dan iringi adik
dia pula.
Review Aku Tentang Filem Along
with the Gods: The Two Worlds
Puas hati gila bila tonton filem
yang hampir dua jam lamanya. Sesuai ditonton oleh semua golongan dan kalau ada
anak-anak kecil yang tonton sekali harus dipantau oleh orang dewasa. Banyak
nilai kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan dapat dicontohi daripada filem
ni.
Jadi apa tunggu lagi, sila pergi cari dan tengok filem ni. Aku dah habis tengok yang kedua juga, nak tunggu filem Filem Along with the Gods yang ketiga pula. Khabarnya tahun 2021 lah filem ketiga & keempat akan ditayangkan. Tak sabar.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.