GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Mula masa nampak posting kawan-kawan join Giveaway by SHFYQHAZHR.COM terasa excited nak join dan support kawan-kawan blogger. Tapi bila baca syarat giveaway terus jadi sedih.

Syarat nak join mudah dan ringkas je tapi soalan yang Shyfyqhazhr ni tanya rasa sangat menyentuh perasaan. Ala hibanya.

Nak tahu soalan dia apa? Ha dia tanya “impian raya tahun ni”. Rasa nak menangis je bila menaip ni. Bila cerita bab Raya ni otak mesti akan throwback kemeriahan Raya pada zaman Covid19 tak wujud.

Indahnya weh beraya bersama keluarga di kampung. Tapi itulah, hanya tinggal kenangan. Nak ulang semula entah bila, kita doa jelah.




Impian Raya Tahun 2021

Impian aku tak banyak dan tak besar mana pun, satu je. Aku nak balik dan sambut raya dengan mak & adik beradik di kampung. Nak menziarahi kubur arwah abah, nak pergi rumah jiran makan kuih dan nak menziarah sanak saudara.

Walaupun orang kata agak payah benda tu nak berlaku, which is keadaan jadi macam dulu tapi dengan izin Allah tiada yang mustahil kan?  

Tak boleh karang lama-lama bab Raya ni, air mata cepat gugur. Aku doa emak, adik beradik, ahli keluarga dan keturunan aku sihat walafiat, sentiasa berada di bawah rahmatNya dan berdoa kami dapat berkumpul ramai-ramai satu hari nanti.

Amin Ya Mujib.

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nak join tp impian raya mcm kosong je..huhuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. join memeriahkan je kak.. semangat kena ada untuk anak-anak nak ray

      Padam
  2. alo sedih pulak :( insyaAllah raya haji nanti boleh raya balik!

    terima kasih join Giveaway Ramadhan by Shfyqhazhr.com :)

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama