Korean Drama Review – The Sound of Your Heart

Drama The Sound of Your Heart telah ditayangkan pada tahun 2016 dan baru tahun ni aku berkesempatan nak tengok. Ni semua sebab PKP, habis semua drama dan movie lama-lama aku cari. Aku berjaga malam tadi habiskan kesemua 10 episod drama The Sound of Your Heart.

Tolong jangan tiru tabiat berjaga malam demi hiburan. Aku ambil kesempatan waktu datang bulan dan boleh bangun lambat. Ahaks. Boleh tengok drama ni di Netflix.

Hari ni, aku masih lagi rasa nak tergelak bila teringat adegan-adegan kelakar drama ni. Sitkom The Sound of Your Heart adalah berdasarkan webtoon The Sound of Hear. Aku tengok sebab pelakon utama drama ini ialah Lee Kwang Soo.

Aku minat Lee Kwang Soo melalui rancangan Running Man. Suka karekter dia yang kelakar dan keakraban dia dengan ahli-ahli Running Man yang lain. Awalnya takut juga kalau Kwang Soo buat lawak kurang cerdik, tapi tidak ya.

Kelakar tu bersahaja dan seronoknya semua pelakon dalam ni buat lawak yang tidak dipaksa. Muka masing-masing memainkan peranan dan pandai bawa emosi.

Nak baca review aku drama Uncanny Counter dekat sini pun best juga. 


the sound of your heart - kdrama review


Drama Komedi The Sound of Your Heart

Kalau korang mencari drama yang ringan, dan korang nak bergelak ketawa sebab stress dengan PKP memang amat disarankan drama The Sound of Your Heart ni. Kisah dalam drama ni kita boleh relate sebab ianya berkisar tentang kehidupan seorang lelaki yang mempunyai impian untuk menjadi pelukis komik.

Bermula dari zaman sekolah, dia meneruskan minat dan tak putus asa nak kejar cita-cita jadi pelukis komik yang terkenal. Lee Kwang-soo bawa watak sebagai Jo Seok, keluarga dia awalnya tak sokong sangat sebab lukisan dia yang tak seberapa tu.


the sound of your heart - kdrama review


Dia lukis gambar orang berwajah petak. Weh kelakar. Bila dia submit draf, penerbit asyik reject sebab kebanyakkan komik di pasaran mesti cun dan watak pon hebat. Sehinggalah dia submit komik berdasarkan kisah keluarga dia.

Itu pun idea penerbit dia yang cadangkan. Katanya kalau tulis komik berdasarkan diari hidup dia lagi bagus. Akhirnya dia buat kisah tentang keluarga dia yang cuba bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah. Emak dia cadangkan siapa yang bercakap bahasa Korea kena denda. Bayar duit.

Bermula dari situ dia teruskan karya menjadi pelukis komik yang kelakar.

Selain elemen kelakar, elemen kekeluargaan yang rapat ditonjolkan dengan baik dalam drama ni. Ayah Jo Seok ni kuat berangan dan selalu ambil part time job sebagai pelakon tambahan. Abang dia pula bekerja di syarikat dan selalu outstation ke China.

Setiap watak dalam drama ni memberi kesan dan memeriahkan lagi drama. Kisah percintaan Aebong dan Jo Seok pun kelakar juga. Tengok sendiri la lagi syok.

Aku cadangkan Drama komedi The Sound of Your Heart untuk korang tonton sebab banyak nilai dan pengajaran, keakraban kekeluargaan dan sikap tak putus asa serta rasa syukur dan menghargai peminat. Setiap babak dalam drama ni kita boleh relate dengan kehidupan seharian. 

 *pic-Netflix

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama