Review Dan Sinopsis Sweet Teeth Chinese Drama 

Ramai dekat Instagram dan Tiktok suggest untuk tengok Chinese Drama, Sweeth Teeth. Oleh sebab dah terpengaruh haruslah tengok sampai habis drama ni. Siapa suka drama genre romance mesti suka. 

Baru je habis tayangan dia bulan Ogos lepas. Ada 22 episod kesemua sekali. Semua pelakon dalam drama ni sweet je masing-masing. Oh ye, drama ni adalah adaptasi dari novel. Kiranya dari buku ke kaca tv konsep dia. 

Aku baru je terjebak dengan Chinese drama sebenarnya jadi pelakon-pelakon dia memang aku tak kenal langsung dan tak expect kualiti lakonan mereka. 

Dalam drama Sweeth Teeth ni paling best sebab dia ketengahkan tiga kisah cinta, pasangan yang berbeza tapi berkait antara satu sama lain. Seronok sebab diaorang ni best friend dan sentiasa ada untuk satu sama lain. 

Review Dan Sinopsis Sweet Teeth Chinese Drama


Sinopsis Drama Sweeth Teeth

Doktor Gigi Ai Jing Chu, yang juga mengajar di Universiti Donghu, terkenal sebagai lelaki paling tampan di sekolah. Pustakawan universiti Zeng Li, bagaimanapun, berprasangka terhadapnya kerana salahfaham. 

Apabila ibu Zeng Li memaksanya mendapatkan pendakap gigi, dia berusaha untuk mengelakkan Ai Jing Chu dengan segala cara, tetapi akhirnya dia tetap menjadi pesakitnya. 

Ketika keduanya saling berinteraksi antara satu sama lain, Zeng Li menyedari bahawa Ai Jing Chu sebenarnya adalah seorang yang sangat profesional dan penyayang, dan mula mengembangkan perasaan kepadanya. Ma Yi Yi dan Wu Ying adalah sahabat baik Zeng LI yang hidupnya juga mengalami perubahan kerana masing-masing Deng Hao Ran dan Liu Yu Cheng. 

(Sumber: cdramabase.com)


Review Dan Sinopsis Sweet Teeth Chinese Drama


Review Drama Sweeth Teeth

Salah satu sebab yang membuatkan aku excited dan bangga nak tengok drama ni sampai habis ialah dalam cerita ni, salah seorang watak teman lelaki iaitu Liu Yu Cheng adalah pelajar Medical dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran nak jadi doktor/tabib Cina. 

Bila dia perkenalkan diri kepada Wu Ying (perempuan yang dia suka), dia ada sebut dia dari Malaysia. Weh automatik bangga. Atleast dapat la promot nama Malaysia kan? Ke aku sorang je berjiwa patriotik ni. lol. 

Ada tiga kisah cinta yang diceritakan serentak dan semestinya watak utama adalah Zeng Li dan Ai Jing Chu. Simple je kisah mereka tapi boleh relate sebab jalan cerita logik dan boleh relate dengan kehidupan. 

Cabaran pasangan bercinta tu biasa bagi aku, scene romantik yang tak meleret dan plot cerita yang munasabah. 


Kdrama Romantik, boleh tengok cerita ni - Backstreet Rookie

Kdrama Supernatural, aku suggest cerita - Uncanny Counter


Review Dan Sinopsis Sweet Teeth Chinese Drama


Faham bila perasaan Zeng Li yang datang dari broken family, maka dia kahwin banyak kali. Then isu jarak umur bercinta bagi Wu Ying. Sukar nak buat keputusan bila lelaki lebih muda minat dia (masih belajar) sedangkan dia dah ada pekerjaan dan pendapatan kukuh sebagai doktor. 

Ini sekadar pandangan dan review berdasarkan selera aku tengok drama. In case korang tengok dan rasa tak best cerita ni aku mohon ampun okay. Aku sejenis tengok cerita yang fun, happy-happy dan memang aku elak cerita yang heavy sebab otak aku dah bekerja keras sebagai emak. 


Boleh tengok drama Sweeth Tooth secara Online guna link di bawah ni:

Drama Sweet Teeth Episod 1

Dalam episode ni pertama kali Wu Ying jumpa Liu Yu Cheng, masa tu sebab Malaysia tu. 

Link ni Drama Sweet Teeth Episod 3


Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama