Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

Rodiah Amir
1

Selepas sekolah kembali dibuka awal tahun hari tu dapat mesej dari cikgu tentang birthday celebration yang bakal cikgu buat.

Sambutan majlis hari jadi khas untuk anak-anak kelas Pra Sekolah (kelas orkid). Nak raikan murid yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Disember.

Macam biasa cikgu akan ingatkan supaya semua murid dapat hadir dan amat mengalu-alukan sumbangan makanan seperti kek, snek, goodies bag, buah. 


Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

Tak lain tak bukan adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Tapi cikgu tak paksa untuk sumbang makanan berat, sebab selalunya menu utama cikgu kelas akan uruskan.

Terpulang ikut kemurahan hati ibu bapa. Tahun ni istimewa sikit sebab Diah secara tak sengaja terlibat siapkan kelas untuk jamuan. 

Waktu hantar goodies ke kelas Raudah sempat Diah tolong cikgu hiaskan stage. Cikgu nak buat tapi tak sempat sibuk uruskan nak susun kelas. 

Skill menghias pun dah berkarat jadi guna saja barang yang ada. Okay lah dari tiada apa-apa. 


Birthday-Celebration-Sekolah-Rendah-Anak


Entah kali ke berapa (lost count) majlis sambutan di buat sebab rasa macam banyak kali sangat majlis yang sekolah buat.

Sebenarnya majlis sambutan hari lahir di sekolah memang kerap sekolah anjurkan. Itu situasi di sekolah tempat anak-anak Diah belajar. Sekolah lain tidak pasti ya.

Cikgu sendiri akan selit aktiviti sambutan bersama aktiviti lain. Contohnya waktu sambutan Hari Kanak-Kanak yang lepas ada sesi potong kek dan pemberian hadiah sempena hari jadi.

Berbalik kepada cerita birthday celebration, seperti biasa Raudah akan teruja bercerita tentang ‘plan’ yang cikgu kelas dia akan buat.

Apa yang berlaku biasanya cikgu akan berikan sedikit sebanyak gambaran apa bakal berlaku dalam majlis dan ada sesi soal siasat apa Ibu bapa nak sumbang pada majlis berkenaan.


Goodies-birthday-party


Sumbangan Makanan Untuk Birthday Anak Di Sekolah

Dalam group whatsapp cikgu bersama ibu bapa pun akan bincang dan masing-masing akan beritahu makanan apa yang bakal di sumbangkan.

Murah rezeki anak-anak dengan makanan. Paling banyak yang disumbangkan ialah dessert (manisan) seperti kek, donut, creampuff, brownies dan puding.

Ada juga yang sediakan sandwhich, buah-buahan, air kotak, dan goodies bag. Setiap kali ada sambutan setiap kali itulah kami akan berhempas pulas perah idea.

Idea-Goodies-Bag

Paling senang tanya je Raudah nak bawa apa ke sekolah dan jadi susah bila dia request perkara luar kemampuan kami contohnya sediakan makanan yang Diah tak pandai buat.

Anak-anak kan dia bukan fikir apa pun, apa yang terlintas di fikiran itulah yang dia sebut. Raudah minta Diah buatkan kek coklat kukus yang dia suka.

Tapi, memandangkan ramai sangat ibu bapa sumbangkan kek jadi kami putuskan nak beri goodies bag supaya anak-anak boleh bawa balik buah tangan dan makan di rumah.

Dapatlah anak-anak fokus makan apa yang ada dalam majlis. Tindakan yang bijak sebab ada juga ibu bapa lain yang buat perkara sama seperti kami.

Untuk cikgu dia pula saja aku gubah tudung bawal jadi bouquet bawal. Entah apa yang merasuk aku jadi rajin nak buat. 

Jadilah sebagai tanda penghargaan kepada cikgu. 

Tudung-bouquet


Idea Goodies Bag Untuk Birthday Party

Idea nak sumbang goodies bag ni agak last minute sebenarnya kami sediakan. Jadi pilih makanan, barang-barang simple saja.

Kami letak aneka snek coklat dan juga lollipop yang Diah hias sendiri dalam Mini Cosmetic Travel Pouch / MiniPouch Make Up Bag.

Atleast pouch bag tu boleh guna lepas tu. Idea asal nak bagi lollipop yang dihias bersama cupcake. Jadi bila rancangan berubah, teruskan juga siapakan DIY gift lollipop tu.

DIY-Goodies-Bag

Gigih ya tengok video tutorial di TikTok. Tak susah mana tapi sedikit leceh sebab nak gunting dan kena siapkan sebanyak 24 biji Lolipop.

Weh lenguh jari nak gunting bentuk bunga. Syukur Allah beri tenaga dan kekuatan nak siapkan demi kegembiraan anak-anak.

 

DIY-lollipop

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

Sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak tahun lepas, cikgu awal-awal dan kongsikan yang tema sambutan untuk kanak-kanak Tahap Satu ialah Fairy Tale manakala Tahap Dua pula tema dia ialah Kepahlawanan.

Cikgu memang dah beritahu tiada paksaan untuk anak-anak wajib pakai baju ikut tema tetapi sebagai ibu bapa mestilah kita ada perasaan sedih kalau anak tak pakai baju cantik macam kawan sebaya mereka.

Sebagai ibu bapa memang terasa sangat bila ada aktiviti sambutan macam ni sebab ibu bapa juga terlibat walaupun hanya di belakang tabir.

Terasa penat dia. Nak kena fikir apa perlu bawa ke sekolah, kena cari bahan-bahan dan pendek kata kena jadi serba boleh.

Mana tidaknya, setiap kali sambutan ada sahaja tema yang perlu murid ikut. Untuk Raudah dia nak pakai Gaun Snow White  dan boleh beli online untuk masa depan. 

hari-kanak-kanak-sekolah

la kami ikut mana yang sempat je. Pakaikan dia Tanjak, sampin dan belikan Capal. Biar ada vibe Orang Melayu dulu-dulu. Malu nak pakai costume kata dia. 

Apa pon anak-anak gembira cukup dah. Tahun ni nak plan awal beli baju Merdeka Kanak-Kanak dekat Shopee je. Elak last minute. 

sambutan-hari-kanak-kanak

Untuk tahun ini rasanya majlis sambutan hari jadi akan berkurangan sebab Raudah dah masuk Tahun Satu. Harapnya begitulah.

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. seronoknya ada sambutan birthday kat sekolah. dulu ada sambutan raya je hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan