Masih segar dalam ingatan kami kejadian accident hari Jumaat tu. Dalam perjalanan hantar Airis pergi KAFA, sekitar pukul 2 petang. Ada kereta buat u-turn dan langgar kereta kami. Sepatutnya dia berhenti sebab kami berada di jalan utama. Tapi dia dengan berani tekan minyak dan merempuh kereta kami.
Akibatnya, bahagian pintu pemandu
kereta kami kena sondol dan kemek. Pintu tak boleh dibuka, tapi kereta masih
boleh bergerak.
Urusan Selepas Kemalangan
Pengalaman yang menakutkan bila
bunyi geseran dan hentaman tu masih terngiang-ngiang. Syukur alhamdulillah,
kami tak mengalami sebarang kecederaan. Waktu tu terasa nak pecah dada. Teringat kenangan kereta kena langgar tahun 2013.
Kurang seronok bila pemandu
wanita yang melanggar tu cuba berdalih dan seakan-akan nak lari daripada
tanggungjawab. Aku hampir mengamuk disebabkan sikap pemandu yang cuai.
Waktu ni aku dah mula tinggikan sedikit suara, tegas.
Ditambah pula dengan towing yang
datang memberi bantuan, tapi lebih kepada menekan kami supaya mengambil
perkhidmatan mereka.
Ini pula kereta dia yang melanggar kami. Bumper depan sajalah yang tercabut dan lampu pecah.
Selesai Di Balai Polis
Alhamdulillah selepas berbincang
dan masing-masing bertenang, kami putuskan untuk selesaikan perkara ni di balai
polis. Kami tak gunakan khidmat towing dan terus rujuk syarikat insurans
masing-masing.
Proses jadi mudah dan selesai
dalam masa tiga jam dari waktu accident. Rezeki kami sekeluarga, urusan
dipermudahkan. Salah satu sebabnya, kedua-dua pihak membuat laporan polis pada
waktu yang sama.
Biasanya, proses soal siasat
dengan Investigation Officer (IO) yang memakan masa agak lama. Lega sangat bila
kemalangan yang berlaku bukan kes rumit. Jadi, mudah untuk menentukan siapa
yang bersalah.
Awalnya, kami sesat mencari balai
polis yang betul. Fun fact, kereta kami dilanggar di kawasan Ampang Jaya
walaupun alamat rumah kami di Kuala Lumpur.
Rupa-rupanya, sempadan kecil di
kawasan tu menentukan balai polis mana yang perlu kami rujuk. Kalau di sebelah
kanan, kena rujuk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami pula
kemalangan di bahagian kiri.
Kami akhirnya pergi ke IPD Ampang
Jaya, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik. Kalau guna Waze, pilih
alamat Pandan Indah. Sebelum tu, kami tersesat sampai ke balai polis yang
menguruskan kes jenayah pula. Ahaks.
Alhamdulillah, anggota polis yang bantu kami sangat-sangat membantu dan memudahkan urusan.
Selesai urusan di balai polis, kami terus hantar kereta ke bengkel. Isi borang yang diperlukan dan pihak bengkel beri kami kereta pinjaman untuk digunakan sementara kereta kami siap dibaiki.
Waktu kecemasan macam tu, memang
susah nak fikir dengan tenang. Sebab tu pentingnya orang sekeliling dan support
system yang boleh membantu ketika kita berada dalam keadaan terdesak.
Mujur ada kawan yang datang
menghulurkan bantuan dan sokongan emosi. Kami minta dia uruskan Airis untuk ke
KAFA. Kalau ikutkan, lebih baik Airis tak perlu pergi KAFA hari tu sehinggalah
semua urusan kami selesai. Tapi entahlah apa yang kami fikir masa tu.
Bersyukur dapat kembali ke rumah
tepat-tepat pada waktu Airis pulang dari KAFA. Lepas empat hari di bengkel, kereta kami siap dibaiki.






kereta sy pernah dilanggar semasa isteri yg memandu. ambik masa 3 bulan juga baru siap kereta tu. sampai la ni bini x berani nak drive kereta Preve sy.
BalasPadamsakit tu bila kemalangan. nak pulih dari trauma tu Tuhan je tahu
Padamaiiiih, memang berdebar pastinya saat kejadian... nasib baik juga yang menabrak tak kabur, walaupun pakai berdalih ya kak.. dan syukur juga semua urusan dipermudah , jadi cepat selesai
BalasPadamAlhamdulillah tidak melibatkan nyawa. jadi lapang dada
PadamSyukur takde kecederaan pada Diah atau anak. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya 🤲🏻
BalasPadamamin Alhamdulillah syukur sangat
PadamNasib baik tiada apa-apa dan masing-masing mampu bertindak ikut undang-undang. Guna insurans itu lebih baik kerana tiap tahun kita bayar guna cover kes macam ini..tak perlu fikir lagi sapa yang salah atau tidak.
BalasPadamawalnya pihak sana elak nak claim insurance, tak mahu report polis. nak selesaikan simple je
Padameish, geram betul dengan sesetengah sikap pemandu yang sambil lewa, dia ingat sempat lah tu..
BalasPadamAlhamdulillah, tiada kecederaan.. cuma "cedera" poket jelah.. semoga dipermudah urusan yang lainnya, aamin
serabutnya Tuhan je yang tahu. rezeki juga bertemu orang macam tu
PadamSyukurlah kereta itu cepat dibaiki. Pengalaman saya kereta Preve tu sampai 3 bulan baru siap. Hampeh betul punya bengkel...
BalasPadamlama tu 3 bulan, patah kaki
PadamSemoga dipermudahkan urusan.
BalasPadamTerima kasih
Padamtowing biasa mmg kerja dieorang cmtuuu..
BalasPadamYa Allah nasib baik xde apa2..dah la belah pemanduu...
towing menekan-nekan ni yang kita geram
PadamAlhamdulillah bisa cepat selesai ya kak. Walaupun tak suka memang jika yang salah nih banyak buat alasan Macam2. Kalau salah, dah lah akui saja, minta maaf. Tak panjang urusan
BalasPadamkadang-kadang kita dah jaga sebaik mungkin tapi kecuaian orang lain di luar kawalan kita
Padamtak reti nak uturn janganlah uturn ye tak...menyusahkan orang je
BalasPadamikut baran hati, boleh bergaduh masa tu. tapi fikir nak cepat selesai je
Padam