Tinggi Kos Sara Hidup Zaman Sekarang

Hidup sekarang keras ya. Terasa betul harga barang naik. Setiap kali keluar dan berbelanja memang akan habis paling tidak RM50. Kalau keluar makan apatah lagi. 

Seram bila fikir. Untuk keluarga kecil Diah, lima orang ni pun terasa sangat kesan dia. Kami dah mula terangkan dekat anak secara berperingkat kepentingan bijak berbelanja. 

Setiap kali bila tengok resit harga barang mesti akan urut dada. Cuba kawal tidak makan bermewah tapi sesekali teringin juga nak beli barang bukan keperluan. 




Tinggi Betul Kos Sara Hidup Zaman Sekarang

Lagi sedih kalau anak-anak yang minta. Setiap ibu bapa pasti nak beri yang terbaik untuk anak dan cuba penuhi keinginan anak-anak. 

Prinsip kami pula selagi permintaan anak tidak mengarut dan tidak membazir inshaAllah ada rezeki mereka. 

Sekarang setiap kali nak bawa anak keluar pasti akan buat kira-kira terlebih dahulu dan hanya keluar bila betul-betul perlu.  

Dah tiba masanya untuk ajar anak-anak ilmu kewangan kalau macam ni. Nilai duit semakin hari semakin jatuh.

Sebab tu ramai pakar kewangan galakkan simpan emas kerana emas ni kalis inflasi. Boleh mula dengan beli emas pada harga serendah RM5 kalau beli dengan YaPIEM 

Ramai juga kawan-kawan yang beli emas hiasan dekat Shopee Habib Jewel sebagai pelaburan. Kalau ada duit lebih boleh buat ya. 


beras-jasmine-Super-import


Kos Sara Hidup Berubah - Harga Beras Naik

Semalam keluar nak beli beras, tempat biasa kami beli di AeonBig. Dah tiada ya beras 5kilogram dijual sekitar harga RM12 – RM13. 

Ikut paparan harga paling murah beras tempatan, 5kilogram jenama Jasmine sekitar RM15 kalau tak silap. Itu pon dah habis stok. 

Terpaksa beli jenama yang sama tapi beras import pada harga RM18.50. Tak tahu nak gelak ke nak menangis. 




Jenama biasa kami makan jenama jati. Tapi mahal weh. 

Sebagai rakyat saya faham, harga disebabkan kenaikkan kos satu dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Apa yang saya terkilan adalah dengan respon pemimpin dan ahli politik. 

Sebaiknya keluarkan kenyataan yang menyenangkan hati rakyat. Bukan keluarkan kenyataan yang seolah-olah menunjukkan rakyat yang tidak bijak berbelanja. Rakyat boros apatah lagi. 


Makanan Yang Sesuai Nak Ganti Nasi? 

Diah ada buat status di Facebook berkenaan beras. Seronok ada kawan-kawan yang supportive walaupun hanya berkawan di alam maya. 




Simple je soalan; Kalau harga beras mahal, makanan apa yang sesuai nak ganti nasi? dan antara jawapan yang Diah terima macam dekat bawah: 

  1. Potato, ubi kayu. 
  2. Makan nasi sejuk ianya kenyang lama Nak banding makan nasi panas. 
  3. Pelbagaikan menu harian dgn mee, pasta, mihun. 
  4. Zero carbohydrates. Makan banyak protein dua kali sehari. Kena makan Kenyang, tanpa nasi dan kurus + sihat.
  5. Boleh consider noodles. Banyak jenis noodles. Tapi tekak melayu kan. Mana lalu nk hadap mee tiap hari. Kena nasi jugak.
  6. Nasi stil murah banyak daripada beli protein dua kali ganda utk replace nasi. Sama juga dgn noodles/pasta. Protein mahal boleh ganti dengan tempe, tauhu, telur. 
  7. Pengganti karbohidrat nasi semua x sesuai mkn ngn lauk pauk. Klu mkn karbohidrat je mcm jagung, kentang mana la nk kenyang. unless tukar cara pemakanan. Jd mat salleh😅. makan baked potato, hot dog burger, sandwich. 
  8. Laksa diah, bihun, tak pun try ganti dengan barli, tapi kena buat goreng mcm nasi goreng tu.
  9. Makanan Tinggi fiber Dan Tinggi protein. Kenyang lebih lama seperti ayam, ikan, bijirin. 
  10. Spaghetti, macaroni. 
  11. Memang susah nak gantikan nasi , tapi kena belajar kurangkan pengambilan nasi. Kak Pip n husband siap fikir maybe nak skip dinner, tak perlu makan nasi time dinner. Pasta, Mee, noodles semua x boleh guna nak ganti nasi, ni bukan real food kan. Adoi, pening.

Beli groceries dekat sini - Beli waktu ada promosi boleh jimat. 



Harga Ice Cream Sundae Cone McDonald 2023

Semalam layan anak tekak makan aiskrim McD. Ala ice cream Sundae Cone McDonald yang sedap dimakan bersama kentang goreng yang ramai terjebak suka tu. 

Kami drive-thru je. Harga Sundae Cone pun dah naik kan, lama dah. Dulu seringgit dah boleh dapat, now harga dah naik kepada RM2.04 untuk small cone. 


sundae-cone


Rasa terperanjat gila mahal. Apa sebab drive-thru? Rasa kali terakhir beli beberapa bulan sudah tak terasa sangat harga dia mahal. 

Beli juga fries ambil saiz medium berharga RM5.80. Bukan saiz besar ya untuk harga itu. Jumlah harga ialah RM12.75 termasuk tax dan service tax. 

Masih menahan diri untuk tidak mencarut ahaks. Dah tahu tak mampu tapi nak beli juga lol. 



Terfikir kalau beli kentang dekat pasaraya yang 1kilogram tu dan beli aiskrim vanilla dalam bekas besar pastinya lebih jimat. 

Lepas ni siap, memang semua masak sendiri sajalah dekat rumah. Waktu berborak dengan suami pasal harga ni dia senyum je. Dia tahu mahal, tapi bila isteri dan anak minta dia layankan je. 


Kesimpulan

Tak kisah la kita tinggal di bandar atau kampung. Bila harga barang naik semua orang akan terkesan. Pilihan yang kita ada ialah, beli tapi kawal perbelanjaan atau kena kerah tenaga tambah pendapatan. 

Nak tambah duit poket jadi affiliate di TikTok tanpa modal boleh tengok sini. 


Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia

Meriah tengok orang sambut Hari Malaysia tahun ni. Masing-masing semangat meraikan Hari Malaysia dengan cara tersendiri.

Korang buat apa sempena Hari Malaysia? Diah habiskan masa dekat rumah dan petang tu baru keluar untuk dinner di restoran Chop & Steak yang terletak di Kampung Baru.

Sebelum nak sampai ke destinasi memang banyak halangan kami tempuh. Masing-masing keluar untuk celebrate agaknya. Kami sampai agak lambat dari biasa.

Kampung Baru, Bukit Bintang dan kawasan sekitar penuh dengan manusia. Semua ambil kesempatan keluar bawa keluarga. 


Nasi-goreng-Lamb-chop



Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia

Ikut rancangan awal, pagi tu kami nak ke taman nak beriadah tapi berlaku hal kecemasan. Kelam kabut laporkan pada management building sebab tangki air rumah jiran pecah.

Semoga tahun depan kami sekeluarga pula berkesempatan sertai aktiviti menyambut hari Malaysia.

Seronok tengok geng Keratapi Sarong berarak dari stesen lrt ke Dataran Merdeka. Lengkap berbusana tradisional pula tu.

Kalau di group Facebook – Brisk Walk pula, masing-masing memeriahkan Hari Malaysia dengan menyahut cabaran berkaitan tarikh Hari Malaysia.

Admin galakkan semua ahli group untuk lengkapkan brisk walk sejauh 16.9km. Tiada paksaan pun tapi amat digalakkan untuk sertai.

 


Celebrate Hari Malaysia Di Chop & Steak Kg Baru

Lama dah tak makan dekat sini. Kali terakhir rasanya tahun lepas kalau tak silap. Diah pernah kongsi 7 sebab kami suka makan dekat restoran Chop & Steak.

Pujian harus diberikan sebab banyak sangat perubahan dilakukan oleh mereka. Baik dari segi servis, keselesaan dan kebersihan serta kualiti dan rasa makanan.

Berdasarkan pengalaman Diah malam tadi memang puas hati. waktu balik dapat menikmati pemandangan bandar KL di waktu malam yang sangat lah cantik.

Tercapai juga hasrat celebrate Hari Malaysia sambil tengok view Menara Berkembar Petronas. Oh restoran ni berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru. 

 

Apa Kami Makan Di Restoran Chop & Steak?

Bagusnya restoran Chop & Steak dah tambah baik menu mereka. Sekarang dah ada menu mix & match.

Bagusnya set mix & match lebih jimat dan berbaloi dari segi portion yang agak besar. Boleh dimakan oleh dua orang kalau korang jenis perut kecil.

Suami dan anak pesan set mix & match. Suami makan Nasi Goreng dan Lamb Chop manakala anak bujang makan Spaghetti Carbonara dan Chicken Boxing.


chicken-boxing


Diah makan set udang iaitu Tiger Prawn Grill, dan untuk anak kecil kami pesan set kanak-kanak Fries dan Nugget serta Spaghetti Carbonara.




Datang sini wajib minum Air Jus Durian Belanda. Memang fresh dan tak kedekut isi. Mereka tambah baik untuk blend isi bersama jus.

Mudah nak minum. Kalau sebelum ni, setiap kali sedut jus memang seksa sikit nak habiskan air sebab ketulan isi buah Durian Belanda tu besar. Asyik la sangkut dekat straw.

  • Jus Durian Belanda RM 5.50
  • Fresh Orange RM5
  • Lamb Chop RM23.90
  • Boxing Chicken (6 ketul) RM18.90
  • Nasi Goreng RM6.90
  • Tiger Prawn Grill RM42.90

 

Review Restoran Chop & Steak

Kalau ada rezeki untuk next visit Diah nak makan Nasi Goreng pula. Simple je nasi goreng cili padi tapi cukup bahan perasa.

Gabungan nasi goreng pedas dengan Lamb tu kena. Lamb pun okay tak liat, seimbang bila makan dengan sos blackpaper.




Untungnya makan menu yang berbeza sebab boleh cuba banyak menu. Spaghetti Carbonara tu sedap tiada yang special, itu menu wajib anak-anak.



Chicken Boxing dia sedap. Rangup dan isi ayam tu berjus. Tak heran kalau 6 ketul tu sorang diri pun boleh habiskan.  

Awalnya ingat tak cukup kenyang kalau makan set udang sahaja, tapi tak sangka udang yang disediakan tu agak banyak. 

Sedap dan fresh. Dapat tiga sos berbeza: Thai Sos, Blackpaper dan lagi satu macam rasa mayonis manis. 


Pujian harus diberikan juga sebab restoran sediakan surau yang selesa untuk pengunjung, tandas bersih, staff mesra alam tak lokek senyuman, servis pantas.

 

Kesimpulan

Korang yang mencari tempat makan malam boleh masukkan Restoran Chop & Steak dalam senarai patut cuba. Balik tu boleh enjoy view malam bandar KL. Alamat lengkap rujuk di bawah:


 Restoran Chop & Steak

16, Jalan Daud, Kampung Baru, 

50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wyndham Grand Bangsar Kini Di Malaysia

Semalam Diah berkesempatan menghadiri majlis prapelancaran Hotel Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. 

Kalau nak tahu, Wyndham dahulunya dikenali sebagai Pullman Kuala Lumpur Bangsar dan transformasi ini menandakan ketibaan jenama Wyndham Grand yang pertama di Malaysia.

Lebih istimewa, tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. 


Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur


Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Kini Di Malaysia

Memetik kata-kata Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, 

"Ketika kami menjenamakan semula dari Pullman ke Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, kami teruja untuk membawa tahap baharu kemewahan dan layanan bertaraf dunia ke Malaysia,"

Menjadi pilihan pengunjung kerana terletak di Kawasan strategik Bangsar, salah satu daerah yang paling dikunjungi di Kuala Lumpur. 

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menakjubkan yang menggabungkan kemewahan, kemudahan dan kecanggihan. 


Prapelancaran-Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur



Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Jadi Pilihan

Wyndham Hotels & Resorts adalah penyedia perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka dan merupakan pemberi francaise hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 9,200 cawangan di lebih daripada 80 buah negara.

Dengan jumlah 513 bilik mewah, dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, ia menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk tetamu yang hadir bagi tujuan perniagaan ataupun percutian.

Komitmen yang optimum terhadap kecemerlangan dan lokasi strategik menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemewahan dan kemudahan.



Fasiliti & Kemudahan Wyndham Grand Bangsar

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang teliti menjanjikan keselesaan dan ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk. 

Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang canggih dan dewan utama yang besar, menjadikannya pilihan ideal untuk acara korporat, persidangan dan perhimpunan sosial. 

Sama ada anda merancang perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau perayaan istimewa, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan majlis anda.

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menempatkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keinginan setiap tetamu. 


Wyndham-Grand-Bangsar


Nikmati detik-detik ketenangan dan peremajaan di spa, nikmati ciptaan masakan yang lazat di restoran santapan mewah, kekal aktif dan cergas di gimnasium yang serba lengkap, dan nikmati kemewahan servis di lounge eksekutif.


Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur


Kesimpulan 

"Lokasi strategik kami di Bangsar, ditambah dengan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa, meletakkan kami sebagai destinasi utama untuk pelancong yang mencari gabungan kecanggihan dan keselesaan yang sempurna." - Mr TK Lee (Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur)

Masalah Laptop Lenovo Diagnosing Your PC

Pagi ni bila switch on laptop, tiba-tiba muncul error ‘diagnosing your PC’ dekat screen. Paparan screen normal tapi muncul icon loading / processing.  

Terus cuak membayangkan masalah yang bakal timbul kalau tiba-tiba laptop ni buat masalah. Betapa banyaknya dokumen dan file penting dalam laptop. 

Semua tu tiada back up pula tu. Tak dapat bayangkan kalau betul-betul terjadi laptop ni terpadam begitu saja selama-lamanya. 

Syukur selepas beberapa kali cubaan dan rujuk beberapa tutorial di YouTube berjaya juga kembalikan laptop kepada keadaan asal. 


Lenovo-Diagnose-PC


Masalah Laptop Lenovo Diagnosing Your PC

Tidak pasti apa punca tapi biasanya laptop ni akan buat masalah bila ada Window auto update atau security update. 

Jadi sekarang Diah dalam proses clearkan segala chache, buat back up dan selamatkan dokumen penting. Kalau jadi sekali lagi atleast dah bersedia. 

Laptop Lenovo ni merupakan hadiah pemberian suami lima tahun lepas, untuk mudahkan urusan Diah bekerja sebagai freelancer. 

Sepanjang tempoh tersebut belum pernah dihantar untuk servis mahupun mengalami kerosakan teruk. Oh ada sekali kejadian anak bongsu Diah tertarik wayar charger dan laptop jatuh ke lantai.

Alhamdulillah tiada kerosakan teruk kecuali ada bahagian terbuka sedikit dan kemek di bahagian hujung. 

Memang sepatutnya PC atau laptop kena buat maintenance tau, tak payah tunggu rosak baru nak repair. 

Laptop sebaiknya diservis secara berkala (3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan) bagi memastikan jangka hayat laptop tahan lebih lama. 


Automatic-repair-PC


Masalah Laptop Lenovo Skrin Stuck - Diagnosing Your PC

Berbalik kepada masalah laptop, waktu proses diagnosing PC tu sepatutnya arahan untuk melakukan Automatic Repair akan berlaku. 

Selepas tu baru berjaya diagnos apa masalah dia. 

Diah syak ada proses software update yang terganggu disebabkan gangguan internet. Jadi mendatangkan masalah pada laptop. 

Lagi teruk Automatic Repair tidak berfungsi untuk situasi Diah. Ada pilihan untuk Shut Down atau pilih Advanced Options. 

Ikut bacaan, kalau masalah laptop Diah ni banyak yang cadangkan untuk reset pc. Boleh jadi dua perkara nak buat soft reset atau factory reset. 


reset-pc-Diagnosing-Your-PC


Factory reset kiranya memang clearkan laptop sepenuhnya macam nak kosongkan file dan document untuk di jual dekat kedai. Kalau bahasa mudah ialah kita format laptop jadi macam laptop baru.  

Remove everything – removes all personal files, apps and settings. 

A factory reset is a process that clears all data and settings from a device and returns it to its default settings, meaning that the device is reset to the point where it is in the same state it was in when it was first taken out of the box.

Soft reset tu pula kalau ikut kefahaman Diah, dia akan padam yang tertentu sahaja. Berat hati nak buat tapi sekadar mencuba. 

Keep my files – removes apps and settings, but keeps your personal files. 


Tengok Tutorial YouTube - Troubleshoot & Advanced Options 

Waktu ni tak fikir langsung tentang data yang bakal hilang kalau buat factory reset. Masih rezeki, nak reset pc pun menemui jalan buntu.

Tapi tetaplah tak putus asa. Bersyukur sangat dapat cari jalan penyelesaian. 

Ikut satu persatu tutorial di YouTube. Jadi mulakan dari awal di paparan skrin boleh pilih use a device (USB drive / Windows recovery DVD), Turn Off PC (baiki dekat kedai), atau Troubleshoot (reset pc / advanced options). 


Masalah-Laptop-Lenovo-Diagnosing-Your-PC


Jadi Diah pilih Troubleshoot dan klik Advanced Options instead of Reset This PC. Dibawah Advanced Options, ada beberapa pilihan boleh dibuat: Startup Repair, Uninstall Updates, Startup Settings, UEFI Firmware Settings, Command Prompt, System Restore. 


Advanced-option-Masalah-Laptop-Lenovo-Diagnosing-Your-PC


Dengan pengetahuan yang terhad tentang laptop jadi kita guna survival skill tengok tutorial di Youtube. Sebelum tu dah cuba godek pilihan yang ada tapi tak berjaya. 

Setiap satu pilihan Diah cuba buat tetapi menemui jalan buntu. Alhamdulillah, walaupun diuji dengan kerosakan screen tetapi fungsi ‘mouse’ masih boleh digunakan. 

Cuba juga pilihan Uninstall Updates (latest feature update) & Startup Repair tapi tidak berjaya. Frust jangan cakap lah kan. Dah la buta IT. 


Pilihan System Restore - Diagnosing Your PC

Waktu cuba Startup Repair, dapat juga notice dari Windows dan follow tutorial dia bagi. Walaupun dah restart dan ikut startup settings diberi tak berjaya baiki. 


startup-problem



Sehinggalah Diah ikut satu tutorial di Youtube dan terbaca di bahagian komen. Alami nasib yang sama, dia dah ikut tutorial tapi masih tak berjaya selesaikan. 

Ada yang cadangkan untuk buat “System Restore”, pilih dekat paparan skrin Advanced option. Restore computer ikut tarikh kita nak dan confirmkan disks. 


System-Restore-Diagnosing-Your-PC


SystemRestore-Lenovo




Bersyukur sangat cara restore tu menjadi. Jangan lah tanya apa maksud restore sebab Diah pun clueless ya. 

Nak terangkan secara teknikal risau salah ajaran pula. Lebih kepada cuba sahaja sampai menjadi. 




Kesimpulan 

Bersyukur sangat masalah Laptop Lenovo Diagnosing Your PC berjaya diselesaikan. Boleh jadi satu pencapaian peribadi. 

Kena faham setiap barangan elektrik ni ada tarikh luput. Ada waktu dia akan meragam. Jadi bersiap sedia sahaja. 

Untuk yang tak tahu nak buat, Diah ada buat perkongsian dekat sini untuk korang yang mencari Kedai Repair Laptop Bumiputera Murah Di KL


Selamat Datang September, Bulan Penuh Cabaran

Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk terus hidup di bumi yang indah. Masih tak terlambat nak mengalukan kedatangan bulan September. 

Ya macam tajuk entri kali ini, bulan September merupakan bulan penuh cabaran untuk Diah sekeluarga. 

Tapi kalau ikutkan kami bertahan sejak dari bulan Ogos lagi. Kami sibuk dengan segala aktiviti, setiap minggu penuhi keperluan hidup dan semua perkara berlaku serentak di bulan Sembilan. 

Tujuan berkongsi di blog supaya yang membaca mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus hidup. Saya tak tahu tapi itu gerak hati yang merasa. 

Jika hidup terasa kosong baiki target dalam hidup. Jika hidup dirasakan terlalu serabut, berhenti sekejap tengok semula perjalanan yang awak sedang lalui. 

Macam semalam je baru say good bye to July. 


Selamat Datang September, Bulan Penuh Cabaran 

InshaAllah akan dicoretkan juga dalam blog sebgaai rujukan dan ingatan di masa depan. Nak harapkan dan simpan dalam otak memang akan lupa jawabnya. 

Kebetulan bulan Sembilan ni anak-anak cuti sekolah ya. Nampak aman di permukaan tapi nak mengharungi dia Allah saja yang tahu. 

Awal bulan September adalah tarikh ulang tahun kelahiran anak bujang, Ikhwan hafeez yang ke 12. Pantas betul waktu berlalu. 


welcome-september


Bulan September Bulan Yang Mencabar

Permulaan awal bulan Diah terpaksa handle sendiri anak-anak termasuklah urusan persekolahan anak dan Ikhwan bakal menghadiri simposium di luar negeri. 

Dari minggu lepas siapkan beg, cari barang keperluan dan bantu dia untuk ulangkaji mana yang patut. 

Minggu pertama persekolahan juga ibu bapa Tahun Enam dijemput ke sekolah untuk taklimat Sistem Pendidikan Terkini. 

Tak lami lagi nak melangkah ke Tingkatan Satu, banyak perkara ibu bapa dan murid perlu cakna. Dalam entri sebelum ni Diah ada Kongsi tentang Sekolah Berasrama Penuh, jadi cikgu akan beri taklimat tentang itu juga. 

Tumpuan sekarang banyak ke arah anak-anak. Berbeza ya waktu kesibukan bergantung kepada umur anak-anak. 

Kalau dulu sibuk bila anak-anak baru mula nak sekolah. Sekarang sibuk buat keputusan nak pilih arah jalan yang terbaik untuk anak-anak lalui. 

Begitulah kehidupan. Selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa selagi itu tanggungjawab masih berjalan. 


September


Kehidupan Fokus Hanya Untuk Anak-Anak

Diah perasan, sejak dua bulan ni banyak tumpuan lebih kepada hal anak-anak dan bukan diri sendiri. Rindu nak fokus dekat diri sendiri tapi mereka jadi keutamaan buat masa sekarang. 

Berbeza betul perasaan tu. Kalau dulu Diah pernah memberontak, sedih sebab tak dapat buat apa Diah nak tapi sekarang konsep dia lebih kepada redha. 

Macam Diah kata, mereka adalah keutamaan. Jalan cerita mereka Insha Allah masih panjang dan fokus hidup Diah sedikit berubah condongnya. 

Berbeza tapi saya suka. Syukur sangat perasaan Tuhan bagi tu. Di waktu sekarang Allah banyak kali lintaskan kisah hidup orang yang banyak buat Diah buka mata. 

Semua orang sedang struggle dengan kehidupan masing-masing. Semua sedang berjuang dengan cara mereka rasakan paling selesa. 

Tahun ni dah kena siapkan segala kos, baik buruk dan segala perancangan supaya urusan di tahun depan lebih lancar. 

Tahun depan juga anak bongsu bakal memulakan sesi persekolahan pertama. Permohonan ke Sekolah Pra berjaya. 

Jadi kena siap sediakan mental dia. Ada ketika dia teruja, ada waktu dia tak yakin tu dan tak mahu ke sekolah dia akan beri alasan dia demam.  

“mama, beritahu cikgu adik demam tak boleh sekolah”. Alangkah indah kalau boleh guna taktik tu bila berdepan dengan perkara yang kita tak suka dalam hidup. 


Kesimpulan 

Walaupun bulan Ogos dan September penuh dengan cabaran dan terasa amat berat untuk diharungi tetapi Diah masih teruja menunggu kejutan di bulan Oktober. 

Entah apa Allah aturkan kita mana tahu kan, tapi semestinya saya sangat teruja. Didoakan yang terbaik saja untuk semua. 


Jadi Talent Kanak-Kanak Secara Tak Sengaja

Cerita jadi talent kanak-kanak ni begitu random ya. Berlaku sewaktu kami bercuti beramai-ramai di Johor Bahru.

Oh kami bawa anak-anak berseronok mandi manda di Forest City Waterpark, Gelang Patah Johor. Anak-anak ni kalau berjumpa sepupu diaorang memang masing-masing tak ingat dunia.

Ada enam orang kanak-kanak termasuk Ikhwan dan adik-adik dia tapi suara menjerit tu seolah-olah ada satu kelas murid ya. Teruja sungguh.

Oh hari pertama jejak kaki ke Johor kami singgah makan di restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng

 

kids-pool-Forest-City-Waterpark

Jadi Talent Kanak-Kanak Secara Tak Sengaja

Perasaan gembira tu jelas terpancar di wajah masing-masing. Bayangkan main tanpa henti selama tiga jam.

Petang tu selesai tukar baju baru perut rasa lapar. Kami makan dekat restoran Real Glamour Seafood  Sedap weh. Highly recommended. 

Inilah dunia kanak-kanak kan? Tiada masalah, jadi bergembira sajalah tugas mereka. Rezeki juga waktu kami sampai, masih tak ramai mandi dalam kolam tu.

Kolam tu ada beberapa mini slide yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Sesuai, kurang berbahaya tapi masih perlu dipantau ibu bapa.

Kedudukan memang cantik menghadap pantai.


mini-slide-Forest-City-Waterpark


Talent Kanak-kanak Forest City Waterpark

Sebelum tu dah perasan ada beberapa staff dari Forest City Waterpark bawa camera dan ambil gambar pengunjung dekat situ.

Masing-masing tak peduli pun sebab seronok main water slide. Kami memang duduk berdekatan pool mengawasi anak-anak.

Semuanya berlaku secara spontan dan tak sengaja la kiranya sebab waktu tu Diah pun sibuk tengah merakam aksi anak-anak.

Minta anak-anak beraksi dalam bentuk video dan gambar untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.

Waktu inilah camera man Forest City Waterpark mencelah ambil gambar dan juga video anak-anak kami.


Forest-City-Waterpark-camera-man


Anak-anak apa lagi memang bertambah teruja la. Lain ya perangai korang. Kalau dulu, kita ni punya lah penakut kalau orang tak kenal tegur.

Camera man pon minta kebenaran nak ambil gambar anak-anak sewaktu mandi manda dekat slide tu. tak lain tak bukan untuk tujuan marketing lah kan.

Ada lah beberapa take video dan juga gambar camera man tu ambil. Dia bagi arahan ringkas untuk anak-anak buat.

Terjun dari slide, gelak-gelak sambil kocakkan air dan beberapa pose secara berjemaah ya. Kami emak-emak mampu senyum saja tengok gelagat anak-anak.


Dapat Cenderahati Dari Forest City Waterpark

Lepas camera man puas hati sebelum dia pergi ke pool lain dia beri kami goodies bag sebagai tanda penghargaan.

Dapatlah satu kotak gift cenderahati comel. Dalam tu ada topi fan dan juga neck pillow. Kira okay lah kan nampak effort dia hargai pengunjung.


goodies-bag-Forest-City-Waterpark


doorgift-Forest-City-Waterpark



Paling penting anak-anak lah teruja. Apa pun pengalaman kami dekat Forest City Waterpark menyeronokkan.  

Nanti Diah kongsikan dalam entri yang lain ya. Stay Tuned!

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk

Assalamualaikum. Entri kali ni, Diah nak kongsikan pengalaman survival kami selama hampir tiga bulan tanpa Penapis Air (Water Dispenser) Cuckoo.

Amatlah mencabar sebab memang bergantung harap sepenuhnya pada penapis air kalau nak bancuh air panas dan bekalan air sejuk anak-anak ke sekolah.

Setelah berkhidmat hampir tujuh tahun lamanya, water dispenser cuckoo tumbang ya. Ikut kata technician tu compressor dia rosak.

Punca Compressor Water Dispenser Cuckoo tu rosak sebab ikut tempoh memang dah sampai masa dia rosak.

Ajal dah sampai. Normal lah kan semua benda ada tarikh luput.


 

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk


Jangan tanya detail sebab saya ini kosong ilmu bab teknikal mesin ahaks. Jadi bila dia kata compressor terbayang compressor aircond.

Lebih kurang la kot fungsi dia kan, bila compressor tu rosak dia tak dapat sejukkan air. Air yang sepatutnya sejuk dia jadi suam ko.

Anak-anak suka bawa air sejuk letak dalam thumbler tahan sejuk beli dekat TikTok. Gigih sepanjang tiga bulan buat air batu setiap hari.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-rosak



Water Dispenser Cuckoo, Air Tak Sejuk


Water dispenser dekat rumah ni model lama, Fusion - Table Top yang ada air panas dan air sejuk je. Mampu ambil model yang tu je ikut tahap ketebalan poket.

Kami beli pada 31 Ogos 2016. Beli secara tunai sebab lepas buat kiraan, beza hutang dengan beli tunai ada beza dalam seribu lebih juga lah.

Sepanjang tujuh tahun, customer service semua okay. Ada sekali masalah air panas tak keluar. Itu je sekali.

Staff yang datang untuk servis beberapa kali setahun tu pun okay. Lepas habis kontrak, Diah sambung lagi renew yang bayar secara tahunan.

Ikut model Water Dispenser kami kena bayar RM400 setahun. All in semua la tukar penapis semua yang patut.


Water-Dispenser-Cuckoo-Fusion-Table-Top


Cara Buat Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Dijadikan cerita, timing penapis air Cuckoo ni rosak betul-betul selepas tarikh servis bulanan. Kiranya staff tu baru je servis mesin esok lusanya air sejuk dah tak sejuk.

Diah pun tanya la staff dan dia bantu buka laporan. Ikut kan kalau korang pengguna Cuckoo boleh je masuk laman web dia ada cerita lebih detail cara buat report.

Oh setakat yang diberitahu, tiada sebarang caj dikenakan untuk kerosakan compressor Cuckoo ni. Harapnya benar lah.  

Tak lama lepas tu dapat panggilan daripada juruteknik Cuckoo. Dia beritahu serba sedikit tentang mesin dan kongsi maklumat yang nak baiki mesin ambil masa seminggu lebih kurang.

Jadi apa yang bakal berlaku adalah juruteknik akan datang ke rumah dan ambil water dispenser untuk dibawa ke HQ untuk dibaiki.

Dalam masa yang sama, juruteknik akan beri replacement unit - penapis air Cuckoo untuk kegunaan sementara.  

Itu secara teori dan jika dibayangkan memang lancar dan indah je. Jadi tak indah bila kami kena sidai weh.


Intensive-care-Water-dispenser-cuckoo


Tiada Update Status Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Lepas terima panggilan tu kami kena sidai selama hampir tiga bulan. Tiada update dari juruteknik mahupun customer servis tentang status aduan, replacement unit dan juga alat ganti compressor.

Sepanjang waktu tu juga Diah ada follow up dengan staff yang selalu datang untuk servis penapis air Cuckoo.

Macam biasa jawapan dia akan tanya manager dan buat follow up. Tapi lepas tu diam juga. Tak salahkan dia sebab bukan bidang kuasa dia kan.

Cuma mengharapkan pihak customer servis atau juruteknik beritahu status terkini atleast tidak lah tertanya-tanya.

Sebagai pelanggan setia Cuckoo dan pembayar yang baik saya agak kecewa.

 


Replacement Unit Water Dispenser Cuckoo Dah Ada


Sehingga lah baru-baru ni Diah menerima panggilan dari customer service nak sahkan alamat dan buat temujanji untuk juruteknik datang ke rumah untuk ambil penapis air yang rosak tu.

Juruteknik nak datang tapi dalam masa yang sama staff tu kata replacement unit tiada. Memang Diah ungkit semula la perbualan dengan juruteknik sebelum ni yang janjikan replacement unit.

Staff tu pun macam blur-blur. Diah minta beri masa sebab dia call dah petang. Dekat rumah mana ada cerek nak masak air. Nak kena beli air mineral lagi.

Rumit ya sebab di saat akhir dia beritahu. Waktu terima panggilan tu rasa nak marah sangat tapi berjaya kawal. Tak guna marah dia dan tak tahu nak marah siapa.

Dipendekkan cerita, juruteknik telefon ke esok kan harinya dan bawa replacement unit. Pelik, ada pula mesin ganti. Dah lah waktu tu hujan lebat. Memang basah kuyup adik tu.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-ada-problem


Terus tak jadi marah. Waktu dia dekat rumah sementara tunggu penapis tu okay terdengar perbualan telefon dia dengan pelanggan lain.

Masalah yang sama dan dia update mesin replacement dah ada. Jadi dalam otak terfikir yang Cuckoo akan kumpul dulu laporan kerosakan dan bila capai unit tertentu baru boleh mohon replacement unit.

Itu andaian Diah sajalah.

 

Kesimpulan

Pengalaman hidup tanpa Water Dispenser Cuckoo memang mengganggu kehidupan seharian. Tapi masih bersyukur air panas masih berfungsi.

Boleh je rujuk tutorial di Youtube cara baiki Water Dispenser Cuckoo air sejuk tak keluar tapi tiada lah masa nak study dan buat.

Jimat memang jimat tapi tak kuasa ya.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Selagi tak dapat capai kata sepakat selagi itu lah hal sekolah menengah Ikhwan berlegar dekat kepala. Ya ampun sakit kepala dan sakit hati bila fikir.

Bulan lepas cikgu umumkan dalam group whatsapp permohonan kemasukan ke tingkatan satu untuk tahun 2024 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah pun dibuka.

Inilah dilema emak bila anak semakin menginjak dewasa. Sama ada nak masukkan ke sekolah berasrama atau sekolah harian dekat rumah.

Lagi pula SBP ni merupakan platform untuk anak capai cita-cita dan impian ibu bapa nak lihat anak berjaya.


Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Dua-dua pilihan ada baik buruk dia. Jadi sebagai ibu bapa kena bantu Ikhwan buat pilihan yang baik untuk diri dan masa depan.

Alhamdulillah kalau ikut track record bersyukur sangat prestasi Ikhwan di sekolah agak baik.

Dia juga aktif untuk Kelab dan Persatuan, cuma sukan je dia memang kecundang. Mengikut jejak kami yang memang bukan budak olahraga.

Kalau ikut keadaan kami sekarang, baik dari segi kewangan dan kestabilan hidup bukanlah dari keluarga T20.

Hanya ketua keluarga yang bekerja dan kena bagi makan tiga orang anak dan isteri yang selera macam Ikan Paus.

Mencabar ya hidup di bandar yang semua perlukan duit. Tapi kita tetap kena bersyukur sebab masih lagi hidup selesa.


permohonan-kemasukan-sekolah-khusus


Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Berbalik kepada isu sekolah asrama, cikgu minta ibu bapa beri nama jika berminat untuk mohon PKSK. Permohonan PKSK ini dibuka secara atas talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bermula 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.

Awalnya Diah memang tak ambil tahu langsung sebab dari awal nak suruh Ikhwan sekolah depan mata.

Tapi biasalah kan, hati manusia berbolak balik. What if nanti kami menyesal kalau tak cuba? Kalau keputusan suruh Ikhwan sekolah harian adalah tidak tepat?

Jadi bincang lagi dengan suami entah ke berapa kali dan kami sepakat letak nama. Tujuan cikgu minta nama sebab sekolah nak buat taklimat tentang PKSK.

Sekolah akan panggil ibu bapa terlibat untuk diberi penerangan lebih lanjut. Ikut maklumat minggu pertama bulan September.

 


Sekolah Asrama atau Sekolah Harian?

Kalau ikut latar belakang, Diah dan suami adalah budak sekolah harian. Kami sangat bangga sebab dapat duduk dengan emak abah lebih lama berbanding dengan adik beradik yang dapat masuk asrama.

Sebenarnya kalau ikut Diah dulu berharap dapat masuk sekolah asrama (Agama) tapi sayang tak lepas waktu interview.

Kecewa tak payah cakap lah kan tapi semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi bila giliran anak, suami memang sokong dia sekolah harian.

Diah pula masih atas pagar. Semestinya nak yang terbaik untuk dia. Tujuan utama nak Ikhwan masuk asrama adalah supaya dia dapat belajar komunikasi, bergaul dengan kawan-kawan dengan bimbingan yang lebih.

Dengan sistem pendidikan sekarang yang lebih mencabar, kelebihan tu agak banyak jika dia tinggal di asrama.

Dekat asrama kan ada waktu prep, lebih banyak masa dengan kawan dan guru. Atleast kalau ada soalan bab kerja sekolah boleh la bincang.

Kalau harap emak kau ni nak, maksudnya akan rujuk Youtube la jawabnya.


Dilema Nak Pilih Sekolah Harian Atau Asrama

Antara benda yang paling takut sekali Diah selalu fikir adalah tentang gejala buli. Kalau ikut saiz fizikal Ikhwan Hafeez dia antara murid paling comel dalam kelas.

Setakat ni di sekolah dia belum pernah cerita dia kena buli. Alhamdulillah cikgu sangat peka bab ni, dan kawan-kawan dia okay.

Jadi bila nak masuk sekolah menengah yang mana dunia sekolah tu semestinya berbeza dan perkara baru buat kami jadi takut.

Risau dia menjadi target dan mangsa buli. Nauzubillah. Kami dah duduk berbincang dan dia sedar niat dan kebimbangan kami.

Insha Allah kami cuba capai kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Ikhwan. Cuma kalau betul lah rezeki dia dapat sekolah asrama, mama confirm melalak.


SK-Asrama


Ni setiap kali fikir rasa nak keluar je air mata. Alhamdulillah ikhwan okay. Dia nampak bersedia dengan cabaran baru. Buat masa dia sibuk dengan aktiviti sekolah.

Tengah bulan Julai hari tu dia terpilih sebagai wakil tunggal sekolah untuk Kursus Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

40 peserta sekolah rendah dan 40 peserta sekolah menengah. Kiranya satu sekolah hantar satu murid dari seluruh KL.

Antara 40 murid yang menghadiri kursus, dia terpilih ke peringkat kebangsaan pula. Awal bulan Sembilan ni dia ke Simposium Pembimbang Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan tahun 2023.

Sebagai emak mestilah pening kepala. Risau ganggu pelajaran. Entahlah labu. Emak dia dulu tak aktif pun. Ikut abah dia la agaknya.

Risau dihalang anak tu teruja nak ambil pengalaman. Jadi sokong dan bantu dia setakat yang boleh.

 

Kesimpulan

Insha Allah permohonan kemasukan Sekolah Khusus akan kami teruskan. Jika ada rezeki, dipanggil untuk pentaksiran dan kalau layak dapat la masuk SBP.

Rasanya waktu tu akan duduk sekali lagi dengan Ikhwan dan senaraikan kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.

Buat masa sekarang kepala masih berdenyut sementara nak tunggu sekolah panggil untuk taklimat PKSK. Doakan kami ya.

  

Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Kali ni Diah nak kongsi restoran makanan laut sedap dekat Johor. Tahu tentang kedai makan ni dari abang ipar. Dia beria-ria ajak datang cuba.

Katanya ini kedai makan kegemaran dia kalau teringin nak makan seafood. Dah alang-alang sampai ke Johor rugi pula kalau tak cuba.

Ternyata pilihan yang tepat sebab semua orang puas hati dengan menu yang kami makan hari tu. Sangat disyorkan kepada korang untuk pergi.

 



Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Restoran dia kalau tengok memang biasa je. Macam kebanyakkan kedai makan yang lain. Susun atur meja kerusi standard, kedai bersih dan selesa.

Restoran yang kami pergi ni ialah restoran Real Glamour Seafood terletak di Jalan Bayu Puteri Johor Bahru.


Review-Restoran-Real-Glamour-Seafood


Dalam perjalanan, Diah perasan ada lalu depan Replika mahkota gerbang Istana Johor, kebanggan Bangsa Johor. Tersergam indah.


depan real Glamour Seafood

 

Menu Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Ada pelbagai jenis hidangan ditawarkan termasuklah masakan panas dan hidangan khusus Restoran Real Glamour Seafood adalah makanan laut.

Kami makan Ikan Merah Stim, Udang buttermilk, Kerang Sambal, Ikan Pari Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan Sotong Celup Tepung.


kailan-ikan-masin


Nasi putih untuk 12 orang termasuk kanak-kanak. Kami pesan juga dua jug air, Teh O ais dan Sirap Limau ais.

Harga makanan dekat sini berpatutan dan boleh dikatakan murah berbanding kedai seafood Diah pernah pergi. 

Menu Celup Tepung dia tidak mengecawakan. Rangup dan tidak terlebih masak. Mengubat kekecewaan malam sebelum tu kami makan dekat kedai lain, sotong celup tepung dia liat dan kering.


Sotong-Celup-Tepung


Tak mahu makan Seafood, dekat sini ada juga menu nasi dan mi goreng. Jadi tiada masalah kalau datang seorang atau berdua.

 

Lokasi Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Nak mudah korang boleh waze je. Boleh guna alamat ni: 2, Jalan Bayu Puteri 2/10, Taman Bayu Puteri, 81750 Johor Bahru, Johor.

Landmark paling mudah ialah, restoran ni terletak di bawah Hotel Elmark. Boleh parking depan kedai.

Restoran buka setiap hari bermula pukul 4.30 petang sehingga 12.00 tengah malam. Kalau ikut bacaan dekat Google review digalakkan untuk buat tempahan.

Rezeki kami hari tu, kami walk in dan restoran baru je dibuka.

 

Review Restoran Real Glamour Seafood

Walau pun menu kami pesan agak banyak tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Paling penting kakak yang ambil pesanan kami tak kekwat. Atleast dia ambil pesanan dan tak lupa senyum.  

Pernah makan di tempat pelayan yang kedekut senyuman. Makanan sedap pun jadi tak seronok nak datang lagi sudahnya.

Secara keseluruhan makanan dekat Restoran Real Glamour Seafood sedap. Cukup rasa masin, manis dan masam.

Dalam banyak-banyak restoran makanan laut kami pernah cuba, Real Glamour Seafood berjaya mendapat tempat di hati Diah.

Kalau di Melaka kami suka makan seafood di Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka, di Terengganu korang boleh pergi ke Warung Adik Beradik, dekat Aroma Ikan Bakar Jeram pun okay.

Makanan laut dia segar. Menu paling Diah suka adalah Ikan Merah masak Stim. Ya ampun sedapnya kuah dia.


Ikan-Merah-Stim


Menu Stim dia memang terbaik. Guna resepi Thailand yang letak jeruk bawang putih memang terangkat. Rasa masam dia seimbang.

Udang buttermilk dia tak kedekut bahan, dan udang dia segar. Ambil menu ni untuk anak-anak sebab tak pedas.    


Udang-buttermilk


Pertama kali cuba Ikan Pari Goreng Tepung. Selalu kalau makan mesti Ikan pari Bakar. Sedap rupanya. Boleh buat dekat rumah pula lepas ni.


Ikan-Pari-Goreng-Tepung


Kerang sambal tu biasa saja bagi Diah, tapi adik Diah paling suka sebab kena dengan selera dia. Saiz kerang tak mengecewakan.

 

Kesimpulan

Kalau korang mencari kedai makan seafood di Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan korang kena datang ke Restoran Real Glamour Seafood ni.