Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Rodiah Amir
3

Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan. 

Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje. 

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok-elok. 

Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang. Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’. 

Tiada Istilah Kebetulan Dalam Hidup

Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun. 

Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.

Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa. 
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. salam....takdir boleh berubah dgn izinNya. Selamat ulang tahun, semoga rezeki bertambah murah, kesihtn baik dan segala urusan dipermudahkanNya.amin...

    BalasPadam
  2. hehee welkem...rindu sgt2...:) nak cek earning login nuffnang, klik kt button earning.akan terpapar la buffered earnings, metered earning dan campaign...^^

    BalasPadam
Catat Ulasan