3 Tips Penting Atasi Masalah Ruangan Comment Hilang

Rodiah Amir
3
Assalamualaikum, 

Beberapa hari lepas aku ada share yang ruangan comment kat blog aku tidak memunculkan diri. Sejak bila hilang aku pon tak tahu. 

Aku mula sedar bila ada blogger yang blogwalking dan tegur tak ada tempat nak tinggal jejak mereka. Masa tu aku hanya fikir nak pasang Chat Box kat side bar blog. 

Tapi bila refer tutorial payah nak kojol dan aku rasa bukan jiwa aku letak chat box bagai semua ni, aku just bantutkan diri la. 


Dalam masa yang sama aku baru la kesedaran nak check ruang comment kat bawah sekali lepas setiap entry. Aku baru sedar ruangan tu tak muncul dah weh. 

Down sekejap. Aku bila bab technical blog ni seram sejuk sikit nak baiki. Pengharapan tinggi sangat kat diri sendiri. Puas la aku google, siap minta bantuan Google Help. 

Paling banyak tips aku jumpa kat satu blog tapi Blogger Indonesia. Antara tips yang aku rasa relate/ sama dengan apa aku nak share dalam entry ni. Yang selebihnya melibatkan edit HTML dan kena save kod semua. So aku tak rasa terer bila menulis tentang tu. 

Meh sini aku share pengalaman base apa yang aku tahu sahaja ok. Masalah bermula bila aku start cantikkan blog dengan ubah beberapa part. Masa tu aku guna template basic je. 

Then aku ada buat beberapa penambahan macam cantikkan side bar, letak tab kat bawah heading yang aku dah buang dan beberapa benda lain. 

Dalam kes aku, aku dah cuba fix edit HTML, tapi still tak setel. So dengan berat hati aku terus merajuk tukar template lain pulak dan paling penting aku buat 3 step bawah ni: 

Pergi ke Dashboard - Settings - Post, comments & sharing - Pilih NO Use Google+ Comment. 

Kalau pilih yes. Buruk akibatnya. Tapi ni antara punca ruangan comment tak keluar ye. 

Pergi ke Dashboard - Basic - Set macam dalam gambar bawah ni. 


Last but not least setiap kali create New Post - Check bahagian Options - Reader Comments Kena set Allow. 


Rasanya kalau korang dah tukar template, Lepas tu make sure 3 tips atas ni dah buat sepatutnya dah tak ada problem. 

Ingat ye, sebelum fix any cod or nak delete gadget buat la back up template. Nanti tak menyesal. 

Ok semoga bermanfaat. 
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. hai akak, sorry baru harini perasan komen akak pasal comment box ni. Alhamdulillah dah okay. Sorry tau sebab tak perasan

    BalasPadam
  2. owh, boleh jadi juga ek..
    Salam kenal & singgah follow..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu sebab banyak sangat saya edit agaknya terlepas pandang jadi cmtuh

      Padam
Catat Ulasan