Pencipta Bendera Malaysia, Siapa Dia?

Rodiah Amir
5
Sempena Bulan Kemerdekaan jom kita kenal sipakah yang telah berjasa mencipta bendera Negara Malaysia yang tercinta. Tak kenal makan tak cinta kan?

Setiap tahun sambut Merdeka duk hayun bendera tapi sejarah tentang bendera ni sejauh mana kita tahu? Sama la macam aku, nama je rakyat Malaysia tapi sejarah tentang pengetahuan sejarah Malaysia sangat lah kurang.

Siapa Pencipta Bendera Malaysia?

Dulu masa sekolah waktu pendidikan seni selalu cikgu suruh lukis bendera Malaysia. Lukis bintang selalu aku fail. Oleh sebab beberapa hari saja lagi kita nak sambut Kemerdekaan Malaysia jadi rasanya eloklah kita throwback sikit sejarah Malaysia. 


Asal usul pencipta bendera malaysia


Kenali Pencipta Bendera Malaysia


Pencipta Bendera Malaysia:  Mohamed Bin Hamzah

Beliau adalah Allahyarham Mohamed Bin Hamzah yang dilahirkan pada 05 March 1918 dan meninggal pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum usianya genap 75 tahun di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Semasa hayat beliau, Allahyarham tidak menerima sebarang pengiktirafan kerana beliau sendiri merahsiakan identiti beliau sebagai pencipta bendera bangsa. Betul-betul merendah diri. 

Pada tahun 2005 selepas 12 tahun pemergian beliau, barulah beliau diiktiraf sebagai Pencipta Jalur Gemilang oleh kerajaan Malaysia hasil tinjauan yang dilakukan oleh Harian Metro dan Arkib Negara.

Ketika beliau berusia 29 tahun, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu menganjurkan pertandingan merekacipta bendera bagi Tanah Melayu.

Beliau merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor dan juga seorang yang berbakat dalam bidang seni lukis telah menyertai pertandingan tersebut.

Seramai 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut dan rekabentuk yang dikemukakan oleh Allahyarham menjadi salah 1 daripada 3 rekabentuk yang terpilih. 

Pada 29 November 1949 The Malay Mail menunjukkan sebanyak 42% undian telah memilih rekabentuk Allahyarham dan ianya diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.

Ha tak sangka kan, boleh pula beliau merahsiakan identiti sendiri. Sungguh merendah diri. Mesti berjiwa seni. Selalu orang seni ni banyak rahsia. Misteri je. Betul ke?


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Setinggi2 penghargaan buat Allahyarham

    BalasPadam
  2. Betul2 merendah diri.. arkitek patutlah Boleh menang

    BalasPadam
  3. great sharing!
    sejujurnya lepas habis belajar sy pun dah tak ingat nama pencipta bendera Malaysia

    BalasPadam
  4. sungguh merendah diri.
    after 12 years kematiannya, baru dunia kenal.
    anak, cucu, cicit beliau sure bangga.

    BalasPadam
Catat Ulasan