A&W Kembali Dengan A&Wesome Festival

Rodiah Amir
2

A&W adalah antara restoran makanan segera yang menjadi kegemaran aku. Kalau ke A&W pasti akan minum float RB dan makan Coney A&W. Memang legend la. 

Dulu masa aku masih bekerja, outlet Petaling Jaya yang paling dekat dengan pejabat. Sesekali dapat makan dengan kawan-kawan memang mengimbau kenangan masa kecil.

Sejak diambil alih oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) lebih daripada setahun lalu, A&W Malaysia Sdn. Bhd., jenama rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) yang berusia 56 tahun kini dalam landasan yang betul untuk kembali hebat.

A&Wesome Festival A&W Meriah

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB berkata demikian ketika merasmikan A&Wesome Festival. 

Berlangsung di outlet pandu dalam pertama A&W di Petaling Jaya untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia atas sokongan berterusan mereka selama ini.



Tentang A&W Malaysia

A&W dinamakan sempena pengasasnya, Allen dan Wright. Ia bermula sebagai sebuah perniagaan root beer yang bermula pada bulan Jun 1919 dan telah menghidangkan rutbir dan burger selama hampir 100 tahun.

Francais A&W dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1963 oleh Encik dan Puan Lie Boff dari Amerika Syarikat. 

Keluarga Lie Boff membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menjadikannya outlet makanan segera yang pertama di Malaysia. 

Ini diikuti pada tahun 1965 dengan outlet pandu-dalam pertama di Petaling Jaya.

Inter Mark Resources Sdn Bhd memperoleh rangkaian QSR A&W Malaysia Sdn Bhd pada September 2018. 

Kini, A&W Malaysia mempunyai 48 cawangan di seluruh Malaysia dan merancang untuk menambah bilangannya.

Dengan status Halal yang diperakui untuk semua produknya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), A&W Malaysia komited untuk menyediakan pelanggan dengan kualiti makanan terbaik, perkhidmatan yang memuaskan, persekitaran yang mesra dan semua produk dihasilkan di bawah keadaan standard kebersihan yang ketat.

A&Wesome Festival

Menurut Ang, festival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan orang dewasa, bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

"Kelebihan yang kita ada ialah jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. 

Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami; atau mereka boleh bersantai di A&W selepas sekolah pada waktu petang untuk menikmati float RB ikonik kami," kata Ang.




Beliau menambah bahawa jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali 'hebat' dan akan terus menghidangkan makanan yang berkualiti dan lazat yang biasa mereka nikmati semasa mereka membesar.

Walau bagaimanapun, Ang percaya bahawa masa depan perniagaan rantaian QSR terletak pada kemampuan A&W untuk memenangi hati pelanggan generasi baharu, yang terdiri daripada generasi milenium.

Sejak Ang menerajui syarikat, Ang dan pasukannya telah melaksanakan inisiatif peningkatan nilai dan perkhidmatan untuk menarik minat kumpulan pengguna ini. 

Ini termasuklah penggunaan ayam segar dan bukannya ayam beku; mengekalkan kualiti makanan dengan menggunakan sistem masak mengikut pesanan bagi menyediakan makanan segar dan panas kepada pelanggan. 

Paling penting, hidangan yang menyelerakan serta berinovasi, menawan selera rakyat Malaysia untuk masa yang terhad sahaja.


Menu Terbaru A&W

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney. 

Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. 

Ini merupakan arah tuju yang akan diteruskan oleh syarikat. Bercakap tentang inovasi, Ang menambah bahawa kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi.

"Kios kami akan menawarkan menu yang berbeza berbanding outlet-outlet kami seperti Waffle To Go, yang merupakan salah satu hidangan dessert seperti wafel dan ais krim kegemaran pelanggan, tetapi digabungkan dengan ais krim lembut untuk mudah dimakan; dan Float on Cone, yang merupakan sorbet RB dengan ais krim vanila lembut (soft serve)," katanya lagi.




"Dessert kami sememangnya kegemaran pelanggan di outlet kami. Konsep kios dessert yang baharu yang menawarkan Float on Cone, yang sinonim dengan kami, pasti akan menarik hati pelanggan sasaran kami yang lebih muda!" tambah Ang.

Selain menambah item baharu pada menu, Ang berkata banyak usaha telah dilakukan dalam melatih kakitangan supaya menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan mereka dan memastikan standard makanan yang disajikan adalah tinggi. 

"Sejak kami mengambil alih, kami tidak berhenti-henti berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan di outlet kami. 

Kami telah menubuhkan Akademi A&W untuk melatih atau melatih semula kakitangan dan menjalankan pertandingan dalam kalangan mereka untuk memberi motivasi perkhidmatan yang baik," jelas Ang.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk. 

"Pada awal tahun 2020, kami akan membuka outlet A&W yang sangat unik di Seventeen Mall di PJ yang berkonsepkan hip dan bergaya, mengembalikan reka bentuk dalaman A&W yang retro. 

Outlet ini akan menghidangkan sarapan pagi dan lain- lain sepanjang hari sambil anda menikmati muzik dari tahun 70-an dan 80-an. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bilangan outlet sedia ada dari 48 kepada 100 buah outlet, yang sebahagiannya adalah kemudahan pandu dalam dan kiosk menjelang 2021," kata Ang.

Dapatkan maklumat lanjut tentang A&W Malaysia  di Facebook A&W Malaysia. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Rabia baru je pergi makan anw kelmarin.siap dapat fridge magnet anw lagi

    BalasPadam
  2. Memang sangat ohsem.. Kalau lajak ke KL boleh Sha singgah dekat Jejantas sg buloh.. situ je yang paling dekat.. huhuhu..

    BalasPadam
Catat Ulasan