Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Rodiah Amir
1
Masa aku tengok IGTV orang sibuk share Influencer terkenal, Cupcake Aisyah hadiahkan 10 ribu ringgit untuk mak dia memang sangat-sangat menyentuh perasaan. 

Untuk yang tak pernah tengok video tu, cerita dia macam ni, si Aisyah ni main game “What’s in the box challenge” bersama ibu dia. 

Siapa yang familiar dengan game ni, caranya mudah je nak main. Kena teka apa ada dalam kotak yang bertutup tu. Dapat teka dikira pemenang.

Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Selalu kita tengok orang main permainan ni akan menjerit sebab imagine benda bukan-bukan. Nak pula yang penakut dan geli dengan binatang terutama katak, tikus, lipas dan macam-macam lagi la. 

Dia buat surprise letak duit dalam kotak bertutup dan suruh mak dia teka apa ada dalam kotak tu. Apa yang cute about this video adalah reaksi mak dia bila Aisyah suruh masukan tangan, sentuh apa dia rasa dan teka apa benda tu.

Geram juga nak tunggu moment mak dia pegang “benda” tu, sebab kalau aku sendiri pun bukan boleh percaya takut anak-anak nak kenakan mak sendiri. 

Tapi kelakar la. Bila mak dia berjaya teka “benda” tu duit, Aisyah dan mak dia dah mula menangis. Sweet la anak beranak ni.



Biodata Cupcake Aisyah

Aku follow Aisyah ni secara tak sengaja masa zaman dia berkawan dengan Johanis. Bakal menyambut ulang tahun ke 20 pada 24 Ogos 2020. 

Masa tu juga aku follow Youtuber Nisha Ezzati dan beberapa lagi youtuber popular. Lama kelamaan minat aku berubah. Ikut peredaran usia, aku cari content yang lebih serius.

Anak-anak muda baru nak up memang suka la follow Aisyah Cupcake. Content vlog dia berkisar lifestyle, tempat dia study, fashion dan keluarga. 

Pendek kata video kisah seharian dan dia juga banyak kongsi tentang cabaran dia hadapi ketika melancong. 

Selain tu, dia juga bijak bergaya. Memang ikut perkembangan trend semasa. Memang cukup pakej la bagi aku, bijak, berharta, dan ada rupa. Benda lain tak mahu comment.

Rupa-rupanya Aisyah start business jual ‘squishy toys’ pada umur dia 15 tahun. Oleh sebab dia selalu melancong ke luar negara dan hobi dia kumpul permainan tu dan secara tak sengaja menarik minat peminat dia juga.

Apa yang aku nak highlight tentang Aisyah ni family is always number one bagi dia. Suka sangat bila mak dia jadi best friend, dia juga rapat dengan adik-beradik dia. 

Aku appreciate benda-benda kecil macam tu dan hopefully one day, semua anak-anak aku akan jadikan aku best friend mereka. 



Positive And Good Influences

Aku kagum gila-gila bila baca comment yang pengikut Cupcake Aisyah di Youtube tinggalkan mostly semua terharu, positif, dan terbukti apa yang dia buat dapat beri good influence kepada anak muda lain. 

Tahniah. Tak jumpa lagi yang kata dia show off tunjuk dia kaya atau dia dah padam negative comment, itu aku tak pasti. 

Cukuplah aku husnuzon yang apa dia buat memberi inspirasi kepada anak-anak lain untuk layan mak mereka dengan baik juga. 

Satu petanda baik bila semua komen yang dilemparkan adalah komen yang berhemah. Tak ada pergaduhan dan sindiri menyindir. 

Personally, bagi aku tak kisah siapa sahaja yang memakai title Influencer harus la ada ciri-ciri berkualiti dan dapat influence orang dengan perkara baik.

Aku doakan juga agar mereka-mereka yang menghebahkan benda baik, buat ibu bapa gembira, menghargai adik beradik dan kawan-kawan supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah. 

Terhindar dari hasad dengki manusia dan niat jahat mereka yang memandang. Semoga budaya berbuat baik ni menjadi ikutan berpanjangan. Aamiin.

Cupcake Aisyah pernah memenangi Top Lifestyle Influencer Award di Anugerah Influence Asia 2017. Aisyah juga pernah merangkul anugerah Instafamous Paling Ohsem di Anugerah Instafamous 2017 serta tersenarai sebagai 25 Remaja Paling Menyerlah 2017 oleh Majalah Remaja.


Kesimpulan

Berapa saja nilai wang atau pemberian yang korang hadiahkan untuk ibu bapa bukanlah perkara utama. Point dia ialah penghargaan anak-anak dan juga kasih sayang terhadap ibu bapa di atas segala pengorbanan dan tenaga yang ibu bapa curahkan dalam membesarkan kita. 

Hampir 9 tahun aku bergelar ibu, segala perkara kecil yang anak-anak buat dah cukup untuk buat aku tersentuh. 

Ibu bapa ni bukan minta harta benda sebagai balasan tapi ingatan dan penghargaan tu adalah segala-galanya. 

Kalau tak percaya cuba korang hadiahkan sesuatu untuk mak ayah. Tengok reaksi mereka dapat sesuatu yang mereka suka.

Semoga aku tergolong dalam golongan mereka yang berjaya buat ibu bapa bahagia. Aku doakan perkara yang sama untuk korang juga. Jumpa lagi di lain entri.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan