Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog

Rodiah Amir
2

Sebenarnya topik aku nak kongsi kali ni adalah topik yang tak sengaja aku cadangkan untuk rakan blogger semasa sesi brainstorm minggu lepas. 

Bukan sesi yang serius pun cuma bertukar idea bila masing-masing stuck tak tahu nak buat perkongsian di blog terutamanya. 

Jadi Tuhan turunkan ilham untuk aku menulis tentang diri sendiri. Kalau aku bukan aku yang sekarang iaitu seorang penulis blog, apa aku akan jadi? 

Ni kira soalan ala-ala artis yang baru masuk industri hiburan ditemuramah dalam rancangan hiburan la kiranya. Soalan ramah mesra. Hahaha. 

Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog

Sebenarnya menjadi seorang penulis blog langsung tak pernah terlintas dekat otak. Sejak kecil mana pernah didedahkan dengan dunia blog weh, aku tahu tentang blog masa aku mula masuk alam pekerjaan.

Selalu aku baca blog waktu makan tengahari dekat pejabat. Kadang-kadang malas nak makan dekat luar jadi tapau makanan siap-siap dan menghadap blog. 

Masa tu minat baca blog orang, penulis blog dulu-dulu tulis kisah peribadi tapi tak pernah bosan nak baca. Mana ada buat review berbayar macam sekarang ni.




Punca Aku Jadi Ketagih Baca Blog

Aku pernah follow satu blog perempuan misteri. Nama dia seakan-akan nama orang putih (aku lupa), dia tak pernah kongsi gambar dia tapi penceritaan dia yang bagus sehinggakan aku boleh bayangkan dia seorang perempuan free hair yang cantik. 

Dia banyak berkongsi cerita diri dia yang terperangkap dalam cinta tiga segi.

Dia sukakan duda anak satu, then kawan satu pejabat dia lelaki bujang sukakan dia. ha begitulah cinta tiga segi sebiji macam dalam drama tv. 

Hebatnya skill dia menulis tu sampai ramai follow blog dia dan menantikan update kisah cinta mereka.

Sehinggalah satu ketika, blogger ni tiba-tiba menyepikan diri. Serius aku frust juga sebab masa tu cerita cinta mereka dah menuju klimaks. Ramai yang komen bertanya khabar. 

Tambah kecewa aku terjumpa satu artikel tentang perempuan ni. Ada orang bongkarkan yang kisah perempuan tu hanyalah imiginasi penulis blog. Kiranya cerita rekaan sahaja lah.

Tak cukup dengan kejutan pendedahan tentang kisah cinta penulis blog tu, ada orang bongkarkan juga yang sebenarnya penulis blog tu sebenarnya seorang lelaki. Cis betul. 

Spoil sungguh. Patutlah kisah dia sangat menyentuh jiwa. Nampak sempurna dan sarat dengan emosi. Rekaan je gais. Terciduk aku. hahaha.

Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati dengan apa aku baca. Yelah memang di alam maya orang boleh buat apa sahaja. Kita la kena bijak menilai. 

Mula dari kejadian tu, aku mula berjinak-jinak menulis kisah peribadi yang aku wajar kongsi sekitar tahun 2010 lepas tu aku berdiam diri selama beberapa tahun dan kemudian aktif semula beberapa tahun kebelakangan ni.



Cita-Cita Nak Jadi Cikgu

Wah panjangnya aku throwback, jom kita sambung cerita kalau aku bukan seorang penulis blog aku syak aku akan jadi seorang cikgu. Cikgu ni memang dah termasuk dalam senarai cita-cita impian masa kecil. 

Masa tu aku tanam dalam otak jadi cikgu Bahasa Melayu pun dah ok, nak ajar subjek lain aku rasa aku tak cukup pandai. Selalu aku risau kalau anak murid tanya soalan dan aku tak pandai nak jawab. Mesti jatuh air muka depan anak murid.

Oleh sebab aku takut yang bukan-bukan lah aku matikan je hasrat aku jadi cikgu. Agaknya kalau aku tekad pasti aku dah jadi seorang guru sekarang ni. 

Dalam keluarga aku, dua daripada sepuluh orang adik beradik aku adalah cikgu.

Walaupun selalu aku dengar betapa stressnya mereka dengan bebanan kerja dan sakit otak menghadap perangai pelajar tapi sedikit pun tiada penyesalan menjadi cikgu. 

Salute ah. Aku kalau jadi cikgu mahu aku bertukar jadi singa. Sabar aku tak banyak.

Cerita pasal cita-cita ni aku teringat kenangan aku tentang perkongsian cita-cita masa kecil.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah, masa tu subjek English. 

Cikgu buat ice breaking dan minta murid-murid perkenalkan diri dan nyatakan apa cita-cita dalam bahasa English. 

Aku punyalah panik, dah la tak pandai cakap omputih sekali kena pula kenalkan diri. Puas aku berlatih sehinggalah tiba giliran aku. 

aku ingat lagi aku panik sehingga aku salah sebut perkataan “Clerk”. Dalam banyak-banyak cita-cita aku pilih nak jadi KERANI gais.

Ya ampun, apa yang telah merasuk aku masa tu tak pasti. Kenapa tah aku rasa jadi kerani tu cool. Sampai je giliran aku, aku bangun dan memperkenalkan diri. 

My name is Rodiah binti Amir Hamzah, I want to be a klerk. Aku cuak sampai salah sebut, sepatutnya bunyi dia “klak” (kerani) aku pula sebut “klek”. Cikgu tinggikan suara sebab tak faham apa aku sebut. Malunya ya Allah.

Rasa macam ada guli tersekat dekat anak tekak bila cikgu suruh ulang semula. Akhirnya cikgu betulkan sebutan Clerk aku tu. Masa tu kalau aku toreh dengan pisau confirm muka aku tak berdarah sebab takut sangat. suruh cakap dua baris ayat je kot. Itulah kenangan.




Kesimpulan

Aku rasa cita-cita menjadi seorang cikgu adalah cita-cita yang memang jadi impian budak-budak sebaya aku dulu. Pekerjaan paling senang orang nak kenal, dan menjadi calon idaman untuk dijadikan isteri, dan menantu. 

Sesungguhnya aku tak pernah kesal menjadi penulis blog, mungkin ada yang anggap menulis blog sebagai satu hobi tapi aku percaya ianya juga boleh dijadikan punca pendapatan walau tak semewah pekerjaan dekat luar sana. 

In Sha Allah semoga perkongsian aku sebagai penulis blog bukan sahaja membantu kehidupan dekat dunia tapi untuk akhirat juga.
Salam sayang dari aku. Terima kasih sudi baca. Kita jumpa dilain entri.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kalau sy bukan seorg penulis, aku mungkin jadi seorg terapis kanak-kanak..

    BalasPadam
Catat Ulasan