Buffet Ramadan KL Convention Centre – Tradisi Semarak Rasa

Rodiah Amir

Jika anda mencari buffet Ramadan & tempat berbuka puasa di tengah-tengah ibu kota negara, Kuala Lumpur Convention Centre adalah tempatnya.

Seperti tahun-tahun yang sudah, majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre adalah antara tempat berbuka popular di KL dan sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali.

Buffet Ramadan Tradisi Semarak Rasa bakal bermula pada 27 Mac hingga 17 April 2023. Para tetamu berpeluang merasai dan menikmati 'Resipi Keluarga Asli' yang dicipta khas oleh barisan chef Pemenang anugerah Pusat Konvensyen.

Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre


Buffet Ramadan KL Convention Centre – Tradisi Semarak Rasa

Menu diilhamkan daripada resipi asal yang digunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka. Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai.

Ini adalah termasuk Kambing Bakar Ala Harissa, ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan.

kambing-bakar-Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre

Ada juga hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas cencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, 'Bubu Ikan' - ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi.

 

menu-Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre-tradisi-semarak-rasa

menu-tradisi-semarak-rasa

Menu Menambat Selera Buffet Ramadan Tradisi Semarak Rasa

Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jafaar, berkata,

Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat yang disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif Kuala Lumpur Convention Centre.

tradisi semarak rasa Buffet Ramadan

tradisi semarak rasa Buffet Ramadan KL Convention Centre

Didatangkan khas dari seluruh pelosok negara dan berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa mereka pada tahun ini.

Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, KL Covention Centre juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.

menu-Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre

menu-tradisi-semarak-rasa

Tarikan & Kemudahan Buffet Ramadan KL Convention Centre

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.

Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang.

Pada bulan Ramadan ini, kami terus menqukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan.

Kami juga berganding bah dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.

banana-caramel-Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre

Buffet-Ramadan-KL-Convention-Centre-tradisi-semarak-rasa

Kolaborasi Pusat Konvensyen Bekerjasama Dengan StarVendors

Istimewa pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023.

Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka 'reruai' untuk menjual produk mereka.

Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida, dan Dato Aliff Syukri.

Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai, yang ditawarkan pada harga termampu RM188 seorang dan boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023.

Pusat Konvensyen in juga menawarkan harga terdiskaun bersih RM168 untuk semua. Tempahan awal berbuka puasa daripada orang ramai yang dibuat sebelum 22 Mac 2023.

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehampaan. Di samping itu, tawaran kumpulan juga disediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayaran bagi kumpulan lima orang.

Dengan dua menu 'Tradisi Semarak Rasa' yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makanan kegemaran tempatan di 'Chef Action Station', yang disediakan atas permintaan.