Review Wardah Lightening Clay Mask Advanced Niacinamide

Rodiah Amir
1

Korang dah pernah cuba Wardah Lightening Clay Mask ni tak? Kalau belum boleh baca pengalaman Diah ni. Mana tahu dapat membantu.

Ini kali pertama Diah cuba clay mask macam ni dan Diah beli tanpa fikir panjang ya. Banyak faktor Diah tertarik nak cuba jadi teruskan membaca.

Kebetulan hari tu masuk Watson nak cari micellar water tapi terjangkit beli clay mask ni juga. Begitulah kehidupan wanita kan?

Review Safi Micellar Natural Cleansing Water Tak Pedihkan Mata 

MR DIY, Kedai Eco, Guardians atau Watson adalah tempat berbahaya ya.  Jangan bagi masuk lama-lama kalau tidak habis semua benda nak beli. 


Tube-Wardah-Lightening-Clay-Mask

Review Wardah Lightening Clay Mask

Berbalik kepada Wardah Lightening Clay Mask, lepas beberapa kali guna baru lah berani nak kongsi dekat blog. Diah suka sangat dengan hasil dia.

Wardah Lightening Clay Mask boleh dikategorikan sebagai clay mask harga rahmah, tapi power sangat kesan dia. Harga dia ialah RM7.10 untuk 50ml. Harga masih mampu milik.

Wardah Lightening Clay Mask sesuai untuk semua jenis kulit dan antara bahan yang bagus ada dalam clay mask ini ialah Niacinamide.


cara-guna-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Nama lain dia nicotinamide. Salah satu unsur daripada Vitamin B iaitu niacin. Bagus untuk menghapuskan jerawat dan menghilangkan kesan parut akibat jerawat serta fungsi utama yang lain adalah untuk mencerahkan kulit.

Diah pernah cuba peel off mask untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung 


Produk Info & Deskripsi - Wardah Lightening Clay Mask. – Advanced Niacinamide

Jom kenali Wardah Lightening Clay Mask. Masker dengan kandungan Kaolin Mineral Clay yang membantu lepas guna.

Dengan efek dingin yang membuat kulit terasa segar selepas guna. Dikombinasikan dengan Advanced Niacinamide, bantu kulit tampak lebih cerah bercahaya dengan pemakaian teratur.


ingredients-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Gunakan set rangkaian Wardah Lightening Series untuk hasil kulit cerah yang lebih optimal. Digalakkan pakai dua kali seminggu.

Clay mask ni berwarna biru cair. Tekstur dia licin dan lembut bila sapu pada kulit.


Wardah Lightening-Clay-Mask–Advanced-Niacinamide

Nak senang sapu pada muka boleh guna silicone make up brush ni. Jimat pun ya sebab dia tak melekat pada berus. Boleh cari dekat MR DIY pun ada. Harga dia murah je.


silicone-make-up-brush


 

Cara Guna Wardah Lightening Clay Mask

Sapukan mask di seluruh muka guna guna silicone make up brush kemudian biarkan selama 15 minit hingga mask kering.

Diah perasan bila mask ni mula kering dekat muka, lubang pori kelihatan terutama dekat bahagian hidung. Berkesan lah agaknya kan, clay mask tu meresap dekat kulit muka.

Jenis kulit muka diah saiz pori dia besar, kadang-kadang bila tengok memang menyeramkan. Kemudian boleh bilas guna air bersih.


Review-Wardah-Lightening-Clay-Mask


Pengalaman Guna Wardah Lightening Clay Mask

Bila pakai tu terasa dingin dan berangin kulit muka. Terasa dia menyerap dalam kulit.  Bau dia wangi, dan paling best mask ni cepat kering. Bila dah kering rasa tegang je muka.

Nak cuci pun mudah hanya guna air paip saja. Mask ni bukan jenis yang peel off, yang kena tarik tu jadi bonus point ya. Mudah sangat nak tanggal jadi tidak la renyah.

Tapi kan memang betul Diah kagum dengan Wardah Lightening Clay Mask ni berkesan untuk kulit Diah.

Lepas cuba tu puas hati dengan hasil dia. Lepas cuci terasa kulit lebih lembut dan segar. Minyak dekat muka hilang dan rasa kulit masih sejuk.

Kebetulan waktu Diah cuba, perasan ada jerawat kecil di bahagian pipi.

Perasan waktu basuh, jerawat tu kecut dan kering. Bila basuh muka terasa kulit jerawat tu tercabut. Memang gembira sangat. 

Nak beli secara online pon boleh,beli disini - harga lebih murah atau walk in ke Watsons, Guardian berhampiran korang.

 

Konklusi

Kalau korang mencari clay mask dengan harga berpatutan, sesuai untuk semua jenis kulit dan paling penting nak cerahkan kulit  serta menyerap minyak berlebihan dan membuat kulit terasa lebih halus memang kena cuba Wardah Lightening Clay Mask ni.


Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kedai-kedai tu mmg berhantu. bila masuk, susah jumpa jln keluar hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan