Buat Biskut Raya - Biskut Chocolate Chip Cream Cheese

Rodiah Amir
8

Selamat hari raya. Wah awal kan wish. Awal-awal tak kalut sebab asyik la sibuk dengan dunia sendiri. Ahaks. Berapa ketul je entri dapat publish masa bulan puasa ni.

Sadis betul. By the way kita cuba la improve dari masa ke semasa ya. Ini cakap pada diri sendiri sebenarnya.

Macam mana persiapan raya korang? Diah beli apa yang perlu saja. Macam tahun-tahun sudah beli baju raya memang nak cari yang murah.

Tahun ni baju Diah semua beli dekat TikTok sebab harga mampu beli. Kalau dekat mall atau pergi butik memang tak sah kalau tak cecah ratusan ringgit ya.


 

buat-Biskut-Raya



Buat Biskut Raya - Biskut Chocolate Chip Cream Cheese


Untuk persiapan lain Alhamdulillah kita beli bila perlu nanti. Untuk biskut raya dah start buat satu jenis. Memang kena ada satu jenis atleast dekat rumah ni.

Anak-anak asyik la merayu ajak buat biskut raya. Okay turutkan dengan syarat kena habiskan biskut supaya tak membazir.

Macam tahun lepas anak-anak request buat biskut chocolate chip lagi sekali. Tapi kali ni kita upgrade resepi tambah Parmesan Cheese.

Jadi sedap sebab masin berlemak. Anak-anak pun suka. Lagi sedap cicah biskut dengan susu. Syahdu je rasa dia.


Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond

Resepi Kuih Raya Guna Kulit Popia



Biskut-Raya-Biskut-Chocolate-Chip-Cream-Cheese



Resepi Biskut Chocolate Chip Cream Cheese


Resepi Biskut Chocolate Chip Cream Cheese ni sebenarnya olahan dari resepi Biskut Chocolate Chip yang biasa tu. Cuma kita tambah cream cheese dan cheese parut untuk tonjolkan lagi rasa dia.


Bahan-bahan:


Anchor Salted Butter ½ cawan

Cream Cheese ½ cawan

Gula Perang ½ cawan

Gula icing ¼ cawan

Kuning telur 1 biji

Esen Vanila 1 tsp

Tepung Jagung 1/3 cawan

Tepung Beras 2 tbsp

Serbuk Koko ½ tbsp

Baking Soda ¾ tbsp

Tepung Gandum 1 ½ cawan

Chocolate Chip 1/3 cawan

Parmesan Cheese 1/3 cawan

Badam cincang 2 tbsp

 

 

Biskut-Chocolate-Chip-Cream-Cheese



Cara-Cara Buat Biskut Chocolate Chip Cream Cheese


Masukkan Anchor Salted Butter & Cream Cheese ke dalam mangkuk, sebatikan adunan guna spatula. Masukkan gula perang, gula icing dan gaulkan hingga sebati.

Masukkan kuning telur, esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati. Ayak Tepung Jagung, Tepung beras, Serbuk Koko, Baking Soda, Tepung Gandum dan campurkan ke dalam adunan.

Kacau lagi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan Chocolate Chip, Parmesan Cheese dan Badam cincang.

Kacau sehingga sebati. Sediakan Loyang pembakar dan alas dengan kertas pembakar. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat.

Susun di atas Loyang. Jarakkan doh sebab biskut akan mengembang. Kemudian tekan doh dengan garpu menjadi sedikti leper.

Boleh tabur chocolate cheese dan parutan keju. Dalam masa yang sama panaskan oven selama 10 minit.

Bakar biskut pada suhu 170celcius selama 20 minit, api atas bawah.



Biskut-Raya-Biskut-Chocolate-Chip


Dikesempatan ini Diah ambil peluang nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Mohon maaf atas kata-kata, komen yang mengguris hati pembaca ya.

Salam lebaran.

 

Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. samalah Ana pun beli baju raya kat tiktok je jauh murah harganya hehe.. wahhh dah buat kuih raya! ana belum buat lagi hehe

    BalasPadam
  2. samalah Ana pun beli baju raya kat tiktok je jauh murah harganya hehe.. wahhh dah buat kuih raya! ana belum buat lagi hehe

    BalasPadam
  3. awainya ucapan raya diah haha..camat hari raya

    BalasPadam
  4. Rajin Diah 👍
    PH baru satu jenis, itu pun Cornflakes Madu je :D

    BalasPadam
  5. Awalnya dia raya. Hihi. Cie weekend ni baru nak buat biskut.

    BalasPadam
  6. Teruja la anak-anak dapat buat biskut raya . CCL tak ada buat preparation lagi untuk raya

    BalasPadam
  7. Teruja la anak-anak dapat buat biskut raya . CCL tak ada buat preparation lagi untuk raya

    BalasPadam
  8. Rajiiiin sangat kakak buat sendiri kue2 😍👍. Tapi kalo memang pandai buat sendiri, bagus buat kan. Kalo saya, Krn tak bisa, makanya memilih beli 😅.

    Tak terasa beberapa hari lagi lebaran. Senang juga, tapi sedih pun iya. Semoga saja ramadhan tahun depan, kita masih bertemu yaa

    BalasPadam
Catat Ulasan