Rawatan Eczema Terbaik Perlu Tahu

Rodiah Amir
3
Artikel yang lepas adalah merupakan luahan kesedihan hati anak kena eczema dan asyik lah menggaru sampai kulit tu luka dan berdarah. 

Sempat la kami sebagai ibu bapa hilang pertimbangan dan rasa nak tercabut nyawa. Untuk kali ini Diah nak berkongsi, review tentang satu klinik yang terletak di Wangsa Delima. 

Apa yang bagusnya Klinik ni provide best concultation sebab doctor sangat attentive, friendly, calm dan paling penting doktor tak paksa guna steroid untuk pesakit eczema. 

Walaupun tulisan doktor macam cakar ayam bila dia terangkan tentang eczema tapi aku redha sebab aku lebih faham lepas jumpa doktor. 


Rawatan-klinik-Eczema


Rawatan Eczema Terbaik Perlu Tahu

Syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah berikan. Kalau sebelum ni Diah ada kongsikan berita doktor Pakar Kanak-kanak sahkan Raudah ada eczema. 

Tak sempat nak snap gambar apa bagai tapi kalau waze sangat la senang nak jumpa Klinik ni dan kalau nak senang waze masukkan address Klinik Mediviron Wangsa Delima. 

Yang ni focus kepada penyakit kulit. Semua bahan bacaan dan promotion/campaign kat dinding klinik pasal turun berat badan, selulit, kedut, eczema etc. 

Landmark paling senang nak jumpa Klinik mediviron adalah depan WangsaWalk Mall, bangunan sebaris dengan Bank Islam. 

Doctor Kevin explain sambil conteng kertas; Eczema berasal dari perkataan Latin bermaksud Kulit Kering, so doctor kata kalau kering kena la lembapkan. Kan senang tu, itu kata dia la. Senang nak faham dan buat. 

Nasihat Doktor Tentang Eczema

Dia tak tahu gelisah melanda aku semenjak anak aku sakit.  Tapi betul la kalau anak sakit ni mak bapak jadi hilang pertimbangan.  

Semua benda jadi kelam kabut. Alhamdulillah Doctor Kevin advised ada dua step kami as parent kena ikut: kena mandikan dan lembapkan. 

1.       Mandikan dengan baby bath – shower bath and oil 

Aku beritahu doktor Kevin yang previous doctor cadangkan mandian jenama Ezerra tapi doctor kata yang tu tak cukup moist. 

Jadi dia recommend mandian jenama DermaVeen memang betul-betul moist. Sebab sekali minyak dalam tu. Memang pure bau minyak dan tak ada wangian langsung. 


lotion-eczema



2.       Sapu Moisturising lotion – Body Lotion

Memang kena sapu lotion sebagai langkah tambahan untuk pastikan kulit jadi lembap. Semua orang sama pada asasnya, cuma yang berbeza ialah tahap kelembapan kulit masing-masing. 


lotion-dermaveen-eczema



Jenama untuk shower bath, lotion, shampoo dan keperluan lain adalah berbeza untuk setiap orang. Ada jenama okay dengan dan tak semestinya okay juga pada orang lain. 

Digalakkan untuk buat patch test skin dulu ya. Macam aku sendiri, banyak jenama aku cuba baik yang mahal ataupun murah. 

Sebelum doctor recommend shower bath, cream sapu and lotion Doctor dah soal siasat apa cream yang aku sapu pada Raudah. 

Aku pun tanpa segan silu beria tunjuk gambar yang aku snap hari tu. Doktor geleng kepala bila aku sebut aku sapu cream Hydrocort.

A big NO sebab itu adalah STEROID. BAHAYA. Mana lah aku tahu. Aku percaya je doktor bagi. Sedih mak nak. Patut la bijik-bijik merah and gatal kau berulang-ulang. Puas mak pantang makan. Kau tetap menggaru. 


4 Perkara Perlu Tahu Tentang Eczema

1. Kena control eczema dari bayi lagi. Jika anak mencecah umur 6 tahun dan dia masih lagi alami eczema yang teruk bermaksud anak perlukan rawatan selanjutnya. 

Tetapi kalau selepas enam tahun, eczema tidak menyerang maka ada kemungkinan penyakit tu akan hilang terus. Penyakit masih ada tapi tidak kerap. Tak akan jadi selagi jaga kelembapan kulit. 


2. Setiap orang ada Eczema cuma teruk atau tidak sahaja. Jadi memang kena jaga supaya tidak diserang Eczima iaitu dengan menjaga kelembapan kulit. Of cos selain dari tu kebersihan dan makanan. 

ruam-eczema



3. Untuk Asian kebanyakkan serasi dengan jenama Cetaphil dan DermaVeen. Dermaveen lebih murah sedikit berbanding Cetaphil. Doctor kata banyak je product untuk Eczema tapi harganya MAHAL. Pilih ikut kemampuan.

4. Memandangkan aku memang full breast feeding (BF) aku tanya la aku kena pantang makan atau tidak?

Doktor terangkan yang aku tak perlu pantang makan. Sangat jarang gatal-gatal eczema disebabkan oleh faktor makanan. Tapi cuba la elak kan makan kacang sebab penyakit allergic kacang memang wujud kan?


Rawatan-Eczema-Perlu-Tahu



Perlu Atau Tidak Buat Allergic Test? 

Pastu kalau ikut Doctor Pakar Kanak-Kanak dia suruh aku buat allaergic test untuk Raudah. Tak lain tak bukan supaya lebih jelas alergic dengan apa. 

Doctor Kevin sarankan tak perlu buat allergic test buat sementara waktu sebab kos dia agak mahal (600++) dan kalau buat pon nanti result dia tak begitu membantu. 

Maksudnya pesakit cenderung untuk keliru dengan jawapan allergic test tu. Tapi, itu pilihan masing-masing ya. 

Alhamdulillah, kami kena bayar RM240 untuk cream sapu, ubat gatal (makan), mandian dan lotion. Balik tu aku terus mandikan anak aku then apply cream tu. pastu sapukan lotion seluruh anggota badan termasuk kulit kepala. 

Raudah nampak selesa lepas siap semua. Malam tu dia tidur lena. Pagi tu dah nampak perubahan. Merah-merah dah slow-slow hilang. First time dia lena tidur semenjak 24 October 2016. Now ketika entry ni ditulis kulit Raudah dah putih cerah macam telur rebus. Geram. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah, anak saya pun serasi dengan klinik dan produk ni. :D

    BalasPadam
  2. Salam kak..
    Mcm mana anak akak skrg ok ke?
    So mmg bagus ye doc and ubat kt klinik ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam in sya Allah saya buat entri perkembangan terbaru Raudah ya

      Padam
Catat Ulasan