Doctor Pakar Kanak-Kanak Sahkan Baby Eczema
Aku kongsikan pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa selepas doktor sahkan baby kedua kami menghidap eczema. Sedih betul masa dapat tahu.Waktu tu pengetahuan tentang eczema kami sangat kurang. Bersyukur atas apa yang berlaku sekurang-kurangnya pengalaman aku ni dapat bantu orang lain.
Sudahnya ajak suami jumpa Dr Hasmawati, Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Ini pon based on recommendation dari adik.
Ini pengalaman anak aku yang
kedua kena Eczema dan aku masih lagi struggle nak sihatkan anak aku sepenuhnya.
Dengan izin Allah.
Mulanya pada 24hb October 2016 ada appointment
cucuk 5 bulan vaksin (5 serangkai) di Klinik Kesihatan Setapak.
Masa ni monthly
check nurse aware keadaan Raudah dan nasihatkan off sabun mandian dan lain-lain.
Masa ni dah pelik why nurse tak
tunjukkan ke prihatinan dia.
Tak pasti adakah ini normal je even telinga Raudah dah ber air.
Raudah tak demam so proceed cucuk.
Week before ruam kat kepala &
telinga Raudah dah teruk.
Asyik menggaru je dia. masa ni syak dia ruam panas
sebab cuaca kering dan panas terik. Masa ni panik dah tapi masih tak terfikir
pasal ECZEMA.
Tanda-Tanda Eczema
Ruam keluar di bahagian kepala (dahi, belakang kepala bawah, telinga pipi) badan dan semua pelipat. Hanya pelipat dan belakang telinga yang keluar air bisa.
Sebulan sebelumnya dah pernah
jumpa doctor dan doctor mentioned itu ruam biasa dan bagi cream sapu. Tak ingat
nama.
Kalau campak belakang masa Raudah Sakinah dilahirkan memang sepanjang
berpantang ruam naik on off sebab cuaca panas kat Pahang. Sama keadaan macam
abang dia dulu.
Sudahnya ajak suami jumpa Dr Hasmawati, Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Ini pon based on recommendation dari adik.
Date pertama dengan doctor ni kurang memberansangkan sebab doctor ni
sarcastic tahap dewa hahahhaha. Ini berdasarkan pengalaman aku ya. Lain orang mungkin lain penerimaan.
Doctor ni bagus tapi hati kena
tabah kena cekal jumpa dia. Kata-kata dia lebih tajam dari pedang hahahha.
Doctor ni la dengan confidence nya confirmkan Raudah ECZEMA. Mimpi ngeri jadi
nyata. Dia bagi cream, lotion dan mandian.
Dah google info sedikit sebanyak
dan kawan-kawan nasihatkan jangan bergantung dengan STEROID. Takut baca
pengalaman pesakit ECZIMA. EL untuk dua hari sebab tak sanggup nak suruh orang
lain jaga Raudah.
Sepanjang dua hari jaga Raudah
keadaan dia tragik sebab menggaru. Aku sempat beli minyak nama dia Habibi oil
minyak untuk ruam. Sesuai untuk ECZIMA.
Ada pendapat kata jangan campur ubat
doctor dengan ubat/minyak di jual dipasaran. KONFLIK melanda hebatnya.
Hahhaha. Stress sangat-sangat.
Pendapat dan kehendak serta
kekurangan ilmu pasal ECZEMA telah mengganggu gugat kehidupan dan credibility
sebagai seorang ibu dipersoalkan. Emosi.
Tak bergantung dengan ubat doctor
which is STEROID tapi nak anak sihat. [tak semua ada STEROID tapi kena baca
kandungan dia].
Sampai la mereng sekejap menangis
tanpa sebab. End up aku buat apa taw; lepas mandi aku sapukan cream doctor
kasik dibahagian ruam yang jadi ikut arahan doctor dan aku sapu minyak/olive
oil as lotion kat serata kulit Raudah. Alhamdulillah atleast aku berjaya buat
keputusan.
Mak ada datang melawat aku, sebab
risaukan Raudah mak datang. Terima kasih mak. Mak kata kalau penyakit orang
kampung Raudah ni kena demam ruam. Mandikan dengan air rebusan semambu. Rebus
dan mandikan.
Alhamdulillah hilang sedikit gatal
dia. baru nak lega Raudah naik semula rashes dia sebab aku makan AYAM. Aku
masak kari. Huwaaa.
Pantang Larang Dan Makanan Bayi Eczema
Masa tu 31st October. Aku
terpaksa berjaga malam Raudah merengek je malam-malam. Kesian ok. episode
menangis bermula kembali.
Payahnya nak positif bila tengok anak menggaru ni.
Doctor suruh aku pantang susu. Yes selama seminggu aku berpantang dairy
product.
Telur aku baru start pantang.
Semua makanan aku hadkan. Aku doa Allah permudahkan perjalanan kami semua.
Allah uji Raudah Allah uji kami semua. Uji sebab Allah sayang. Allah nak kita
mengadu pada Dia.
Aku masih belum jumpa solution
terbaik untuk kulit Raudah sebab nak habiskan ubat doctor kasi. Nanti habis aku
nak cuba product Moogoo. Aku nak beli lotion dia. review bagus je semua. In sha
Allah. Dan Shaklee. Aku patut cuba. Ikhtiar.
2 Nov 2016, Biras aku recomend
doctor kulit [dermatologi] di Wangsa Delima. Klinik Mediviron untuk jumpa Dr
Kevin Menezes.
Mak salah seorang anak jagaan ada kena macam Raudah.
Alhamdulillah serasi untuk anak dia. Tapi Doctor cuti setiap Rabu and Sabtu.
Aku dah call untuk pergi hari Khamis.
So elok la call dulu sebelum
terjah. Saat ini hati bagai dirobek bila anak masih lagi menggaru dan ada
keluar darah sikit-sikit. Hati tersiat tapi Allah Maha Mengetahui. Doakan
Raudah.
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Dr Kevin Menezes
Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634
Consultation hours:
Monday - Friday : 9am-10pm
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm)
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.