Sambut Birthday Di Rumah Kopi Tangkak

Rodiah Amir
4

Bulan paling dinanti setiap tahun iaitu Bulan November. Selain aku sendiri sambut birthday pada 13 haribulan, emak tersayang dan kakak juga lahir pada bulan yang sama iaitu 27 dan 10 November. 

Jadi lebih meriah sebab semua ahli keluarga akan ingat tarikh tu sebab kebiasaan kami akan bincang tentang sambutan dan cari hadiah untuk emak. 

Berbeza dengan tahun sudah, birthday aku kali ini jatuh pada hari Ahad dan kebetulan kami balik Melaka pada hari Sabtu sebab ada perkahwinan anak saudara sebelah suami. 


Sambut-Birthday-Rumah-Kopi-Tangkak


Sambut Birthday Di Rumah Kopi Tangkak

Oleh sebab Rumah Kopi Tangkak tak jauh dari rumah mentua semestinya kena food hunting jawabnya. Suami yang paling teruja sebab dia jumpa video makan Rumah Kopi Tangkak di TikTok. 

Jadi seruan untuk peniaga terutama F&B, guna sehabis baik free marketing di media sosial seperti TikTok untuk iklankan perniagaan anda. 

Nama je Rumah Kopi tapi menu utama dia bukan kopi. Dekorasi hiasan dalaman café adalah berkonsepkan moden, minimalis dan Instagram able. 

Masih kekalkan konsep yang sama, sambut birthday maksudnya keluar makan sedap dan gembirakan hati. Hadiah? Setiap bulan ada je hadiah suami berikan. 

Aku memang elak shopping hadiah untuk birthday sebab ianya memenatkan. Sebab apa tau, nak angkut tiga orang budak kecil dan kena perah otak nak pilih hadiah terbaik memang perlu banyak tenaga. 

Itu kalau tanya pendapat aku. Suami akan tanya apa aku nak dan jawapan paling mudah aku boleh bagi, beli je apa saja atau bagi duit biar aku beli sendiri. Ahaks. 

Aku memang jenis simple. Hadiah bukan bermaksud benda mahal. Belikan aku aiskrim pun aku anggap hadiah. Kira halal je sebab suami selalu beri aku apa aku nak. 


Sambut birthday Airis Kek Jiha Bakery  |  Sambut birthday Raudah dekat Café Richiamo Coffee |   Sambut birthday Ikhwan dekat Swensens Melawati Mall


Celebrate-Birthday-Rumah-Kopi-Tangkak


Tempat Menarik Sambut Birthday – Rumah Kopi Tangkak

Rumah Kopi Tangkak boleh masuk senarai tempat menarik sambut birthday di Melaka walaupun alamat dia ialah dalam negeri Johor. Lokasi dia dekat yakmat dengan Jasin, sempadan je weh. 

Selain lokasi dia yang dekat, harga dia berpatutan dan paling utama makanan dia semua sedap. Disediakan khas oleh tukang masak yang berpengalaman. 

Boleh tengok dari persembahan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Bukan cikai-cikai dan bahan yang digunakan pun berkualiti. 

Bagi aku Cef dia tahu apa dia masak dan air tangan dia tu terasa. Orang kata masak dari hati. portion dia pun besar dan banyak. 

Staff dia ramah je nak layan pelanggan. Tempat dia bersih, cantik sangat bila tangkap gambar sebab lighting dia cukup. Jadi gambar ko jadi cantik dalam camera. 

Satu je kekurangan ialah banyak lalat terbang dekat meja. Aku tak faham kenapa lalat tu ada. Awalnya sedikit terganggu tapi kami halau sekadar termampu sahaja. 

Lupa pula nak bagi feedback pada staff. Sumpah kami sibuk memuji makanan, berborak, tangkap gambar. Pendek kata semua orang gembira. 



Menu Rumah Kopi Tangkak

Awalnya aku ingat menu utama dekat sini semestinya berkaitan dengan kopi tapi tidak ya. Menu dkeat sini kebanyakkan adalah Western Food. 

Jangan risau banyak juga pilihan selera rakyat Malaysia yang sukakan nasi. Kami makan ramai-ramai jadi dapatlah merasa pelbagai jenis menu. 

Aku rate berdasarkan selera aku, kalau nak lebih tepat korang kena datang sendiri rasa okay. Menu Rumah Kopi Tangkak yang kami cuba: 

Kuewteow Goreng Rumah Kopi abang Ipar punya. Aku tak rasa tapi presentation dia not bad. 

Nasi Goreng Rumah Kampung Rumah Kopi untuk anak buah. Nasi dia banyak, cukup rencah dan pedas. Kena dengan selera aku. 

Lagi sorang makan Chicken Chop Alle Vongole. Hidangan combo ni dihidangkan bersama pasta goreng cili padi. Pedas dan sedap. 


chicken-chop-Rumah-Kopi-Tangkak


Nasi lemak Chicken Chop untuk suami. Chicken Chop antara menu aku paling suka. Ayam dia rangup disalut dengan cereal dan tidak berminyak. Dihidangkan dengan sambal untuk nasi dan sos cendawan untuk Chicken Chop. 

Nasi lemak Chicken Chop ni seperti makan dua makanan berbeza tapi satu nama. Hidangan nasi lemak lengkap dengan telur rebus, timun dan kacang. 

Side dish untuk Chicken Chop pula ada kentang goreng. Confirm kenyang. 


nasi-lemak-chicken-chop-Rumah-Kopi-Tangkak


Cabonara Meatball untuk Airis dan Raudah. Menu wajib kalau makan dekat Western Restaurant. Kuah dia creamy, tak muak pun. Meatball dia juicy dan tak rasa macam frozen meatball. 


Biras aku makan Salmon Grill Alle Vongole. Nama punya la canggih rupanya Alle Vongole ialah pasta yang digoreng dengan cili padi. Rupa dia macam Aglio Olio tapi lagi sedap sebab kena dengan tekak Melayu. 

Sos putih dia sedap. Hidangan paling aku puas hati dapat rasa. Kalau datang lagi confirm aku order Salmon. Cef dia pandai masak ya, tak overcook. 

Rasa lemak Salmon tu makan bersama sos Putih dan pasta pedas cili api jadi tak muak. 



Anak bujang aku si Ikhwan makan Strip Beef Steak. Malangnya steak dia overcook. Keras dan kepingan steak agak nipis. Rasa tak berbaloi sebab antara hidangan yang agak mahal dalam menu. 



Aku pula cuba Lamb Grill. Terima nasib yang sama sebab Lamb dipotong agak nipis. Jadi liat. Tapi masih mampu dimakan. Side dish dapat dua scoop mash potato. Elok dia bagi coleslaw baru tak muak. 

Pilihan minuman pun banyak dan sedap. Overall kami puas hati. Jumlah bil tidak termasuk kek premium ialah RM 220.30. 


Kejutan Sempena Birthday 

Abang Ipar sekeluarga turut sertai food hunting kali ini. Dah boleh agak, Biras aku nak buat kejutan nyanyi lagu birthday dan belikan kek. 

Jadi sebagai tanda hormat, kita pura-pura tak tahu ada surprise. Kelakar bila fikir. Paling penting anak-anak yang paling teruja. 

Dekat sini ada disediakan kek iaitu Premium Cake tapi aku lupa nak ambil gambar. Ada burnt cheese cake, red velvet cake dan chocolate cake. 

Kek dia sedap dan berharga RM49.90 untuk saiz 8 inci ke lebih eh? Aku tak pasti saiz dia tapi cukup untuk 8 orang makan. 

Jadi memang aku sarankan sangat untuk datang ke Rumah Kopi Tangkak. Berbaloi dari semua segi. Rasa, portion, kualiti, harga, bersih dan staff dia friendly. 

Nak tengok review lain boleh jenguk media sosial Rumah Kopi Tangkak. By the way dia ada dua kedai tau. Lagi satu kedai berhadapan dengan kedai ada sign board yang aku pergi ni. 

Dia buat dua tempat sebab ramai customer datang dan tak cukup tempat. Ikut dalam TikTok, kedai lagi satu lebih cantik decorations dia. 

Apa pun aku bersyukur masih dipanjangkan usia oleh Allah. Moga aku lebih rajin nak beramal dan sentiasa lakukakan kebaikan. 


Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Simple dan kemas dia punya papan tanda ;)

    BalasPadam
  2. semua foods nampak menyelerakan..yum yum!!

    BalasPadam
  3. bila ada gambar makanan, memang menarik!
    plating and presentation mantop.

    BalasPadam
  4. cantik kedai ni, makanan pun jenis fusion. Happy birthday rodiah semoga panjang umur dan murah rezeki

    BalasPadam
Catat Ulasan