Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan?

Sebelum aku menaip lebih panjang, tujuan entri ni adalah bukan berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan mana-mana pihak yang disebut. 

Keputusan untuk Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan terpulang kepada individu. Diharap entri ni dapat membantu orang-orang terlibat buat keputusan dekat mana nak bersalin. 

Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan? 

Aku dulu memang dalam dilema masa nak pilih bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan. Banyak khabar angin baik mahupun buruk aku dengar. 

Kena banyak bertanya, membaca pengalaman orang kat blog-blog dan lagi bagus kalau pergi sendiri hospital tu untuk dapatkan info.


bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan


Anak pertama aku bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Masa tu tahun 2011, September. Pengalaman pertama kali bersalin 

Untuk anak kedua aku berpeluang bersalin di Gombak Medical Centre pada May, 2016. review GMC 

Kalau nak bandingkan antara dua hospital ni tak kisah dari segi apa pun memang macam langit dan bumi.

Kebetulan anak pertama aku dijangka bersalin lepas Raya, so memang bulat-bulat la keputusan aku bersalin di Hospital kerajaan je. 

Sebab dah alang-alang balik beraya. Untuk anak kedua aku lebih teliti. Dah tahu rasa bersalin di Hospital kerajaan so nak merasa lah pulak bersalin di swasta.

Perbezaan Kos Bersalin 


Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – bersalin NORMAL. aku tak pasti wad kelas berapa (bilik 6 katil 1 bilik – kalau tak silap aku) dan aku hanya stay 2 hari 1 malam sahaja.

Makan tiga kali sehari, katil dan bilik air bersih, ada aircond, dibekalkan ubat luka (ubat basic). Bayaran masa check out adalah RM3. Ok murah sangat

Gombak Medical Centre – total Rm2,236. bersalin NORMAL. Single room untuk 2 hari 1 malam. Ada Tv, makan tiga kali sehari, attached bilik air, ada aircond, dibekalkan macam-macam ubat (sembelit, tahan sakit, ubat cuci pusat baby), dapat goodie back (newborn) dalam tu ada dua kotak kecik susu, segala sample barangan penjagaan baby. Kos cover sunat baby dan ubat tahan sakit masa contraction.

Proses bersalin 

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – sampai hospital dan buat CTG pada pukul 2 pagi dan bersalin dalam pukul 7.25 pagi. 

Disambut oleh bidan perempuan (tak tahu pangkat) sebab doctor semua busy. Masuk bilik khas sebab bilik bersalin pun penuh.

Masa contraction tanggung sorang-sorang dan suami hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul masa nak meneran sahaja. Doktor lelaki yang check bukaan dan terasa sakit.

Tiada kata-kata peransang semasa nak meneran yang aku hanya dengar, kalau rasa sakit masa tu awak kena push sekuat hati, jangan angkat punggung nanti koyak besar, dan bengkokkan kaki awak dan pegang betis awak. 

Hampir putus asa nak meneran. Dalam setengah jam bertarung meneran. Rezeki bersalin disambut jururawat perempuan.

Lepas bersalin terbaring kat katil dan diletakkan sementara dalam bilik bersalin (agaknya) dan memang orang lalu lalang tepi aku. 

yang pasti ada katil ditutupi langsir dan aku boleh dengar orang merintih sakit dan suara doctor bagi arahan. Terbaring sepi dengan uri kat tepi. Sejuk woi.. tunggu pulak wad kosong.


Gombak Medical Centre – sampai pada pukul 4.30 pagi dan buat CTG dan bersalin dalam pukul 10.40 pagi. Bacaan Al Quran dipasang. Suami memang berada di sisi dari awal sampai semuanya selamat.

Lepas CTG masuk bilik menahan contraction bersama suami sementara tunggu waktu bersalin. Selesa dan bebas mengeluarkan suara kesakitan. Jururawat explain pakej bersalin dan kos tambahan jika perlu di ambil.

Segala pertanyaan dan permintaan dijawab dan dilayan baik oleh jururawat dan doctor. Check bukaan tak rasa sakit. 

Doctor Zana layan terbaik, perbuatan dimulai dengan Bismillah dan guide cara bersalin yang betul. Walau sakit tapi tak panik. Tak perlu push cukup sekadar batuk. Kurang dari 20 minit baby selamat keluar.

Aku rasa itu sahaja kot point utama yang perlu diambil kira. Kalau korang jenis hati keras, tahan sakit rasanya bersalin kat mana-mana tak kisah. Cuma berdoa la aurat kita terjaga setiap masa.

Bezanya kalau swasta kita bayar dan perhatian sepenuhnya pada kita. Kalau kerajaan kan ramai pesakit dan tak kan dia hadap kita sorang sahaja. 

Ini penting ya, sebab perasaan takut, tak tahan sakit, cuak, dan perasaan ingin tahu tu berlegar-legar tanpa henti sampai la discharge.

Apa perlu buat?


Niat dan meminta pada Allah.

Ini perkara utama. Tanamkan dalam hati dan lafazkan dalam doa supaya dipermudahkan dan dimakbulkan niat nak bersalin di tempat pilihan dan bayi disambut oleh doctor pilihan.

Bagi diri aku, dari sebelum mengandung aku berhasrat nak bersalin dan bayi disambut oleh doctor wanita. 

Banyak sangat aku baca mengenai isu aurat dan darurat bersalin di sambut oleh doctor lelaki. dapat atau tak belakang kira tapi niat dan doa mintak kat Allah memang kena mula sejak awal.


Kemampuan kewangan diri dan pasangan.

Bila dah ada niat, mesti diri dah ready nak mulakan tabungan. Buat tabung khas untuk cover cost bersalin. Simpan sebanyak mungkin. 

Kena ada anggaran cost bayaran bersalin andai kata berlaku sesuatu yang tak di ingini ketika proses bersalin. Bersalin normal, ceaser, epidural dan lain-lain.

Ukurlah baju di badan sendiri. Lepas bersalin akan guna banyak lagi duit. Nak besarkan anak bukan tempoh sekejap. 

Banyakkan doa, dimurahkan rezeki. Semua itu Allah yang berikan. 

Aku doakan semua bakal-bakal ibu dipermudahkan segala urusan dan enjoy every moment. Jangan stress sebab apa yang berlaku tak boleh ulang semula. 

Mintala pada Allah. Kita merancang dan Allah yang menentukan sebab Allah sebaik-baik perancang.


Idea Dessert Untuk Open House Yang Simple Dan Sedap

Aku tertarik nak cuba kek ni masa cari menu untuk aku jamu tetamu. Maka muncul lah Idea dessert untuk open house yang simple dan sedap iaitu Kek Puding Buah Nenas. 

Hidangan pencuci mulut ni boleh dijadikan hidangan masa Hari Raya nanti atau nak buat makan-makan kat rumah.

Simple je bahan-bahan dan jimat masa. Dalam masa 10 minit In sha Allah siap. Aku jarang sangat buat benda yang akan susahkan diri. Aku rujukresepi ni dari Facebook user; Izra Ismail – Kek Puding Buah Peach. 

Idea Dessert Untuk Open House Yang Simple Dan Sedap

Oleh sebab tak berapa minat dengan Buah Pic so aku tukar dengan buah nenas. Nak tukar buah lain pon boleh Cuma tak taw la sedap ke tidak. Kena try & error ok. 

Resepi Kek Puding Buah Nenas


Apa yang diperlukan;

1 biji Kek Marble
1 tin Buah Nenas
1 tin Susu Cair
3 sudu Tepung Custard
1 sudu Gula

Semua bahan kat atas aku main agak-agak je. Resepi aku manis ala kadar so tambahlah gula kalau nak manis lagi.



Potong kek dan susun dalam bekas. Potong kek dengan ketebalan yang sekata dan bekas cari yang bersegi baru cantik kalau nak potong nanti.


Masukkan susu cair, gula dan tepung custard. Masak di atas api yang sederhana. Kacau custard sampai masak.




Tuang air buah nenas ke atas kek tapi jangan terlalu banyak nanti kek jadi lembik. Itu jadi kat kek aku. hihiih. Kalau nak elok je kek dengan custard bercantum simpan dalam fridge semalaman. 

Dah masak custard boleh la curah atas kek tadi. Susun buah atas custard dan sila sejukkan dalam peti ais.


Makan sejuk-sejuk amatla nikmat. Selamat mencuba.

Shopping Raya Online Expectation Versus Reality

As Salam, 

Tahun ni agak berbeza sambutan dan persiapan Raya. Puan blog masih lagi dalam keadaan berpantang. Baru je melahirkan anak kedua, Raudah Sakinah. 

Orang lain berpuasa kita kena berpantang. Rezeki tak dapat puasa sebulan. Dan secara rasminya suami menggalas tugas untuk cari kelengkapan anak-anak untuk beraya. In sha Allah 3 hari sebelum Raya genapla pantang ke 44 hari.

Dapatla merasa juadah Raya. Andai di izinkan Allah. Wah fikir nak makan juadah raya je ni. Ketupat, rendang, lemang. Ada orang pantang pulut lama tau, aku tak ikut pantang tu. 

Shopping Raya Online Expectation Versus Reality


Demi menggembirakan hati anak nak sambut raya, hari tu lepas gian ikut mak dan suami cari baju Raya. Tak banyak gerakan pun cuma bila turun naik tangga lutut memang lari.

Terus panik. Lutut macam beralih arah. Ambik kau. Mana taknya hari ke 23 berpantang dah keluar bandar bawak baby dan pilih baju Raya anak dan suami.




Baju aku memang tak sempat nak cari la. Lagi panjang langkah kalau cari baju aku. Cuma sempat grab dua helai shawl. Dan sedar diri tak mampu jalan jauh maka bershopping online la.

Kalau ikut pengalaman aku membeli belah secara online sebelum ni membeli di alam maya ni memang la berisiko dan agak leceh. Lepas tu aku pernah beli dan dapat kualiti kain kurang memuaskan. 

Mula-mula happy sebab harga dan ada pilihan yang banyak, tapi bila bab kualiti memang fail. Frust sangat. Benda tak dapat pegang depan mata. Begitulah. 

Tema tahun ni adalah warna pilihan Ikhwan, iaitu warna merah, Seram bayangkan abah dia berkelipan dengan warna merah tu. Dah la warna kulit abah dia agak gelap. 

Jadinya gigih la search kat Facebook cari idea dan paling penting the right size. Berkenan banyak baju tapi stock dah tak available. Sadis. Akhir sekali berjaya buat keputusan pilih satu baju dan terus buat bayaran. 

Bayar pada hari Isnin, hari Jumaat baju selamat sampai. Sayang sangat baju corak cantik tapi baju yang diterima agak tersasar dengan gambar ilustrasi. editing terlebih aku rasa. 

Dalam katalog warna merah cili, bila ada depan mata warna merah hati. Ditambah dengan minimal defect, kain macam kesan iron terbakar atau jahitan teruk di bahagian punggung. Bertambah sedihnya. 

Rezeki puan blog, penjual nak ganti baju baru. Yeay. Semoga baju sempat sampai sebelum Raya. Cuma terfikir, penjual ni tak buat quality check ke sebelum post kepada pelanggan. 






Kes Cabul Kanak-Kanak 6 tahun

Viral kat Facebook pasal suri rumah yang jadi saksi dan laporkan pada pihak polis kes cabul budak berusia 6 tahun. Berlaku di Kota Tinggi Johor.

Astagfirullahalazim. Masyarakat kita semakin tenat.  

Walau dalam FB tak mention pun apa agama saspek, tapi aku percaya setiap agama melarang keras perbuatan tu. Apa salah anak kecil tak berdosa tu. jadi mangsa kerakusan nafsu manusia. Syaitan.

Kes Cabul Kanak-Kanak 6 tahun

Aku ingat lagi, pernah dulu,aku habiskan masa lapang selepas SPM, aku sempat kerja sementara di kedai baju di Klang. Aku masih ingat masa tu cuti Tahun Baru Cina. Aku dan seorang lagi pekerja perempuan Melayu dipaksa bekerja.

sumber facebook