Bila Allah Belum Bagi Apa yang Kita Nak

Hari ni menerima beberapa perkhabaran kurang gembira. Ada perkara yang aku mahu tapi tak tercapai. Ringkasnya aku kecewa. Adatlah manusia. Mana ada yang manis-manis saja.

Memproses rasa yang kurang senang memang bukan sesuatu yang mudah. Menerima kenyataan, realiti bukan semudah mulut yang melontarkan kata-kata.

Realiti memang pedih nak diterima terutama kenyataan yang benar. Pahit nak ditelan. Aku percaya satu je. Setiap yang sedih pedih ni Allah tak akan hantar kosong macam tu je, pasti akan diselikan dengan kemudahan.

Bila_Allah_Belum_Bagi_Apa_yang_Kita_Nak


Nak stabilkan diri menerima tu bukan sekelip mata. Waktu aku terima berita kurang gembira jari pantas scroll doa nak bagi lapang dada. Banyak, sungguh banyak cuma nak jumpa yang sedapkan hati tu makan masa.

Antara nasihat, doa dan kata-kata yang meninggalkan kesan di hati seterusnya memujuk rasa kecewa dengan apa yang berlaku adalah kata-kata dari Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.

Setakat ini pemberi motivasi tentang hidup yang aku kagumi adalah beliau. Jarang tak padu apa yang keluar dari mulut beliau.

tangguh_untuk_berjaya


Bercakap tentang kejayaan.

"Jadi kalau Allah belum lagi bagi kamu kejayaan, Dia sedang bagi kamu ilmu.

Kalau Allah belum lagi bagi kamu kejayaan, yang kamu nak ukur sebagai berjaya bererti Dia sedang bagi kamu kekuatan.

Kalau Allah sedang tangguhkan satu waktu untuk kamu berjaya, bererti Dia tangguh kerana kamu belum bersedia.

Jadi itulah cara Allah sayangkan kita.

Bukan Allah sayang kita dengan bagi kita semua kejayaan yang kita nak.

Dia bagi kita kekayaan, jiwa kita, mental kita.

Supaya pada hari kita menang, kita tak menang sebagai orang yang cuai.

Pada hari kita berjaya, kita tak berjaya sebagai orang yang rosak, kerana kejayaan dan kemasyhuran ni adalah tempat yang paling merosakkan manusia."

tentang_hidup_berjaya


Tuan Haji Zainal kerap buat live streaming di TikTok. Sempat catit beberapa perkara tentang sifat malas dan definisi berjaya.

Bagi Haji, tiada istilah berjaya atau gagal yang dia guna dalam hidup. Masalah paling besar berjaya ialah ianya tidak kekal. Jadi kita kena selalu berusaha.

Hidup bukan tentang berjaya atau gagal, tetapi tetap bergerak selagi dipinjamkan nyawa. Paling penting ada matlamat dalam hidup, itu yang akan stabilkan hidup kita.

Ada matlamat automatik hidup tidak akan malas.

Jadi untuk sesiapa yang dirundum rasa kecewa semoga perkongsian ini akan beri manfaat untuk korang yang membaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.