Bercuti di Pulau Langkawi 4 Hari 3 Malam Bersama Kawan-Kawan
Plan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Pulau Langkawi memang dah lama kami bincang. Oleh sebab masing-masing belum pernah jejakkan kaki ke sana kecuali Endi jadi kami bersetuju untuk explore keindahan Pulau Langkawi bersama.
Awalnya agak berat hati nak join sebab hanya aku sahaja yang bawa anak kecil. Bukan apa risau keadaan aku yang ada anak kecil akan menyusahkan kawan-kawan. Tapi selepas dipujuk dan diyakinkan oleh Kak Salina maka tercapailah percutian impian 4 hari 3 malam kami bersama.
Pulau Langkawi jadi pilihan atas faktor kecantikan alam semulajadi, tempat tarikan pelancong dan nak borong coklat di Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Sebelum kami pergi habis semua blog kami baca untuk dijadikan rujukan.
Overall pengalaman bercuti di Langkawi memang super-duper best ditambah lagi aku pergi bersama kawan-kawan yang satu kepala. Bersyukur sangat kawan-kawan tidak pernah buat aku terasa sebab lambatkan perjalanan mereka. Faham sajalah ada anak kecil.
Oleh sebab pertama kali datang dan ada anak kecil aku pilih aktiviti yang kurang mencabar tapi masih lagi menarik untuk pergi. Untuk aktiviti air, kami ambil pakej Island Hoping dan selebihnya kami melawat tempat-tempat bersejarah di Langkawi.
Aku nasihatkan untuk yang nak bercuti ke Langkawi supaya buat persediaan awal dan pilih tempat yang memang korang nak pergi. Kalau suka aktiviti air mungkin boleh tambah pakej snorkelling. Tak sempat nak buat semua benda kalau pergi 4 hari, jadi kena pergi satu minggu agaknya.
Kami book tiket ke Langkawi setahun awal dari tarikh kami pergi. Kami pilih Air Asia sebab masa tu ada promosi untuk perlancongan domestik. Alhamdulillah perjalanan dengan Air Asia berjalan lancar. Tak berdepan situasi delay dan prosess check in sangat smooth.
Gambar dari Blog Kakak Cantik
Urusan Sewa Kereta Langkawi
Untuk memudahkan pergerakkan kami di Langkawi jadi kami bersetuju untuk sewa kereta untuk setiap keluarga. Kawan cadangkan untuk ambil perkhidmatan sewa kereta di jeti Langkawi memandangkan sebelum ni dia pernah book kereta di sana dan tiada masalah.
Malangnya pada hari tersebut nasib tidak begitu menyebelahi kami. Pemilik kereta kenakan caj tambahan RM20 kerana kami tukar lokasi pemulangan kereta iaitu destinasi akhir kami di Lapangan Terbang.
Kalau ikut perbincangan dalam telefon sepatutnya tak wujud pun caj tambahan, dan malas nak panjangkan cerita kami setuju je bayar kos tambahan. Aku pilih kereta Viva untuk keluarga kecil aku.
Sewa harian ialah RM50 (harga market RM60), rasa gembira sebab dapat murah tetapi pemilik kereta suka buat surprise beri syarat tambahan dan perlukan kami bayar lebih. Sudahnya jadi lebih mahal.
Pakej Island Hoping Pakej Pusing Pulau
Pakej Island Hoping yang kami ambil termasuk melawat Tasek Dayang Bunting, aktiviti Eagle feeding dan bercanda di Pantai Beras Basah. Sempat juga pemandu bot tunjukkan Gua Kelawar yang sepatutnya tiada dalam pakej dia tawarkan. Kira bonus la dapat tengok tempat tidur kelawar. Lol.
Perhentian pertama kami ialah aktiviti Eagle Feeding. Pemandu bot akan bawa pelancong ke kawasan untuk melihat burung Helang mencari makanan. Enjin bot dimatikan dan pemandu bot akan mencampak makanan ke dalam air laut.
Dekat sini ada kawasan untuk ambil gambar, boleh mandi dan ada kedai menjual cenderamata dan makanan. Kami tak mandi dan sekadar bergambar buat kenangan. Dekat sini ada monyet yang sentiasa bersedia untuk mencuri plastik makanan pelancong. Hati-hati.
Hotel Di Pulau Langkawi
Ikutkan jadual banyak aktiviti kami habiskan masa berada di luar jadi kami pilih hotel ekonomi sekadar untuk tidur. Kami pilih untuk menginap di Hotel Bahagia yang terletak di Pekan Kuah. Hotel yang tepat kerana jarak yang dekat dengan tempat shopping.
So far berpuas hati dengan keadaan hotel yang bersih, makanan yang boleh diterima tekak dan perkhidmatan lain yang tidak menghampakan. Menariknya, berdekatan dengan hotel ialah restoran yang menyajikan makanan Thailand yang popular di kalangan pelancong iaitu Restoran Wan Thai. Berbaloi dari segi rasa dan harga. Korang patut cuba kalau dah sampai Langkawi ya.
Untuk aktiviti membeli belah, kami khaskan satu hari untuk membeli belah. Ada dua tempat yang kami letak dalam itinerary iaitu Kompleks HIG dan juga Idaman Suri. Sehari sebelum tu kami sempat masuk sekejap untuk buat perbandingan harga.
Ambil keputusan untuk beli coklat dia HIG sebab harga dan pilihan lebih banyak dan beli alatan seperti kuali (Pemanggang ajaib tengah popular masa ni) dan pisau di Idaman Suri. Memang rambang mata dan kena luangkan masa yang lama untuk dua tempat ni ya.
Food Hunting Di Pulau Langkawi
Kalau datang Langkawi memang tak sah kalau tak makan laksa tepi pantai. Antara pot makan laksa yang kami tertarik nak cuba ialah gerai Laksa Power. Pengalaman yang akan kurang menyenangkan sebab ramai sangat pelanggan masa kami datang jadi servis sangat perlahan. Harga boleh tahan mahal bagi aku.
Untuk lunch sila pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar yang terletak berdekatan dengan Airport Langkawi. Boleh waze je nama restoran tu. Sedap nya tak tipu. Segala jenis lauk ada dan harga sangat berpatutan. Berbaloi sangat walau terpaksa beratur, dan makan dalam keadaan cuaca yang panas.
Melawat Tempat Bersejarah di Langkawi
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.