Kenapa Tukar Pinjaman PTPTN Skim Ujrah?

Aku habis Diploma tahun 2006 dan kemudian sambung Ijazah dan graduate sekitar bulan Ogos 2008. Semestinya aku buat pinjaman PTPTN untuk membiayai kos pengajian sepanjang aku belajar. Kalau ikut history bayaran balik memang agak kurang cantik sebab waktu itu aku agak struggle untuk dapat kerja yang elok. Nak makan pun susah weh apatah lagi nak buat bayaran pinjaman.

November lepas kecoh peminjam gagal bayar PTPTN dan disenarai dalam CCRIS. Untuk galakkan peminjam untuk bayar, kerajaan giat tawarkan promosi discount 20% jika bayar pinjaman sekaligus. Untung lah siapa ada duit dalam Akaun 1 KWSP, boleh buat pengeluaran bayar hutang.

Zaman aku tandangan perjanjian PTPTN, waktu tu masih belum ada skim Ujrah. Caj pentadbiran yang dikenakan ialah 3% dan untungnya kalau di bawah skim Ujrah kadar % menjadi 1%. Student zaman sekarang pula yang mohon pinjaman PTPTN memang dah tukar skim Ujrah.

Tukar Pinjaman PTPTN kepada Skim Ujrah

Untuk kes aku; aku ada dua pinjaman. Pinjaman Diploma dan juga pinjaman peringkat Ijazah bernilai hampir RM 35,000 secara keseluruhan.

Status aku: Bayaran bulanan yang tidak tetap dan pernah buat penangguhan bayaran sebab aku tak dapat gaji mencukupi. Syarat untuk melayakkan aku ambil Skim Ujrah ialah aku kena setuju untuk gabungkan kedua-dua pinjaman peringkat diploma dan juga ijazah.

Waktu tu PTPTN bagi tarikh sehingga 31 December 2014 yang merupakan hari terakhir untuk memohon penukaran Ujrah, dari 3% ke 1%. Selepas tarikh tu, masih boleh mohon Ujrah tapi setahu aku PTPTN kenakan syarat bayar sekurang-kurangnya 5% dari nilai penangguhan.

Cara Pengiraan Caj Pinjaman Ujrah

Untuk Ujrah, kadar 1% PTPTN akan kira dari baki pinjaman semasa. Ikut formula: Jumlah pinjaman semasa x 1% x tempoh bayaran balik. Jumlah pinjaman semasa merujuk kepada amount yang kita lambat bayar/ tangguh bayar/ insuran/ kos pentadbiran +principal kita pinjam dulu x kadar 3% charge conventional.

Pendek kata dia akan kira semula amount baru (semasa) dan PTPTN charge pada 1%. Rugi kat sini bila semakin tinggi jumlah semasa semakin tinggi upah pengurusan pembiayaan ujrah. Rugi la peminjam sebab dahla banyak tertangguh, upah tu lagi tambah bebanan.

Macam PTPTN charge 3% pada pinjaman terdahulu + 1% kepada amount semasa pinjaman. Rasa rugi tu sebab macam jatuh ditimpa tangga la. Dahla bayaran tertangguh banyak, pastu PTPTN charge lg. Tapi bila fikir2 memang la rugi jangka pendek. tp jangka panjang? Dengan dosa teruskan pinjaman Riba lagi. Dah double triple rugi.

Bayaran bulanan: Sila bandingkan bayaran bulanan bila kita apply Ujrah (1%) dan conventional (3%).

Mohon Skim Ujrah PTPTN Secara Online

Oleh sebab nak jimat masa aku buat permohonan Ujrah secara online dan PTPTN akan jawab status permohonan melalui email. Syukur urusan aku dipermudahkan dan PTPTN emailkan detail perjanjian termasuk jadual pembayaran dan tarikh kena mula bayar.

Bila dah terima perjanjian melalui email, kau orang kena print, tandatangan dan kemudian kena submit ke cawangan PTPTN terdekat.

Jadi masih ada masa untuk aku bandingkan perjanjian baru dengan perjanjian asal PTPTN. Situasi aku:

Rate (3%):

Bayaran Bulanan Diploma = RM 201.07, Bayaran Bulanan Ijazah = RM 174.24. 

Jumlah aku kena bayar ialah RM 375.31.


Rate (1%) Ujrah:

Pinjaman Diploma dan Ijazah disatukan jadi aku hanya perlu bayar = RM 212.16


Harus di ingat untuk pinjaman asal, jumlah bayaran perlu dibayar akan meningkat setiap tahun mengikut jadual pembayaran disediakan manakala Ujrah pula, bayaran bulanan adalah kekal sehingga tamat tempoh bayaran balik.  

So kena tanya diri sendiri mampukah bayar jumlah tu dengan komitmen hutang yang lain. Aku memang decide nak pilih ujrah sebab:


#1 Mencari yang halal adalah fardhu (WAJIB) bagi setiap orang Islam.

#2 Bayaran bulanan dia lebih mampu bayar dari conventional.

#3 Bayaran untuk conventional (3%) akan berubah setiap tahun. Dia akan menaik dan terus menaik. 

Aku tak pasti peminjam alert ke tak tapi boleh refer kalkulator PTPTN tengok jadual dia, dan aku dah confirmkan dengan staff kat KL Sentral memang amount dia akan naik. Itu antara sebab tempoh bayaran balik pendek sikit berbanding skim Ujrah.

#4 Bayaran bulanan Ujrah yang dipersetujui tu memang dah cover kos takaful and in case mati takaful akan bayar so tidak effect kepada waris etc.

#5 Ujrah jugak boleh buat partially settlement or full settlement. Tengokla ada rezeki aku nak tutup satu pinjaman.

Ramai kawan-kawan aku yang stick dengan 3% tapi tak tahu bayaran sebenar yang perlu dia orang bayar. So andai kata bayar rendah dari amount yang dicadangkan dalam jadual so memang tak guna la. Hutang akan bertambah banyak dan terus tertindas.

Alasan Tolak Skim Ujrah Takut Potong Gaji

Ramai tak mahu Ujrah sebab nanti khabarnya kena tolak melalui potongan gaji. Masa aku mula-mula tahu macam lecehla jugak sebab nanti kot la tetiba aku nak guna duit so payahla nak skip. Then, aku ni kerja swasta, leceh kot nak update PTPTN untuk update company baru kalau tukar kerja.




KEBENARANNYA ialah TAK WAJIB BUAT POTONGAN GAJI. Waktu tandatangan agreement akan ada satu borong khusus untuk potongan gaji. Sila jangan isi.

Ini situasi aku sebagai pekerja swasta pada hujung tahun 2014. Yang isu kakitangan kerajaan hujung tahun 2015 kena potong gaji tu sampai tinggal belas ringgit je gaji tu aku tak sure perlaksanaan macamana. Tah diwajibkan kot kakitangan kerajaan kena buat potongan gaji.

Macam aku confuse jugak mula-mula sebab ada kat master agreement surat kebenaran 1 & 2. Surat kebenaran 2 tu yang memang dinyatakan untuk potongan gaji. Memula aku memang tak sign, tak nak potong gaji punya pasal; then staff tu explain yang dalam master agreement memang kena sign je tapi masa dekat form attachment jangan isi and sign.

Borang kebenaran 2 tu sebagai back up in case in future peminjam ubah hati nak buat potongan gaji.  So PTPTN xyah sibuk nak suruh peminjam isi and effect agreement yang telah dibuat. Siap lengkap segala dokumen, serahkan kepada pegawai PTPTN.

Jadi itu sahaja kisah aku kenapa aku memilih pinjaman Skim Ujrah yang PTPTN tawarkan. Pening juga awal-awal, tapi demi memastikan hutang dibayar, walaupun lambat lagi nak habis tapi kita cuba lah ye. Kasihan untuk adik-adik, anak-anak yang nak sambung belajar dan nak mohon pinjaman.

 

7 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Bulan 2 ni aku nak start bayar ptptn slps 2 tahun x bayar. Harap2 x kena blacklist lg

    BalasPadam
  2. Saya dah call ptptn, untuk pekerja swasta dan tak nak bayar melalui potongan gaji, korang tak payah submit borang kebenaran potongan gaji tapi surat kebenaran 2 kena sign dan hantar.

    BalasPadam
  3. Kalau ada buat penangguhan dan memang rezeki in sha Allah tam masuk blacklist

    BalasPadam
  4. salam. klu dah buat kepada sistem ujrah, ada masalah x nnt time nk buat pinjaman perumahan. sbb dengar citer ujrah ni nama still blacklist.. mohon pencerahan

    BalasPadam
  5. wslm..hai @boo deth.

    Saya tak tahu dari mana awak dengar dan kefahaman tentang Ujrah. Saya pon jawab berdasarkan apa saya tahu. isu blacklist ni bukan sebab Ujrah je. Orang yang kena blacklist ni bila dah buat pinjaman tapi gagal bayar. Tak Kisah Ujrah ke, conventional ke, card credit ke apa. Semua berpotensi kena blacklist (disenarai hitam) oleh pihak bank.
    Harap membantu.

    Harap membantu

    BalasPadam
  6. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


    BalasPadam
  7. Hai @jodin Tahniah dah mula bayar. Kita orang terpilih. kih3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama