Coconut Shake Sedap di KL | BDC Kafe - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Nov 17, 2017

Coconut Shake Sedap di KL | BDC Kafe


Assalamualaikum,

Last week lepas habis majlis Convocation Taski Abim anak sulong kami terus cari makan. Pagi tu hanya sempat alas perut sebab takut sampai lambat dan dewan penuh. Alhamdulillah jalan tak jem dan semuanya berlangsung dengan aman damai.

Bila tanya suami nak makan kat mana dia teringat satu café kat WangsaMaju yang dapat good review dekat FB. Bab makan kami mudah terpengaruh ya. J oleh sebab perut pun dah lapar jadi tak banyak bantahan. Lagi pun restaurant yang sedap semua buka after 5 pm.

Jadi kami tuju ke Bukit Dinding Coconut ABC Café (BDC) di Jalan Wangsa Delima 5. Landmark paling senang ialah belakang NZ Curry House Wangsamaju.



Makanan sedap, coconut shake terbaik, dan ice cream kelapa yang super sedap. Aku bagi 5 bintang. Digalakkan untuk datang. Service bagus dan friendly. 

Senarai menu dan harga. Masa tengah lapar rasa nak cuba je semua. 


Ice Cream kelapa tu korang janji kena try sebab sedap sangat. Coconut shake dia pun. uihhh meleleh air liur bila ingat semula. 

Yang bawah ni aku order buttermilk chicken, blackpaper beef, Nasi Goreng Petai, dengan Mee Ketam. Sedap semua sekali. 



 Hiasan dalaman cafe yang simple tapi menarik. 


kekasih hati kesayangan jiwa raga. Cik Kiah bagi souvenir dari Japan


Ini Cocounut Shake Manggo. Semua cukup rasa dan tak over manis. Lemak kelapa. 


Mee ketam order sebab Chef recommendation. Mula-mula makan rasa masam, tapi lepas 3/4 suap dia jadi manis. Sedap la.  macam magik. tapi makan ketam kat kedai memang tak syiok sangat.