Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum,

Jadi  mak ni memang aktiviti harian adalah memikirkan menu untuk dimasak untuk seisi keluarga. Senang cerita kalau anak dan suami bagi suggestion nak makan apa, tapi kebanyakkan nya anak dan suami pass je tanggungjawab tu kat isteri.

Macam aku bila Tanya suami dia akan bagitahu nak makan apa tapi selalunya aku tak masak atau tangguhkan menu dia request sebab tak kena dengan tekak. Suami dah hafal sangat perangai isteri dia yang satu ni.

Macam sekarang anak dah masuk 2 orang ni sarapan adalah makanan wajib untuk dimasak ye. So setiap pagi aku akan tukar menu macam roti sapu jem, Pisang Goreng, Cucur Manis, Cekodok Ikan Bilis dan kalau rajin masak mee atau bihun.

Oleh sebab hujung tahun ni kena habiskan cuti so nak share menu Pasta Spiral Goreng Lada Hitam. Kalau jenis pasta ni yang selalu aku masak hanyalah angel hair sebab dia halus dan senang kunyah. Yang lain tak berapa berkenan sebab tebal sangat tepung. Tapi tadi sengaja cuba masak spiral sebab last month anak bujang kata pengaush masak spiral sedap. Terus la nak cuba.

Jom semak bahan-bahan. Simple je pun. Oh sebab malas nak hiris sayur aku langsung tak letak ok. Jangan tiru. Sila rajin untuk anak anda.

Bahan-bahan:

Pasta Spiral dalam semangkuk besar atau 3 genggam
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 2 ulas
ikan Bilis ikut suka banyak mana
Sos Tiram 2 sudu
lada hitam sesudu kecil, nak lagi pedas tambah lagi
Serbuk perasa
Kicap Manis - Option
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Pasta tadi direbus sehingga empuk. Hiris bawang Putih dan bawah merah ketepikan.
Tumbuk lada hitam sampai lumat supaya nanti tak ganggu masa mengunyah. 

Tumbuk sekali ikan bilis tak hancur sangat pun tak apa. Then tumbuk-tumbuk manja bawang yang dihiris tadi.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan Pasta, dan kacau sebati. Masukkan Sos tiram, dan serbuk perasa. Aku letak kicap manis sikit. 

Goreng sehinga masak. Aku suka goreng kering. Kalau nak jadi basah masukkan air rebusan pasta tadi sesudu dua. Guna air rebusan pasta supaya kuah jadi pekat. 
Tips aku tengok dekat Astro dalam rancangan memasak.

Selamat mencuba.



0 comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.