Kisah Di Sebalik Pembantu Tadbir Maut Ditikam Rakan Sekerja

Rodiah Amir
3
Beberapa hari lepas ada keluar berita tentang pembantu tadbir yang maut ditikan rakan sekerja kerana dipercayai berang kerana kerap disindir mempunyai hubungan sulit. 

Rakan sekerja dia ialah lelaki berusia 28 tahun dan arwah berusia 57 tahun. Lelaki tu bertindak menikam dan juga mencekik arwah. 

Pembantu Tadbir Maut Ditikam Rakan Sekerja

Masa aku baca berita di Facebook tertanya-tanya apa lah bentuk sindiran yang buat lelaki tu bertindak sehingga membunuh. 

Lepas bunuh lelaki tu sendiri telefon polis dan mengaku dia cekik dan tikam arwah. Pilu sangat dengar. 


Pembantu Tadbir Maut Ditikam Rakan Sekerja


Seperti biasa masyarakat kita seolah telah menjadi budaya melontarkan pendapat tanpa segan silu. 

Habis di kecam arwah dan di label kan makcik bawang. Siap boleh buat status padan muka mak cik bawang dan keluar semua status sarkastik peringatan mak cik bawang yang lain.

Peliknya perbuatan membunuh tu bagai diterima akal, macam bukan kesalahan biasa. Ibaratnya hukuman bunuh oleh lelaki tu memang setimpal dengan apa yang arwah lakukan. 

Budaya apa yang tengah menular ni? Mana perikemanusiaan kita? Mana adap? Hilang aku rasa. 

Kita orang luar yang bukan ada dalam kehidupan mereka, yang hanya tahu tak sampai lima peratus keseluruhan cerita cepat betul kita menjatuhkan hukum. 

Melabel siapa salah siapa yang betul. Cakap asalkan puaskan hati sendiri sebab dapat meluahkan. 

Gila!

Kalau ikut siasatan, lelaki tu baru je tiga bulan bekerja dan ada sejarah pernah cuba membunuh diri. Dia juga turut menajalani rawatan kemurungan di hospital. Sedih kan? 

Siasatan lanjut masih dijalankan. Cuma aku tertarik dengan salah satu komen daripada bekas majikan arwah di facebook tentang sikap arwah. 

9 tahun mengenali arwah, dia seorang yang menjaga tutur kata dan banyak diam membalas balik. Anda baca la sendiri. Tentang lelaki tu, kita tunggu la pihak berkuasa. 

Setimpal atau tak hukuman biarlah Allah tentukan. Balasan Allah itu pasti. Tak di dunia, akhirat negeri abadi masih ada. 


Janda
*credit gambar Metro Online


Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan semoga ahli keluarga nya kuat dan tabah menerima Qada dan Qadar Allah tetapkan. 

Bukan mudah tapi ajal maut di tangan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Menerima kehilangan seseorang dalam sekelip mata dan cara pemergian yang begini memang memeritkan. Tapi jangan risau, Allah itu ada.  

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sekarang ni rakan sekerja mcm2 karenah.. ada yg buat dont know kerja sampai org lain yg terpaksa buatkan. keluar topik sikit..

    BalasPadam
  2. Kisahnya. Org dok viral cerita di sebaliknya. Orang yg de masalah mental ni bahaya juga. Tak bagi keje kesian. Dah bg keje rasa macam bahaya pada orang lain lah pula.

    BalasPadam
Catat Ulasan