Drama Isteri Untuk Disewa Ditegur Mufti Kerana Tajuk Yang Kurang Sesuai

Rodiah Amir
2
Drama Isteri Untuk Disewa Ditegur Mufti Kerana Tajuk Yang Kurang Sesuai | Drama isteri untuk disewa gandingan pelakon popular tanah air Fattah Amin dan juga Tiz Zaqyah yang baru je mula ditayangkan Isnin lepas telah mendapat perhatian dan teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri kerana tajuk drama tersebut yang kurang sesuai. Drama isteri untuk disewa ni menggantikan drama kesukaan Diah, iaitu Cik Reen dan Cik Ngok Ngek. Isteri untuk disewa merupakan drama adaptasi novel nukilan Syamnuriezmil dan drama yang kini ditayangkan di kaca televisyen adalah dibawah arahan pengarah terkenal Osman Ali. 

Diah masih belum berkesempatan menonton drama Isteri Untuk Disewa ni sebab masa promosi cerita ni keluar awal-awal dulu dah terdetik dekat hati, tajuk dia memang mengundang kontroversi. Dah memang sah salah di sisi Islam. Lepas tu tajuk dia se akan merendahkan martabat wanita. Maaf ya peminat drama ni, sekadar pendapat Diah je. 

Teguran penuh hikmah oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri disampaikan melalui warkah yang ditulis oleh beliau dan ditujukan kepada saudara Osman Ali. Memang Diah kagum sangat dengan pemilihan kata-kata yang lemah lembut tapi cukup sarat dengan mesej yang hendak disampaikan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tujuan nya nak tarik rambut agar tidak terputus dan tepung tidak berselerak.            

Teguran Mufti tentang drama Tajuk drama Isteri untuk disewa
Tajuk drama Isteri untuk disewa ditukar kepada Isteri Bukan untuk disewa

Qalam Mufti Tentang Drama Isteri Untuk Disewa 

Qalam Mufti tentang  Isteri Untuk Disewa
Qalam Mufti Tentang Drama Isteri Untuk Disewa
Menurut Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain adalah kerana timbulnya persoalan daripada mustafti berhubung tajuk drama ini dan juga Isu fiqh perkahwinan yang wujud dalam drama ini.

Tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia samada Islam mahupun bukan Islam.

Tajuk berkenaan adalah kurang sesuai dan isteri bukan lah untuk disewa. Kedudukan isteri adalah terlalu mulia untuk dijadikan tajuk sebegitu, walaupun dengan tujuan gurauan. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19. Firman Allah SWT,

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.

Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.

Implikasi Hukum Isteri Untuk Disewa

Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.

Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam. 

Ini sebagaimana kata Imam al-Nawawi berkata: "Nikah mut'ah tidak dibolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya suatu akad yang bersifat mutlak. Maka tidak sah apabila dibataskan dengan masa." (Lihat al-Majmu, 17/356). Antara contoh bentuk nikah mut’ah adalah perkahwinan yang dihadkan tempohnya. Contohnya, pengantin lelaki berkata dalam majlis akad nikah, “Saya hanya mahu berkahwin dengan kamu selama seminggu." Lalu pengantin perempuan menjawab, “Saya terima."

Penutup 
Osman Ali pengarah drama isteri untuk disewa
Twitter Osman Ali yang lapang dada menerima teguran Mufti
Bagusnya pengarah dan pihak yang terlibat dalam drama Isteri Untuk Disewa lapang dada dan menerima nasihat dari Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Tajuk drama Isteri Untuk Disewa pun telah di ubah menjadi Isteri Bukan Untuk Disewa. Semoga di masa akan datang akan ramai lagi pihak yang tampil untuk berdakwah dengan berhikmah macam ni. Mana yang salah kita sama-sama betulkan. 

Terbaca salah satu komen balas di twitter Datuk Seri Dr. Zulkifli dan ada aduan dari makhluk di bawah ni. Tak pasti la ini sekadar sarkastik atau dia benar-benar serius.

Twitter 

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah pengarah drama pun boleh terima dengan baik teguran mufti. Macam tu lah yang kita nak. Saling tegur menegur. Yang salah terima nasihat orang lain. Yang menegur, teguh dengan cara berhemah.

    BalasPadam
  2. Nak salahkan penerbit pun tak boleh juga... Drama tu diadaptasi dari novel.. Novel itu memang gunakan tajuk tu..

    BalasPadam
Catat Ulasan