5 Tips Mudah Tiada Semangat Mahu Hidup

Rodiah Amir
1

Tiada Semangat Mahu Hidup 

Tiada semangat mahu hidup. Maaf ayat ni bukan keluar dari mulut aku tapi ini adalah antara keyword yang masuk dalam dashboard blog. Lepas baca ayat tiada semangat untuk hidup tu aku jadi risau. 

Aku harap siapa yang search tentang ni dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Normal untuk tiada semangat tapi hidup tetap kena teruskan. Hidup memang ada turun naik, macam roda.

Pengalaman aku sendiri bila tiada semangat tapi mahu terus hidup:

“Celik mata, hadap benda yang sama. Rutin seorang suri rumah. Masak, jaga anak, kemas rumah, cuci baju. Tiada hala tuju pon boleh jadi tiada semangat.”


“Log in Facebook, tengok Instagram orang kongsi kejayaan, rumah cantik, makan tempat sedap dan mula la jadi tiada semangat.”


“Buat sesuatu tapi tak capai apa yang aku target. Putus asa, terus tiada semangat. Tinggalkan dan beri banyak alasan bila nak mula semula.”


“Bila hidup terlalu sibuk atau terlalu banyak masa dan jadi lalai padahal banyak benda boleh buat. Mamai dan semakin hanyut sampai tiada langsung semangat yang tinggal.”


Semua senario dekat atas ni selalu ulang dalam hidup aku. Dia macam jadi sejenis tabiat jika tak dibendung. Serius talk ni kalau selalu rasa macam ni harap korang counter balik dengan sikap syukur, sedar diri dan jadi positif.




5 Tips Mudah Jika Tiada Semangat Mahu Hidup


#1 Kembali kepada Tuhan. Allah Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya.

“Call upon me, I will respond to you (40:60)”
“Put Allah first, and you will never be last.”


#2 Baca cerita-cerita motivasi, tak kisah buku, majalah, portal, blog www.rodiahamir.com ke untuk korang cari semangat dan timbulkan rasa syukur.


#3 Bila mula rasa down kena cepat-cepat istigfar dan bersyukur. Marah diri sendiri sebab tak sedar diri dan tak bersyukur. Dekat luar sana berapa ramai lagi nasib dia teruk dari kita.

With every difficulty, there is relief


#4 Cari kawan yang positif. Bina circle yang bawa manfaat. Jangan berterusan berkawan dengan orang yang bawa aura negatif.


#5 Rancang dan tetapkan matlamat. Kena ada Goal dalam hidup.

Aim high
Write it down break into steps
Know your why
Set a deadline


#6 Extra tips– Cari hobi baru. Jika tiada hobi dah boleh mula buat sesuatu untuk dijadikan hobi. Hobi boleh jadi pelepas tekanan dan kalau untung boleh buat duit.


Kepada sesiapa yang tiada semangat mahu hidup, jangan putus asa. Ingatlah Tuhan sentiasa bersama kita, Dia tahu apa yang terjadi sebelum dan selepas. Allah Maha Bijaksana mengaturkan segalanya.


Did he not realise that Allah is watching? (96:14)”

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan