Resepi Udang Telur Bistik Mudah dan Sedap


Resepi Udang Telur Bistik Mudah dan Sedap | Assalamualaikum, dah lama tak berkongsi resepi dekat blog. Rajin masa bulan puasa hari tu je. Kali ni nak kongsi resepi udang telur bistik yang mudah dan sedap hasil inspirasi resepi telur bistik. Ikut resepi asal orang gunakan daging ayam atau daging lembu, dan sebab aku bosan dah makan ayam jadi aku tukar gantikan dengan udang. Aku suka sebab rasa manis udang tu kena dengan telur. Selalu makan telur bistik dekat Restoran Thai, sekali dengan nasi putih dan sup tulang. Alahai meleleh air liur bila bayangkan.


Resepi Udang Telur Bistik Mudah dan Sedap

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat udang telur bistik. Portion ni sesuai dimakan untuk dua orang dewasa. Kalau anak ramai boleh gandakan bahan-bahan ya.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Telur ayam 2 biji
Udang saiz sederhana 5 ekor
Bawang putih 2 ulas
Bawang Holand Setengah biji
Sayur yang korang suka (aku letak brokoli dan timun - boleh letak nenas, tomato, bunga kubis dan lain-lain sayur yang dirasakan sesuai).
Bahan Perasa
Sos cili 2 sudu besar
Kicap manis 2 sudu besar
Tepung gandum 1 sudu besar
Sedikit air




Cara-cara membuatnya:

Panaskan sedikit minyak dan masukan udang yang telah dipotong menjadi ketulan kecil. Agak-agak dah masak masukan telur yang telah dikacau. Jadikan telur dadar tapi ada isi udang.
Dah masak asingkan dalam pinggan.

Bawang dipotong dadu dan ditumis sehingga naik bau. Masukan segala jenis sayur,sedikit air, sos cili dan kicap.

Setelah sayur agak lembut masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga mendidih. Perasakan kuah tadi dan masak sehingga pekat.

Dah siap boleh curahkan ke atas telur dadar tadi.

Siap untuk dihidang. Kalau nak pedas boleh letak hirisan cili padi.

Selamat mencuba.


Post a Comment

2 Comments

  1. wow nampak sedap dan lazat tuh boleh cubalah nanti

    ReplyDelete
  2. wah resipi baru tak pernah buat! boleh try nanti!

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.