Realme Telefon Harga Mampu Milik

Rodiah Amir
2

Realme Telefon Harga Mampu Milik

Berita baik untuk peminat telefon pintar real me, realme 5 & realme 5 Pro kini dah mula dijual di pasaran secara online. Merupakan telefon pintar realme 5 edisi quad kamera yang pertama dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon.

Apa yang power tentang kedua-dua model ini adalah kerana kelebihan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan juga ultra makro. Memang gambar akan cun habis la.


Realme 5 & Realme 5 Pro Harga Mampu Milik


Antara ciri-ciri menarik yang disukai tentang realme adalah ruang kapasiti yang besar, ambil masa singkat untuk caj, paparan skrin dan audio yang jelas yang menarik hati terutama kaki game Mobile Legends.

Menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna sesuai dengan harga yang ditawarkan oleh realme  untuk pasaran telefon harga pertengahan. Tapi betul ke murah Realme 5 & Realme 5 Pro?

Realme 5 & Realme 5 Pro Dengan Teknologi Quad Kamera

Realme 5 & Realme 5 Pro Dare To Leap

Model Realme 5 Quad Camera Powerhero

Model ini dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm Al generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHZ seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan.

Ada dua warna tersedia iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple.

Realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+ yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

Apa yang menarik tentang Realme 5 ni, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi.

Selain itu, realme 5 menambah pembaikan untuk imej baharu dengan quad kamera AI – 119 sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP), dan lensa ultra makro (2MP) serta AI kamera hadapan (13MP).

Dengan bateri 5000 mAh besar realme menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.
Harga realme 5: RM599 dan RM799


Hara Realme 5


Model Realme 5 Pro Quad Camera Speedmaster

Model realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AlE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHZ yang juga dikenali sebagai enjin Al generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran Al bersama GPU Qualcomm Andreno 616.

Tersedia dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue.

Mempunyai paparan skrin 6.3 inci Full HD+ dewdrop. Tambahan, realme 5  Pro didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0.

pelancaran Realme 5 & Realme 5 Pro Harga Mampu Milik, Dengan Teknologi Quad Kamera

realme 5 Pro dilengkapi dengan quad kamera AI – 119 sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama SONY IMX 586 (48MP), lensa potret (2MP), dan lensa ultra makro (2MP) serta kamera hadapan SONY IMX471 AI (16MP).

Harga realme 5 Pro: RM1,099

Harga Realme 5 Pro


Korang boleh jadi antara pembeli terawal sebab jualan ekskulif secara online telah bermula di Lazada bagi kedua-dua model. Jualan Realme 5 bermula 17/10/2019 dan realme 5 Pro bermula 10/10/2019. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan lokasi kedai yang menjual telefon real me berhampiran anda boleh layari laman web Realme


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. terminat dengan smartphone nih.. cameranya power

    BalasPadam
  2. 2 bulan lepas baru beli untuk ayah realme 3 ni keluar 5 plak. Harga sama plak tu. Murah teruk dengan spec padu

    BalasPadam
Catat Ulasan