Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Rodiah Amir
Sedih pula bila baca Utusan Melayu secara rasmi dah tutup pada 9 Oktober 2019. Menurut pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, langkah penutupan Utusan terpaksa diambil oleh kerana syarikat tidak lagi mampu meneruskan perniagaan.

Bukan setakat tak mampu nak jana keuntungan tapi juga gagal nak bayar gaji pekerja. Ahli Lembaga Pengarah ambil keputusan untuk memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019. Hari ini lah hari nya.

Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Sedih rasa. Walaupun tak terkait secara langsung tapi sebagai salah seorang pelanggan syarikat Utusan ni rasa hiba juga bila syarikat dah gulung tikar. Teringat kembali zaman aku kerja dulu, bila syarikat mula goyah dan tak mampu bertahan.

Perasaan paling hiba bila baca memorandum dari CEO. Segala usaha, tenaga dan idea kita salurkan untuk selamatkan syarikat tapi masih belum mencukupi. Kun Fayakun.


Memorandum Penutupan Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Memorandum Pekeliling Penutupan Utusan Melayu

Sayu hati bila membaca memorandum pekeliling penutupan Utusan Melayu ni. Menjadi penerbitan akhbar yang tertua di Malaysia tidak melambangkan kekuatan sebuah syarikat. 

Dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, pengguna lebih selesa dan memilih membaca secara dalam talian berbanding hardcopy.

Salam takziah untuk semua pekerja yang terlibat. Sesungguhnya pasti ada rezeki kalian di tempat lain. satu pintu tertutup percayalah masih banyak lagi pintu di buka.

Masih segar dalam otak bila terima nota dari HR department untuk kemas meja kerja, ambil barang peribadi, dan kena kembalikan segala harta syarikat yang ada pada aku sebelum keluar dari syarikat. Masih utuh memori tu.

Semoga kesedihan berlalu pergi. Entah apa pula selepas ini kan? Pengganti Utusan Melayu? Mungkin. Selamat tinggal Utusan Melayu. Dalam sedar atau tidak banyak kenangan membesar bersama syarikat penerbitan akhbar yang tertua di Malaysia. 

Dari kecik kot aku dah suka dengan KOSMO walaupun ada masa aku annoyed sangat dengan tajuk akhbar dia. Kenangan. 
Tags