Cerita Hari Pertama Puasa 2021

Rodiah Amir
2
Alhamdulillah bertemu lagi bulan Ramadan bulan mulia pada tahun ini. Bersyukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut Ramadan bersama keluarga. 

Tahun ke 36 mengenal erti puasa. Syukur hari pertama puasa tiada drama yang teruk dari anak bujang. Tahun ni dia berumur 10 tahun jadi expectation aku agak tinggi supaya dia tak minta berbuka puasa. 

Almaklumlah cuaca yang sekejap terik sekejap hujan agak mencabar bagi anak-anak yang baru mula serius nak berpuasa.

Cerita Hari Pertama Puasa 2021

Sesi persekolahan diteruskan macam biasa. Gembira sebab walaupun Ikhwan bangun sahur dan kemudian kena bersiap ke sekolah, dia nampaknya okey je. 

Cukup rehat dan tenaga. Berbanding tahun sebelumnya yang agak sukar nak kejut ke sekolah.




Menu Sahur Dan Berbuka Hari Pertama

Sehari sebelum puasa aku ada beli sambal tempoyak petai jadi sahur pertama tu aku masak Tempoyak Petai Ikan Patin. Kebetulan ada ikan Pantin adik aku belikan masa dia balik kampung bulan lepas.

Balik kampung atas urusan kerja jadi dah alang-alang tu aku kirim Ikan Patin Sangkar Temerloh. Kami hanya boleh telan Ikan Patin Temerloh.

Pernah beli Ikan Patin Sangkar katanya dari Perak di Pasar Tani Taman Melawati, malangnya berbau tanah. Nasib beli sekor je. memang tak boleh telan langsung.

Menu berbuka hari pertama pula aku sediakan Ayam Masak Merah Kenduri macam aku plan sebelum ni, Nasi Minyak versi aku dan ikan Bawal goreng untuk budak kecik dekat rumah.

Sahur hari kedua pula, aku panaskan Ayam Masak Merah dan aku goreng telur dadar. Menu sahur kami memang tak berat sangat. Semua tiada selera nak makan banyak.




Diserang Anjing Liar Di hadapan Rumah

Aku terima berita sedih dari kawan sekampung yang anak ketiga dia lingkungan usia 5 tahun telah diserang dua ekor anjing liar ketika bermain di hadapan rumah pada pagi Ahad lepas.

Luluh hati bila dia maklumkan anak dia kini berada di ICU HKL.

Alhamdulillah sehingga saat ini, anak dia memberikan respon yang positif terhadap rawatan. Telah menjalani dua kali pembedahan disebabkan kecederaan yang dialami.

Terbaru kawan aku maklumkan yang doktor nak tunggu luka disaluran pernafasan bercantum secara semulajadi atau perlukan pembedahan ke tiga.

Kemungkinan besar luka besar bukan disebabkan gigitan anjing tetapi kesan dari jatuh terhentak. Sekarang anaknya, Muhammad Dayyan bin Mohamad Razif diberi ubat tidur dan bantuan oksigen untuk menghadkan pergerakkan dia supaya tak ganggu luka.

Mohon kawan-kawan doakan yang terbaik untuk adik Dayyan ya. Moga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Puasa Semasa Pandemik

Tahun kedua puasa dan tak dapat balik berbuka bersama emak. Perasaan sedih tu tak tahu nak ungkap macamana. Beruntunglah anak-anak yang berada dekat dengan ibu bapa. Ada peluang boleh jenguk mak ayah.

Harapan nak sambut Raya tahun ini masih samar-samar. Di hari puasa ke tiga dah kedengaran berita tidak dibenarkan rentas negeri semasa Aidilfitri.

Kes bilangan Covid macam makin menaik je. Sejujurnya aku penat berharap. Doa tak tinggal, cuma itulah. Entah bila.

Untuk kau orang yang senasib dengan aku yang masih ada ibu bapa di kampung tetapi kita terhalang untuk bertemu jom kita panjatkan doa semoga tercapai hendaknya jumpa mak ayah.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoag kita dapat menggunakan setiap detik saat di bulan Ramadan sebanyak-banyaknya.



Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Subhanallah..masih ada lagi anjing liar di taman ye...si kembar plak dh mula belajar puasa ..walau ada lompong2 pulak harinya...takpe la as long as anak2 ada effort nk berpuasa kan...

    BalasPadam
  2. Salam ramadhan untuk diah dan keluarga..

    BalasPadam
Catat Ulasan