Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng

Rodiah Amir
14

Percutian ke Johor kali ni kami tak beria pun rancang aktiviti. Plan asal nak bercuti santai-santai saja dan nak pergi rumah kakak di Senai.

Singgah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari ni tidak termasuk dalam senarai tempat kami nak pergi waktu bercuti ke Johor.

Memang plan last minute bila adik Ipar ajak makan sebab teringin katanya. Dah alang-alang sampai Yong Peng kami singgah juga lah.


food-hunting-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng Johor

Apa yang kelakarnya, waktu dah siap makan baru Diah perasan yang restoran ni tutup awal ya. Kalau tahu mesti kami akan kelam kabut ke sini risau tak sempat sampai.

Memandangkan kami dari Kuala Lumpur ikut highway Utara Selatan jadi kami keluar ikut exit Yong Peng. Nak mudah waze saja alamat restoran.

Restoran ni betul-betul tepi jalan. Kalau dari highway boleh nampak signboard besar Restoran Kari Kambing 40 Hari tu.


food-review-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Menu Restoran Kari Kambing 40 Hari

Menu utama yang ada dekat sini hanyalah Nasi Arab. Ada pilihan lauk Ayam atau pun Kambing. Kalau datang ramai-ramai boleh pesan Set Dulang, boleh makan 3 – 4 orang.

Kalau risau tak habis boleh pesan Nasi dalam pinggan. Harga dia bagi Diah berpatutan dan lebih murah berbanding dengan harga Nasi Arab Kambing di Kuala Lumpur.

Portion dia pun banyak. Sepinggan boleh kongsi berdua dengan anak.


review-makan-dekat-Kambing-40-Hari


Harga Nasi Arab (Pinggan)

Nasi Arab Kambing - RM16.00

Nasi Arab Ayam - RM14.00

 

Harga Set Dulang Nasi Arab

Nasi Arab bersama 2 Kambing 1 Ayam - RM61.50

Nasi Arab bersama 1 Kambing 2 Ayam - RM56.20

Nasi Arab Kambing - RM64.65

Nasi Arab Ayam - RM54.05


Papadom - RM2.00

Sirap Ais - RM1.00

Teh Ais - RM2.00

Jumlah kami makan termasuk minuman ialah RM72.08 untuk lima orang. 


Waktu Berniaga Restoran Kari Kambing 40 Hari

Untuk yang datang sini kena alert dengan waktu restoran ni berniaga. Bukan apa risau datang jauh-jauh nanti tak sempat nak merasa.

Restoran dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang sahaja. Jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin.


Waktu-berniaga-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Yang dari KL dan guna highway tu yang tak terjangka. Kalau tiba-tiba ada kemalangan atau kerosakan jalan confirm sesak tak ingat.

Konsep makan dekat sini adalah layan diri. Beratur untuk buat pesanan, buat bayaran dan boleh ambil makanan di kaunter sebelah.


review-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Jadi mudah sebab servis lebih laju begini. Tidak la orang menunggu lama makanan nak sampai ke meja.

Lebih mudah berbanding pelayan nak kena tanya pelanggan di meja. Keluasan restoran pun agak besar. Disediakan meja dan kerusi dan ada tempat khas untuk bersila.


review-kedai-Kari-Kambing-40-Hari


Keluarga yang ada anak ramai boleh la makan sambil bersila atas lantai. Kawasan parking pun banyak. Memang ada disediakan untuk kemudahan pelanggan.


parking-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Tandas banyak dan bersih. Ada juga disediakan surau. Dah macam berhenti dekat RnR la konsep dia. Cuma lagi seronok kalau restoran ni sediakan kawasan ada aircond.

Malaysia panas ya. Berpeluh ketiak waktu makan. Tapi overall seronok je sebab dapat makan sedap.


fasiliti-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Review Restoran Kari Kambing 40 Hari

Ulasan dan juga review adalah berdasarkan selera dan tekak sendiri. Jangan marah ya kalau korang makan dekat sini kemudian tak kena dengan tekak.

Nasi Arab memang jadi makanan kegemaran kami satu keluarga. Kalau di KL kami suka makan di Restoran Qasar Balqis dan  Paradise Reyan dalam Aeon Big Wangsamaju tu.


nasi-Arab-kambing-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Sebagai peminat Nasi Arab, kami approved kesedapan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari. Nasi dia lembut, Kambing dia cukup rempah dan bahan perasa.

Kuah kambing agak manis dan kalau pedas sikit mesti terangkat. Daging kambing dia lembut mudah nak makan.


kambing-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


Sepinggan Nasi dia tuangkan lauk dan acar timun. Memang puas hati dan kenyang perut. Anak-anak makan Nasi Arab Ayam. 


Nasi-Arab-Ayam-Restoran-Kari-Kambing-40-Hari


 

Kesimpulan

Untuk yang bercuti ke arah Selatan boleh singgah ke Restoran Kari Kambing 40 Hari. Kena cuba sendiri baru puas hati. Alamat lengkap rujuk di bawah:

 

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Air Hitam- 86100, Jln Besar, 83700 Yong Peng, Johor

Waktu Operasi: 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang

 

Catat Ulasan

14Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. SA pun nak cuba nanti, banyak tempat makan kat Johor yang ada dalam wishlist...

    BalasPadam
  2. Restoran ni pukul 7.30 pagi pun dah penuh orang serbu apatah lagi kalau hujung minggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak selalu pergi ya, waktu kami sampai orang tak putus-putus datang

      Padam
  3. ramai je yang suka ke sana.. Liez belum sampai lagi..nak try jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ampun jauh ya Johor. Diah tak minat sangat travel jauh-jauh tapi demi makanan hahhaha

      Padam
  4. Wah pagi jga sudah buka yaa...enaknya kalau model servis sendiri itu gak lama dan bisa pilih menu juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap hari buka, dari awal pagi. Ada kawan yang sampai ke sini kena bungkus sebab ramai sangat

      Padam
  5. slalu tgk kwn2 share...tk smp lg nk merasa..adik yg dok kt batu pahat pn share aritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. one day kak pergi lah. Seronok vibes dia tapi panas berkicap ketiak ya hahaha

      Padam
  6. glamour restoran ni..boleh lah masuk dlm list kalau sis & family bercuti ke selatan bebila...

    BalasPadam
    Balasan
    1. harus sis, masuk jalan jalan cari makan berbaloi

      Padam
  7. Unik nama dia, pakai kata 40 hari. Saya jadi penasaran kambing yang dipakai apakah kambing muda yang berusia 40 hari 😁? Soalnya di Indonesia ada banyak restoran kambing muda. Tapi biasanya yg dipakai kambing usia 3 bulan. Lembuut dagingnya.

    Semoga saya ada kesempatan ke Malaysia lagi, nanti nak coba restoran ini. Krn saya dan suami pun sukaa sangat makanan dengan lauk kambing kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba ya kalau sampai di sini. Saya tak pasti kambing usia berapa mereka guna tapi daging lembut sangat. Mudah nak kunyah

      Padam
Catat Ulasan