Ad Code

Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Peminat nasi arab kena tahu tentang restoran Paradise Reyan ni. Baru-baru ni kami singgah makan nasi arab di Restoran Paradise Reyan yang terletak dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju. 

Memang tak menyesal cuba sebab semuanya sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga. Jadi kena la hebahkan pada orang lain juga. 

Ikutkan berapa banyak kali dah lalu depan restoran Paradise Reyan sebab dia betul-betul dekat sebelah McDonald. Kalau ke Aeon Big memang akan singgah McDonald untuk makan aiskrim. 

Sebelum ni kami selalu makan nasi arab di Qasar Balqis. Pernah sekali cuba makan di restoran Hadramawt, tapi kurang kena dengan selera. 

Kalau di Shah Alam pula kami akan singgah di Restoran Aroma Hijrah. 


Restoran-Paradise-Reyan


Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Kali terakhir makan nasi arab dekat Qasar Balqis adalah masa bulan Ramadan yang sudah. Tapi pengalaman kurang seronok sebab restaurant tu full house, jadi servis pun turut terjejas. 

Terus terbantut selera nak makan nasi arab. 

Baru-baru ni terbuka pintu hati nak cuba dan masa tu terliur nak makan Kunafa Cheese. Kan viral Kunafa Cheese dekat Bukit Bintang tu. 


Kunafa-Cheese


Memang tidak lah aku nak beratur ramai-ramai jadi kita cari yang dekat sajalah ya. Lagi satu kalau nak makan Kunafa Cheese tak boleh dibiarkan lama. 

Nanti cheese dia sejuk dah kurang seronok tak dapat tarik-tarik. Lebih prefer makan di tempat yang ada kerusi dan meja. 

Kalau nak tahu Restoran Paradise Reyan ada tiga cawangan sahaja di dalam Malaysia iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Aeon Big Wangsa Maju dan di Barrington Square Cameron Highlands. 


Menu Makanan Restoran Paradise Reyan

Semestinya menu dia lebih kurang seperti menu di restoran Arab lain. Salad (Tabbouleh, Fattoush, Reyan). Appetizer seperti falafel, Hummus, sambosah, Kibbeh. 

Ada juga Piza, BBQ (kabab, Taoukmix grill), Chicken & lamb (Mandy, Kabsa, Haniz, Maqluba).

menu-Paradise-Reyan

Kalau di Qasar Balqis aku sukakan Shawarma dan Teh Tarik dia, tapi di Paradise Reyan aku suka makan Lamb Arayes. 

Bentuk macam pizza, bulat dan kemudian dipotong menjadi bentuk segi tiga. Dilapisi dengan daging kambing atau pun daging ayam. 


Lagi satu tolong cuba jus buah-buahan sebab memang betul-betul pure. Tak kedekut buah terutama jus tembikai dan jus oren. 


Kenapa aku suka Restoran Paradise Reyan?

Semestinya kalau teringin nasi Arab confirm datang sini sahaja. Dah la dekat dengan rumah, rasa dia tak mengecewakan. 

Selain tu Restoran Paradise Reyan menjaga kebersihan premis, baik sinki mahupun kebersihan lantai. Dapur dia walaupun sedikit terbuka tapi tak ganggu pelanggan dengan bau-bau pelik. 


nasi-arab-sedap


Kerusi meja pun selesa jadi pelanggan boleh makan dengan aman. Penting sangat bagi aku yang ada anak kecil. 

Staff yang layan kami pun ramah walaupun tidak fasih Bahasa Melayu. Memang aku ringan mulut akan cadangkan Restoran Paradise Reyan dekat sesiapa yang nak cari tempat makan nasi arab. 


Kesimpulan

Kami sekeluarga berpuas hati makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan. Harapnya perniagaan dia semakin maju supaya tak payah susah aku nak makan dekat tempat lain. Kalau korang tinggal berdekatan boleh cuba tapi jangan marah kalau tak kena dengan selera korang ya.  

Post Navi

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. alamak takde pulak branch kat penang hahaha
    jauh tu nak piii.. teringin pulak dah..

    BalasPadam
  2. sy pnh mkn nasi arab di aroma hijrah tu je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya, akak dalam pantang ni tak sabar nak habis pantang, nak JJCM hihi

      ajumohit
      www.ajumohit.com

      Padam
  3. Susah nak cari kedai nasi arab yang sedap, kalau dah jumpa tu memang ulang alik ke kedai je la pasni tiap kali terasa nak makan kan. Bau shawarma dia je dah boleh gugat iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shawarma Qasar Balqis tu sempoi je tapi boleh teringat-ingat

      Padam
  4. nampak menarik Lamb Arayes tu, tak pernah cuba lagi. Selalunya pergi kedai makanan arab makan nasi arab, shawarma, kebab dengan kunafa je. Lepas ni boleh try pulak menu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah setiap kali masuk kedai Arab menu sama je dicuba. Try sesekali ubah angin, tak menyesal

      Padam
  5. antara nasi kegemaran saya nie...nasi arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try dekat sini. air jus dia terpaling sedap

      Padam
  6. Bestnya nasi arab.. Sha suka makan di cyberjaya.. Tak ingat nama kedainya.. Kunafa tu tak cuba lagi..

    BalasPadam
  7. aida lom pernah rasa kunafa tu.
    mcm menarik. then ada cheese kan, confirm nice.

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.