Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Rodiah Amir
5

Hari yang paling dinantikan oleh anak-anak setiap tahun tak lain tak bukan ialah Hari Sukan Sekolah atau nama lain Kejohanan Olahraga. Penglibatan anak-anak semestinya bermula dari pertengahan tahun lagi.

Semalam, Sabtu (14 Oktober) kami dari awal pagi dah ada di sekolah. Ikhwan terlibat dengan perbarisan manakala Raudah terlibat dengan Sukantara.

Kena hadir di sekolah lebih awal dari murid lain sebab nak kena bersiap pakai costume untuk perbarisan rumah sukan.


kejohanan-olahraga-sukan-sekolah

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Alhamdulillah cuaca cerah dan berangin tapi panas ya ampun. Hari Sukan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang datang untuk sokong anak masing-masing.

Tahun sebelum ni sekolah telah menjemput atlet Paralimpik Malaysia, saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang bertanding dalam acara lari pecut kategori T36 dan acara lompat jauh.

Mohamad Ridzuan mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, di mana beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.

Tahun 2023, Kejohanan Olahraga dirasmikan oleh YB Tuan TS. Zahir bin Hassan iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju.




Tema Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah

Tahun ni istimewa sebab tema Hari Sukan Tahun ni sekolah pilih tema coklat untuk mewakili rumah sukan.

Ada tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Biru (Mentos), Rumah Kuning (Ferrero Rocher) dan Rumah Merah (KitKat).






Nampak kesungguhan dan kreativiti cikgu bila siapkan kostum untuk murid-murid pakai untuk perbarisan rumah sukan.

Kalau zaman sekolah dulu, kami tiada tema untuk berhias tapi pemilihan nama rumah sukan akan ditukar kepada nama Tokoh seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau mewakili semangat berjuang.

Tahun ni Rumah Biru berjaya menjadi Johan. Boleh nampak perbezaan cikgu Rumah Biru lebih proaktif dan penglibatan pun lebih dari guru-guru rumah lain.

Bila cikgu kongsikan sistem permarkahan baru tahu yang markah di ambil dari aktiviti seperti Sukantara, Merentas Desa dan juga Perbarisan.

Kena tambahkan kesemua markah dari tiga aktiviti utama barulah layak dinobatkan sebagai johan.

Teringat kenangan Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah


Persembahan Pancaragam Kem Wardieburn Kuala Lumpur

Lebih meriah tahun ini, pihak sekolah telah menjemput Kumpulan Pancaragam Platun Tambo Serunai Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Jadi, waktu perbarisan lintas hormat diketuai oleh Drum Major Sarjan Jackiely bin Jonot memang penonton bersorak girang.


Kumpulan-pancaragam-tentera-darat


Semua teruja dan automatik bersemangat. Anak-anak yang masuk perbarisan pun berkawad dan berjalan megah.

Seperti dijangka, Johan perbarisan jatuh kepada Rumah Kuning (Ferrero Rocher). Kombinasi warna kuning, gold dan coklat tu sepadan.

Kostum pun cantik. Rajin cikgu menjahit dan tampal coklat Ferrero Rocher dekat topi dan baju.

 

Penutup

Walaupun cuaca panas, kena menunggu lama sehingga Hari Sukan tamat tapi secara keseluruhan anak-anak gembira.

Tengahari tu balik cari makan. Alhamdulillah tak demam.

 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. paling seronok, mak ayah jga sb blh join last2 nanti acara ibubapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun ni kurang sikit acara ibu bapa sebab sukan anak-anak lambat habis

      Padam
  2. Eh.. 3 warna je eh.. Hijau tak ada..
    Seronok pergi sukan sekolah anak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha sekolah anak kecil je jadi tiga buah rumah sukan je

      Padam
  3. Ya ampun ada pertunjukan dari Pihak militer juga ya πŸ‘πŸΏπŸ˜„. Meriaaah sangat.

    Seru juga ada hari suka seperti ini kak. Sebenernya di sini juga ada, tapi tanggalnya beda. Cumaaaa rasanya tak terlalu dimeriahkan di sekolah. Saya ingat anak2 saya tak ada acara apa2 saat hari suka kemarin

    BalasPadam
Catat Ulasan