Gaduh Di Media Sosial

Rodiah Amir
8

Baru lepas habis baca isu panas yang tengah berlegar sekarang tapi menahan diri untuk tidak menjahanamkan emosi dan kawal jari untuk berkongsi pendapat. 

Entri ini sekadar mengingatkan diri dan yang membaca supaya tidak terjebak sama sekali membuat dosa. 

Yelah kita faham keinginan nak berkata-kata tu jadi lebih kita ulas sendiri di blog masing-masing but in a good way ya. 

Semoga Tuhan jaga niat kita. 


Gaduh Di Media Sosial 

Kecoh kan sekarang, isu pergaduhan keluarga penyanyi popular Malaysia yang awalnya bermula dengan berita penceraian ibu bapa dan sekarang pula isu harta. 

Ujian berat buat mereka satu keluarga, ujian juga buat kita yang jadi pemerhati. Jangan mudah melatah nak hukum orang berdasarkan apa kita baca sahaja. 

Bahaya sebab kita tidak berada di kasut mereka. Pandang dari sudut hubungan adik beradik yang hancur selepas semua ini reda. 

Sekarang masing-masing tengah panas jadi banyak sesi ungkitan dan sesi balas membalas berlaku. Seeloknya perkara-perkara ni tidak dicanang di media sosial.  

Satu habuk pun tiada manfaat, lagi memburukkan keadaan adalah. Adakah harapan mereka nak orang awam jadi hakim tentukan siapa betul siapa salah? 

Tak seronok bila gaduh tapi itulah syaitan paling suka.


sindir-di-media-sosial



Hanya Content Semata-mata, Jangan Terjebak!

Sebelum ini pernah terjadi dalam isu yang berasingan terjadi di TikTok. Dua orang pempengaruh berlainan jantina yang selalu buat konten bersama-sama akhirnya bergaduh. 

Bila dah tak sebulu maka keluarlah segala cerita kurang baik. Terbuka lah segala aib yang selama ini di simpan kemas. 

Pempengaruh kan banyak pengikut di media sosial. Semestinya pengikut akan sokong apa sahaja pempengaruh buat. 

Bila jadi pergaduhan dan masing-masing cuba berikan alasan kenapa itu dan ini, pengikut mula rasa tertipu bila tahu kebenaran. 

Rupa-rupanya ada plot twist yang mana hubungan mereka adalah rekaan semata-mata. Jadi lebih teruk bila wujud unsur dengki dan tamak. 

Semua drama yang dibuat demi konten. Kelakar juga bila fikir, bila ditanya apa status hubungan yang sebenar? 

Pempengaruh lelaki tu beri alasan hubungan mereka adalah Content-ship semata-mata. Entah dari kamus mana dia ambil terma content-ship tu. 

Katanya mereka buat perjanjian bertulis, segala paparan di media sosial adalah dirancang dan demi view. 

Siapa yang rugi dalam situasi ini? Fikir sendiri. Daripada buang masa baik buat duit jadi affiliate. 


social-media



Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Jari?

Inilah bahayanya kalau menyalah gunakan kuasa yang ada. Kesan dia terutama pada anak muda, seolah menyatakan perbuatan menipu tu adalah perkara biasa dan boleh dibuat. 

Atas tiket content. Tak kisah apa isu sekalipun. Pilihlah cara yang terbaik untuk selesaikan, cara yang paling minima impaknya kalau di teruskan. 

Pempengaruh atau selebriti juga kena peka. Tanggungjawab kita bersama. Pantau anak-anak, jadi pendengar dan jangan jadi pembuli cyber. 

Begitulah kan, media sosial boleh jadi platform yang bagus kalau kita guna cara yang betul. 

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ammi pun ada tengok isu artis ni. Kesian. Bila ada toxic siblings ni sangat payah dan jenuh. Semoga ada kata putus dibuat. Dapat buang segala kekeruhan.

    Memang kita bukan berada di dalam kasut mereka tapi ammi dapat rasa beratnya dada si anak sulung itu selama ini. Semoga dipermudahkan urusan dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga mereka dapat capai kata sepakat. payah kalau toksik

      Padam

  2. Tentang gaduh dimedsos adalah postingan yang menarik untuk dibaca. Entah itugaduh sungguhan atau settingan

    BalasPadam
  3. Saya dah tak follow lagi semua account gosip, atau artis yg saya tahu banyak drama tapi minim prestasi kak. Tak guna memang, ngabisin waktu saja lihat drama mereka. Nanti semua aib diumbar, bikin sepanas mungkin, lalu Bbrp bulan kemudian, baikan 😵‍💫. Udah kliatannyg tipe2 begini. Mereka cari ketenaran hanya lewat content receh. Makanya bisa dihitung jari jumlah artis yg saya ikuti. Hanya yg saya benar2 suka saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Menghabiskan tenaga dan masa tapi kadang-kadang tertengok juga

      Padam
  4. Sha tak follow tapi adalah juga terbaca sikit-sikit.. tapi nak komen memang tak lah.. Urusan keluarga ini kalau orang luar tau lagi mengacau bilaukan keadaan je sebenarnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. comment tu jangan lah seeloknya. Kita tak tahu cerita kan

      Padam
Catat Ulasan