Kereta Kena Pecah Dalam Basement Tertutup

Hari ni masih lagi dalam keadaan terperanjat dek kejadian semalam. Sangat marah dan tak tersangka dengan apa yang berlaku. 

Dah kena batang hidung sendiri baru la paham macam mana kekecewaannya. Macamana aku nak terangkan, nak tenangkan. 

Cerita sedih, kereta kami jadi sasaran pencuri. Paling sedih walaupun kami letak kereta dalam kawasan AeonBig Wangsamaju tapi perompak tu berani buat kerja. 

Kereta kena pecah oleh perompak yang tak berhati perut. Kurang hajar punya perompak. Kasut, syiling dan beberapa barang lain lesap. 

Pintu kunci pon habis terkopak. Mungkin dia cungkil guna screwdriver. 

Kereta Kena Pecah Dalam Basement Tertutup

Ceritanya bermula begini; dalam pukul 6 petang setelah pulang dari kerja, aku suruh MrZ pick up aku kat LRT and menuju ke sebuah pasaraya yang biasa kami pergi. 

Niat aku nak tunaikan solat asar sebab tak dapat nak solat kat office then teruskan niat nak bayar bil api dan air di pejabat pos. 

Walaupun internet di hujung jari, pembayaran secara manual lebih praktikal bagi aku. Mungkin sebab tak nampak cashier tu koyak bil and pas kat aku resit selepas bayar jumlah duit so aku lebih senang berurusan di kaunter walaupun menunggu lama. 

Setelah selesai urusan solat, makan dan bayar bil jam dan tunjuk kul 7.30malam. Aku cadang nak solat Maghrib dekat rumah sebab badan dah bau busuk. 

Semuanya harus ditukar. So dengan riang hatiku perut dah kenyang melangkah balik ke parking area.  Kami parking di kawasan tengah-tengah yang ada sign ‘K4’. 

Kawasan yang agak berbau tapi masih ok. Buat pengetahuan semua bukanlah sekali dua datang ke pasaraya AeonBig ni.  

Dah banyak kali dan macam dah percaya sepenuh hati dengan keselematan walaupun memang dah ada sign, semua atas tanggungjawab pelanggan yang parking. 

Percaya harga yang murah dan berpatutan, percaya barang-barang segar dari ladang, dan percaya dengan management termasuklah layanan staf-staf serta faktor keselamatan.



Apa yang berlaku; jalan cepat-cepat nak balik rumah kejar waktu Maghrib. Sampai je dekat kereta, terperanjat sangat. 

Pintu sebelah driver telah di umpil bahagian lubang kunci. Jahanam habis kena korek. Masa ni speechless sangat. 

Dan button dah unlock dan bawah tempat seat driver yang biasanya MrZ letak kasut tu dah berselerak dan mata terus meliar check apa yang hilang. 

Blur sekejap. Air Muka MrZ berubah, aku bila dah gelabah mula banyak bercakap. Mata melilau cari security guard dan setelah 10 minit macam orang hilang arah baru dapat panggil security guard yang menunggang basikal. 

Hasil perbincangan amat menyakitkan hati, guard buat muka bodoh dan seakan menganjing marahkan kami tinggalkan barang berharga dalam kereta. 

Rasanya macam cakap dengan tiang so tak puas hati naik atas cari security room (tujuan asal adalah murni, jangan biarkan perompak bermaharajalela dan mengharapkan pihak security dapat buat sesuatu untuk mencegah kejadian buruk tidak berulang kepada pelanggan yang lain. 

Jumpa guard yang bertugas (pon macam tiang), buat aduan dan tulis report. Bukan lega, tapi bertambah sakit hati bila guard yang ni pon sama je. 

Dia cakap, “pihak kita tak kan bayar ganti rugi sebab kita dah tampal amaran yang segala risiko ditanggung oleh pelanggan bila parking kereta. 

Jadi pihak encik tak akan bayar apa-apa la ye, kerosakan pintu kereta saya encik? (tanya kami dengan ikhlas) dan guard menjawab ‘bukan awak sorang je kena macam ni, kita tak akan bayar. “ shit. 

Dem. Tanya lagi apa nak buat lepas ni? “ ok awak dah report kat sini awak boleh report kat balai polis...ayat mati disitu.

Jawapan paling biadap pernah aku dengar.




(dlm security room)




Selepas itu; Ternganga dengan apa yang berlaku. Macam ni perangai security guard di pasaraya besar layan pelanggan setia macam kami? 

Bukanlah suruh ganti pon, budi bahasa mungkin dapat merubat hati kami yang sedih bila tengok blackie dirogol. 

Aku harap orang lain tak terkena macam kami. Berhati-hati tak kira dimana anda berada, jangan bawak beg yang boleh menimbulkan keghairahan perompak untuk merompak padahal beg tu kosong je. 

Banyakkan baca zikir sebagai pendinding. Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta walau sebiasa mana anda dengan persekitaran. 

Cepat-cepat baiki lock/alarm kereta anda jika rosak dan terpaksa dikunci manual. Selepas kejadian, withdraw duit dan menuju ke workshop suh leng chai pasang alarm yang baru. 

Kesilapan berlaku bila kami lengahkan nak baiki alarm sebelum kejadian so perompak ambil kesempatan.





 
nota kaki*blackie sejenis kenari yang sensitif dan mudah terasa.

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Semalam ok tipu dua hari lepas saya telah menjengok blog kawan saya myYellow Sunflower dan entry yang ditaip saya rasakan ditujukan kepada orang2 seperti saya (orang yangg baru bertukar status). 

Entry yang dikongsi adalah berkaitan kerunsingan dia dalam memilih hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pengantin. 

Saya juga pernah mengalami dilema memilih hadiah terbaik yang rasanya berguna dan dapat men touching kan hati kawan yang mendapat hadiah tersebut. 

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Maka saya telah tinggalkan comment yang pendek, sebab tak kan nak tulis berjela itu belog orang ok.dan saya kembali mengomen di belog sendiri. 

Ok ni list yang saya rasakan saya mahu (sebagai pengantin) jika tetamu yang hadir dan datang bawak hadiah.


1. Album gambar 

Bagi sesetengah orang nampak tak cool if bagi album sebagai hadiah. Tapi bagi saya yang telah dan baru berkahwin album sangat berguna. 

Saya amat-amat perlukan apatah lagi selepas mencuci gambar-gambar hasil dari majlis yang telah berlangsung. 

So bila pengantin buka hadiah dan dapat gunakan album tu, mesti dia kate “wah nasib baik si polan ni bagi album, tak payahlah nak beli album lagi, cantik pula tu album ni” seterusnya pengantin akan gembira.


2. Buku ilmiah 

Buku termasuklah segala bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan diyakini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Lebih baik jika buku yang diberi menyediakan tip-tip untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. 

Selalunya buku-buku saya akan cari di MPH. Memang banyak pilihan. Berdasarkan pengalaman, buku seperti ini sangat berguna kepada saya. 

Buku juga adalah salah satu barang hantaran yang saya beri kepada MrZ.


3. Set alatan memasak/dapur 

Okey untuk set ni mestilah lengkap dengan kuali,periuk, pisau, alat pembuka tin, senduk, sudu garpu, pinggan, gelas etc. 

Bila lengkap semua memang teramat gembira pengantin yang menerimanya. hihiihihih.. Tapi bagi ikut kemampuan. Untuk kawan baik sesuai la.


4. Voucher berbulan madu 

Yang ni memang nampak agak besar perbelanjaan nya dan perlu di refer kepada pasangan pengantin bila diaorang nak pergi honeymoon. 

Tapi ok what setakat bayarkan duit hotel dan suggestkan tempat menarik untuk pengantin bercuti. Dalam malaysia sudah. 

Bagi pengantin yang berfikiran macam aku, tempat honeymoon tak kisah dimana-mana asalkan dapat bercuti dengan suami.


5. Pakej spa/ pedicure/ manicure 

Yang ni memang menbantu sebab selepas kenduri berlangsung memang banyak kerja yang dibuat. Penat memang tidak terkira. 

So apakata bagi hadiah yang macam ni supaya pengantin dapat merehatkan dan memanjakan diri selepas penat bertungkus lumus.

Okey dah. Cukuplah membebel. Ni saya type berdasarkan apa yang difikirkan aje. Harap ianya berguna. 

Segala hadiah yang diterima dari tetamu memang menggembirakan saya dan MrZ. tak kisah kecik atau besar. tak dilupakan terima kasih kepada semua yang memberi hadiah sempena perkahwinan saya. 

Paling utama DOA dari tetamu yang hadir supaya pengantin berbahagia ke akhir hayat. Amin.

Majlis Perkahwinan Tiga Beradik

Salam. Aku kepenatan yang teramat sangat selepas berlangsungnya hari perkahwinan kami adik beradik. Syukur Alhamdulillah dengan berkat dan Rahmat majlis berlangsung dengan meriah sekali. 

Tiada yang buruk berlaku dan paling penting emak berpuas hati dengan kehadiran tetamu. Bukan apa sebelum majlis ada pihak seolah-olah dengki dan cuba merosakkan keadaan. 

Nak cerita memang banyak so let’s summarize:

• Seawal pagi di hari jumaat, bermula kesibukkan menyiapkan hantaran, tambah apa yang patut, dan persediaan untuk kenduri pada malam tersebut, dan acara men touch up bilik pengantin. Penat macam nak mati. 

Oleh kerana dua pengantin yang bernikah di masjid pada malam tu, jadi aku terpaksa menyumbang tenaga memastikan majlis di rumah berjalan lancar. 

Bangga dengan semangat adik beradik yang ramai yang betul-betul boleh diharapkan. Syabas pada mak sebab lahirkan anak-anak yang boleh diharap.

• Majlis pada malam pernikahan (Jumaat) kiah and kak la+kenduri tahlil+kenduri doa Selamat berjalan lancar. 

Pasangan Helijah dan Azwan berjaya dengan satu lafaz akad manakala zakiah dan nazim selepas 2 lafaz..sebab pengantin lelaki cakap terlalu laju. Gemuruh di jiwa. Semangat membara.

• Aku Selamat di ijab Kabul dengan pasangan pada pagi sabtu, 2 oktober 2010 pada 11:39 pagi dengan satu lafaz. 

Alhamdulillah. Rasa sebak dan seakan tidak percaya. Tanggungjawab bertambah dan bermula detik baru dalam hidup aku...sebagai seorang isteri.

• Aku memilih tema peach, adik warna purple, dan kakak silver. Bilik masing-masing dihias mengikut tema, pelamin hitam putih dan meja pengantin berwarna kelabu. 

Dapat bayangkan tak warna-warna yang wujud haritu? Alhamdulillah semuanya nampak nice. Kami tekad mengadakan majlis yang sederhana. 

Tiada upacara tepung tawar cuma pelamin dihias khas untuk tetamu dan saudara mara mengambil gambar. Owh penat sampai sekarang masih terasa.

• Acara pada hari besar/kenduri adalah seperti berikut: pernikahan aku di masjid pada sebelah pagi, tengahari berarak dan kemudian makan beradap. 

Setelah habis makan masuk ke rumah untuk acara mengambil gambar. Cuaca yang panas benar-benar menduga.

• Ramai tetamu yang datang kerana mahu melihat tiga pasangan pengantin dalam satu majlis besar kami. 

Ya diakui memang masyarakat sekeliling terkejut dan ada yang mengeluarkan kata-kata kurang enak kononnya melanggar adat dan jarang dibuat. 

Bagi kami sekeluarga selagi tidak tertulis di dalam Quran hokum melarangnya jadi kami nekad teruskan. 

Perkara yang baik kena yakin untuk melaksanakannya. Mak dan abah orang paling gembira majlis berlangsung dengan jayanya.

• Berjuta penghargaan terima kasih kepada kak ida dan kak normah, serta abang azaha yang menjadi tulang belakang dan orang kuat untuk majlis perkahwinan kami. 

Tanpa anda mesti majlis kucar kacir. Terima kasih juga untuk adikku ani, and ayu, anak-anak saudara yang banyak menolong fatin. Ifah,anis,nafiz,dina,nizam, wawa, aiman,dan tirah. Love you all.

• Thank you to Along Catering yang serves makanan untuk tetamu dan pengantin. Makanan anda sangat sedap dan perkhidmatan anda terbaek.

• Thank you juga to mak andam: kak su untuk make up dan jugak pelamin yang besar dan cantik.

• Untuk next entry aku akan post balance entry perkahwinan dan upload gambar menarik okes.