Memaparkan catatan dengan label Hadiah Pengantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah Pengantin. Papar semua catatan

Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 Cafe

Setelah beberapa bulan berbincang nak buat surprise bachelorette party untuk kawan kami; Rica Zaireen, akhirnya terlaksana juga. 

Ini pengalaman & bachelorette party pertama yang Diah hadiri. Yelah kan, zaman dulu mana ada buat party macam ni. Kalau ada pun sekadar keluar makan dengan kawan rapat. 

Rica merupakan kawan satu pejabat Diah sewaktu masih bekerja dulu. Tempat terakhir bekerja sebelum Diah ambil keputusan jadi suri rumah sepenuh masa

Surprise-Bachelorette-Party-Palmierra28


Bachelorette Party Untuk Rica

Dari tahun lepas lagi struggle nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua jemputan supaya boleh hadir. Tetamu jemputan pun berlainan background. 

Nama pun kejutan untuk pengantin perempuan jadi tetamu jemputan terdiri daripada kawan sekolah, kawan Universiti dan kawan satu pejabat yang rapat dengan bride to be. 

Sebelum majlis berlangsung, beberapa bulan sebelum tu kami ramai-ramai berbincang untuk pilih tema, lokasi, menu dan aktiviti yang nak dibuat. 

Kami putuskan untuk buat sendiri dan tak melibatkan event planner. Rasa leceh la pula nak libatkan orang luar. 

Memandangkan masing-masing ada pengalaman dan jadi tulang belakang kalau ada event dekat pejabat jadi kita buat sama-sama. 

Surprise-Bachelorette-Party-untuk-kawan


Celebrate Bachelorette Party Di Palmierra 28 Cafe

Masing-masing dah janji sehabis baik menjaga rahsia supaya bakal pengantin tak syak apa-apa memandangkan kebanyakkan mereka bekerja di pejabat yang sama dan selalu keluar makan bersama. 

Apa yang seronok semua kawan-kawan yang terlibat sporting sangat. Tak berkira, sentiasa berikan idea untuk pastikan surprise berjalan lancar. 

Lokasi yang kami pilih untuk adakan bachelorette party adalah di Palmierra 28 Café yang terletak di Petaling Street. Betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. 

Senang je nak cari café ni sebab ianya terletak berhadapan dengan Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, di Chinatown. 

Nak mudah naik je pengangkutan awam. Diah guna LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.  

Café di cat dengan warna hijau Turquoise yang ceria seakan memanggil orang untuk datang ke sini. Hiasan dalaman pun cantik, sedap mata memandang. Antara cafe instagrammable dalam KL patut korang kunjungi. 


Kejutan Untuk Bakal Pengantin

Seronok tak terkata bila kejutan untuk pengantin berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan berlaku pada saat akhir. 

Memang di luar jangkaan dan masing-masing dah buat sehabis baik. Di hari kejadian, kawan kami yang ditugaskan bawa belon hiasan / prop terlambat sedikit sebab terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. 

Belon helium yang sepatutnya kami letak di kerusi pengantin untuk menambah seri majlis. Tapi tu semua tak mencacatkan majlis pun. 

Bakal pengantin senyum lebar sebab kami berjaya kumpulkan kawan-kawan yang dia rapat dan lama tak jumpa. 

Ikut plan asal, kami semua (sepuluh orang kesemuanya) akan sampai dulu dan tunggu bride to be dekat café. Kiranya bila Rica sampai dan kami akan jerit “surprise” ramai-ramai. 

Bakal pengantin terharu tapi berjaya kawal muka dan tahan diri dari menangis. Antara moments manis yang baik untuk dikenang di masa hadapan. 

Surprise-Bachelorette-Party-games


Permainan & Aktiviti Menarik - Bachelorette Party

Lepas semua dah reda baru kami mula dengan aktiviti. Sebelum tu masing-masing dah pesan air dan makanan ringan untuk alas perut. 

Aktiviti pertama kami permainan ‘Cuba Teka Siapa Saya’. Bakal pengantin kena teka individu yang digambarkan melalui klu yang diberikan. 

Bachelorette-Party


Beberapa hari sebelum majlis, masing-masing kena beri lima klu berkaitan diri. Untuk mudahkan kami print klu atas kertas. 

Memang seronok. Pendek kata kami enjoy sangat. Ada beberapa tekaan yang tak perlukan pengantin nak ambil masa yang lama untuk di teka dan ada juga klu yang tak disangka-sangka. 

Palmierra28-cafe

Kemudian kami berhenti sekejap untuk makan dan kemudian sambung dengan permainan kedua iaitu Bachelorette Bingo. 

Seperti game Bingo yang biasa tu cuma kami tukar Bride To Be akan baca senarai pernyataan yang disediakan. Kami hanya boleh lorek kotak jika pernyataan tu berkaitan dengan diri. 

Memang kena jujur bila main permainan ni lepas tu kena tunjuk bukti. Pemenang ditentukan oleh mereka yang paling cepat habiskan 5 kotak yang berderet. 

Masing-masing tak mahu kalah ya. Café tu meriah dengan gelak tawa kami. Café pula sentiasa penuh dengan pelanggan. 

Salute lah walaupun pelanggan café ramai tapi mereka masih mampu handle pesanan walaupun sedikit lambat. 

Aktiviti terakhir kami hadiahkan kek kegemaran pengantin. Ditempah khas dari Gula Cakery mengikut perisa kegemaran bride to be. 

Gula Cakery KL East Mall dah jadi venue Diah untuk celebrate birthday family. Suka makan dekat sana. 

Celebrate Birthday Airis Lima Tahun   |     Birthday Lunch


Surprise-Bachelorette-Party-at-Palmierra28-cafe

Berbaloi sebab sedap. Sebelum balik kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai. 

Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Sana sini orang masih bercakap tentang perkahwinan selebriti popular Malaysia, Neelofa dengan pasangan pilihan hati PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail yang telah selamat di ijabkabulkan pada Hari Sabtu yang lepas.

Banyak perkara yang menjadi buah mulut netizen Malaysia antaranya rekaan pelamin, seri pengantin Neelofa, langgar SOP, doorgift mahal dan macam-macam lagi lah. 
Perkahwinan Neelofa dengan PU Riz ni boleh lah aku katakan sebagai perkahwinan yang dinanti-nantikan peminat mereka.

Suka Dengan Perkahwinan Neelofa


Yelah kalau sebelum ni Neelofa pernah bercinta dengan Fattah Amin dan Datuk Hans Isaac, ramai tertunggu-tunggu bila dan siapa jadi pilihan Neelofa menjadi imam dia. 

Dengan status dan kekayaan dia semestinya jadi kelebihan dan juga ujian untuk pasangan dia. Katanya ramai jejaka kecewa bila Neelofa dah kahwin, betul ke? 

Sila jangan kecewa itu maksudnya dia bukan jodoh anda. Di usia Neelofa 32 tahun dan dia memilih suami, PU Riz yang berusia 26 tahun pasangan yang sama cantik sama padan.


Konsep Pelamin The Jabal Rahmah by RekaTeemor

Apa aku suka bila tengok majlis perkahwinan Neelofa ni ialah tentang warna pilihan dan juga dress code tetamu yang hadir. 

Terutama jemputan wanita yang memakai selendang dan berusaha tutup aurat. Semua pakai baju putih. Cantik dan sejuk mata memandang.
Rekateemor menjadi Perancang Perkahwinan yang bertanggungjawab menghasilkan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan. 

Ya ampun ternganga aku tengok bunga-bunga putih disusun diserikan lagi dengan cahaya lampu bagaikan dipancar dgn sinaran bulan terang ‘The Jabal Rahmah’.
 
Fun fact: Empat tan bunga segar digunakan untuk menghiasi pelamin bertemakan ‘Jabal Rahmah’ untuk perkahwinan Neelofa dan PU Riz.
Aku yang belum ada rezeki jejakkan kaki ke Tanah Suci pun terpesona tengok, apatah lagi mereka yang pernah menjadi tetamu Allah pasti dapat relate dengan idea yang RekaTeemor hasilkan.
 
Aku pernah kongsi Kisah Penghijrahan Neelofa

Doorgift Barangan Mewah Untuk Tetamu

Kecoh dekat Twitter ramai yang terperanjat dapat doorgift mahal di perkahwinan Neelofa. Tetamu yang hadir dihadiahkan produk Skincare Lancome dan barangan kemas Swarovski. 
Tapi bagi aku pula, tetamu yang hadir majoriti golongan berada, harga barang tu ‘biasa-biasa’ je kot bagi mereka.
 
Menu jamuan pun tak kalah ya sebab ada menu udang galah besar. Bagus betul dia berhabis duit gembirakan tetamu dan ahli keluarga. Bayangkan berapa banyak doa yang pengantin dapat sebab tetamu gembira.

Busana Putih Majlis Nikah

Neelofa menggunakan khidmat pereka fesyen wanita Alia Bastaman yang telah menghasilkan busana putih bersih yang dipakai ketika majlis pernikahannya. 

Nampak manis dan sopan je. Walaupun nampak sarat dengan bulu-bulu dan perincian lain tapi bagi aku masih praktikal dan pengantin tak terseksa nak bergerak.

Majlis Kahwin Tak Ikut SOP?

Tak sampai 24 jam perkahwinan Neelofa dengan PU Riz berlangsung, tular di media sosial yang majlis perkahwinan mereka didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal.
 
Selepas tengok video yang dirakamkan oleh Shalma Aina dekat Youtube dia baru aku faham kenapa orang ramai marah kita tengok je lah apa berlaku lepas polis sisasat nanti.
Khas untuk pengantin baru, bukan untuk Neelofa dan Haris Ismail sahaja; didoakan kalian semua kekal bahagia ke Jannah.
 
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
Ertinya:” Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
 
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اَللَّهُ لَك , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda, “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.”
 
sumber: Instagram Neelofa & RekaTeemor

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Dua hari lepas saya telah menjengok blog kawan saya myYellow Sunflower dan entry yang ditaip saya rasakan ditujukan kepada orang2 seperti saya (orang yangg baru bertukar status). 

Entry yang dikongsi adalah berkaitan kerunsingan dia dalam memilih hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pengantin. 

Saya juga pernah mengalami dilema memilih hadiah terbaik yang rasanya berguna dan dapat men touching kan hati kawan yang mendapat hadiah tersebut. 

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Maka saya telah tinggalkan comment yang pendek, sebab tak kan nak tulis berjela itu blog orang ok dan saya kembali mengomen di blog sendiri. 

Ok ni list yang saya rasakan saya mahu (sebagai pengantin) jika tetamu yang hadir dan datang bawak hadiah.


1. Album gambar 

Bagi sesetengah orang nampak tak cool if bagi album sebagai hadiah. Tapi bagi saya yang telah dan baru berkahwin album sangat berguna. 

Saya amat-amat perlukan apatah lagi selepas mencuci gambar-gambar hasil dari majlis yang telah berlangsung. 

So bila pengantin buka hadiah dan dapat gunakan album tu, mesti dia kate “wah nasib baik si polan ni bagi album, tak payahlah nak beli album lagi, cantik pula tu album ni” seterusnya pengantin akan gembira.


2. Buku ilmiah 

Buku termasuklah segala bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan diyakini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Lebih baik jika buku yang diberi menyediakan tip-tip untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. 

Selalunya buku-buku saya akan cari di MPH. Memang banyak pilihan. Berdasarkan pengalaman, buku seperti ini sangat berguna kepada saya. 

Buku juga adalah salah satu barang hantaran yang saya beri kepada MrZ.


3. Set alatan memasak/dapur 

Okey untuk set ni mestilah lengkap dengan kuali,periuk, pisau, alat pembuka tin, senduk, sudu garpu, pinggan, gelas etc. 

Bila lengkap semua memang teramat gembira pengantin yang menerimanya. hihiihihih.. Tapi bagi ikut kemampuan. Untuk kawan baik sesuai la.


4. Voucher berbulan madu 

Yang ni memang nampak agak besar perbelanjaan nya dan perlu di refer kepada pasangan pengantin bila diaorang nak pergi honeymoon. 

Tapi ok what setakat bayarkan duit hotel dan suggestkan tempat menarik untuk pengantin bercuti. Dalam malaysia sudah. 

Bagi pengantin yang berfikiran macam aku, tempat honeymoon tak kisah dimana-mana asalkan dapat bercuti dengan suami.


5. Pakej spa/ pedicure/ manicure 

Yang ni memang membantu sebab selepas kenduri berlangsung memang banyak kerja yang dibuat. Penat memang tidak terkira. 

So apakata bagi hadiah yang macam ni supaya pengantin dapat merehatkan dan memanjakan diri selepas penat bertungkus lumus.

Okey dah. Cukuplah membebel. Ni saya type berdasarkan apa yang difikirkan aje. Harap ianya berguna. 

Segala hadiah yang diterima dari tetamu memang menggembirakan saya dan MrZ. Tak kisah kecik atau besar. tak dilupakan terima kasih kepada semua yang memberi hadiah sempena perkahwinan saya. 

Paling utama DOA dari tetamu yang hadir supaya pengantin berbahagia ke akhir hayat. Amin.