Resepi Meatball Cheese Meleleh Sempoi

Rodiah Amir
Puas hati betul bila resepi pertama kali cuba terus menjadi. Memang melompat kegembiraan la jawabnya. Kali ni aku teringin nak cuba meatball cheese yang pernah viral dekat Facebook. 

Bagus betul bukan setakat viral tunjuk pandai memasak je tapi siap kongsi resepi. Jadi marilah kita sama-sama cuba buat meatball cheese meleleh sempoi.

Alhamdulillah ini kali kedua aku cuba resepi bebola ni. Kali pertama aku simpan kat handphone lama, gambar tak sempat nak transfer. 

Resepi Meatball Cheese Meleleh Sempoi

Kali kedua buat dah lebih yakin dan tahu nak agak. Korang yang tak pernah buat jangan risau sebab resepi ni simple ya amat semudah buat cekodok ikan bilis.

Tapi kalau nak mudah pergi jelah Ikea makan meatball dekat sana. Sedapnya. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi meatball cheese meleleh sempoi ini adalah seperti di bawah. Oleh sebab kita nak cheese dia meleleh kena guna mozzarella. Meleleh tu bermaksud cheese tu boleh ditarik panjang.

Semakin banyak cheese yang korang letak semakin power la meatball kau ok. Tapi berpada-pada cukplah kang kesihatan ko terjejas.


Bahan-Bahan Meatball Cheese Meleleh

Daging Cincang aku guna daging hancur frozen  
Satu biji bawang holand saiz sederhana
1 biji lobak yang dipotong dadu bagi halus
1 biji telur – satu biji
Perasakan dengan garam secukup rasa
Serbuk lada hitam untuk bagi pedas
4 sudu besar Tepung gandum
Mozzarella Cheese
Breadcrumb

Cara-Cara Menyediakan Meatball Cheese Meleleh

Cara-cara membuat meatball cheese meleleh sempoi ni semudah abc. Korang just satukan bahan-bahan di atas supaya sebati kecuali mozzarella cheese dan bredcrumb. 

Cuma tips aku masukan daging dahulu kemudian masukan lobak, dan diikuti oleh tepung.
Adjust tepung mengikut kelikatan adunan. 

Kita tak mahu terlalu banyak tepung nanti bertukar jadi cekodok meatball pula. Kemudian masukan telur dan lain-lain. Gaul biar sebati. 

Agak-agak dah bergaul sehati sejiwa boleh lah bentukkan bulat-bulat dengan sudu masa nak goreng tu.

Jangan lupa masukkan mozarella cheese yang dipotong. Kalau lupa tk jadi dah resepi cheese ni ok. ikut resepi asal kena golek dengan breadcrumb sebelum digoreng. Stock bredcrumb aku habis jadi asal jadi je lah eh.

Kena goreng dengan minyak yang betul-betul panas ok. Baru meatball kau akan jadi terbentuk elok. Goreng hingga kekuningan dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba. 

Aku pernah buat Sosej Daging Sendiri juga cubalah. 

Tags