Alhamdulillah Anak Sulong Mama Dah Convo

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi anak mama dah berjaya dapat segulung sijil. Dah selamat bergambar convo dengan rakan sekelas. Hahahhaha. Tarikh sebenar Convocation TASKI ABIM HUFFAZ SETAPAK 2016 adalah pada hujung November ni in sha Allah. 

cair tengok anak sendiri


comelnya kau nak

Cepat betul masa berlalu. Tahun depan kalau masih ada rezeki In Sha Allah akan hantar Ikhwan ke sana lagi.
pipi dah nak penuh screen camera 
Beberapa bulan lepas dah plan nak register Ikhwan sekolah darjah satu. Ikhwan in sha Allah masuk darjah satu pada 2018. Sebenarnya dah boleh register dari April haritu tapi asyik tangguh. Kalau la dah tak cukup tempat nak hantar Ikhwan kemana tak tahu.

Since aku dah tak dapat bercuti so aku serahkan tanggungjawab nak register kepada suami. Untuk pergi register kena bawak dokumen seperti dibawah.
  1. Sijil Lahir Asal dan Satu Salinan.
  2. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal).
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  4. Sampul Surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm).
  5. Setem 80 Sen.


Semoga segala impian dipermudahkan Allah. Semoga Ikhwan Hafeez jadi anak soleh, terpilih untuk berbakti kepada agama. Dipilih untuk masuk ke syurgaNya. In sha Allah. 

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama