Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras

Rodiah Amir
8
Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak jejakkan kaki ke IKEA Cheras akhirnya sempena cuti Chinese New Year yang sudah kami berjalan-jalan ke sana. 

Tujuan utama adalah bertemu dengan rakan-rakan blogger dari Negeri Pantai Timur yang datang bercuti ke Kuala Lumpur. 

Kalau dah datang ke sini, mestilah tak lepaskan peluang makan di restoren IKEA. Macam biasa, pilihan anak semestinya meatball IKEA dan kali ni Diah teringin nak cuba Salted Egg Wings. 

Oleh sebab serik makanan yang dibeli tak habis jadi memang dah ingatkan diri supaya beli makanan cukup-cukup je. No dessert! Kalau ada dessert mesti tak habis. 


Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras 

Untuk kami sekeluarga, Diah beli Salted Egg Wings lima ketul yang berharga RM17.50, seketul besar Croissant berharga RM3.70, kids’ meatball berharga RM6.50, ada lima ketul meatball, mashed potato, brokoli dan juga air refillable. 


Salted Egg Wings

Apa Kami Makan Bila Datang IKEA? 

Nak ambil mushroom soup tapi dah habis dan staff dia belum sempat nak refill. Malas nak tunggu jadi makan apa yang ada sahaja. Termakbul doa, masa tengah beratur asyik ulang tak mahu membazir. 

Kalau beli mushroom soup mungkin akan membazir. Allah tahu yang terbaik. IKEA juga sediakan bekas Tupperware kalau nak tapau ya. 
Masa pilih makanan beritahu siap-siap nak letak dalam bekas. Kemudian, bayar je dekat kaunter.

Satu set Salted Egg Wings ada lima ketul kepak ayam. Ayam dia digoreng dan kemudian disaluti/dicurah dengan sos Salted Egg. 

Setelah mencuba Salted Egg Wings ni terbukti Diah memang bertekak Melayu. Rasa sos salted egg ni berlemak dan ada sedikit rasa pedas.

Sesuai untuk anak-anak. Kena sangat makan dengan crossaint sebagai pencicah. Bila makan ayam yang kedua, terasa macam makan ayam masak lemak cili padi. Lol. 

Rasa seakan-akan la, tak jauh beza. Cuma kuah dia agak pekat berbanding kuah ayam masak lemak.


Review Salted Egg Wings di Restoren IKEA Cheras

Pendapat Aku Bila Dah Rasa Salted Egg Wings

Berbaloi untuk dicuba? Semestinya kalau anda memang seorang suka makan dan mencuba makanan baru, apa salahnya. Masih sedap cuma kurang rasa wow. 

Itu ikut tekak Diah. Lain orang lain taste bud. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Eh ada kaitan ke?
Aku pernah makan  Smoked Beef BBQ rib dia power

Paling penting sesi borak sambil makan di IKEA berjalan lancar. Tiada adegan anak melalak, berlari ke sana kemari. Air dan gelas semua selamat tak tumpah mahupun pecah. Paling seronok semua berborak tak ingat dunia. 

Bagi yang dah rasa Salted Egg Wings IKEA apa pendapat anda? Yay or Nay?

IKEA Cheras

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Dah lama tak ke IKEA, next week nak ke IKEA Tebaru, nak try lah menu baru ni.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa makan2 di Ikea. Lama dh tak pi. Huhu

    BalasPadam
  3. Saiz kepak ayam tu nampak agak besar atau sebab tengok dalam gambar je ? Berbaloi tak dengan harga ??

    BalasPadam
  4. Saiz kepak ayam tu nampak agak besar atau sebab tengok dalam gambar je ? Berbaloi tak dengan harga ??

    BalasPadam
  5. aku pun suka weih. ak suka dengan rasa daun kari nya tu. sure repeat.

    BalasPadam
  6. tak pernah sampai IKEA ... bila nak sampai ni

    BalasPadam
Catat Ulasan