Assalamualaikum.
Perginya seorang bintang. Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin.
Kisahnya:
Isteri
dapat ilham nak beli cekodok pisang yang dijual sebab Cekodok pisang adalah
kuih kegemaran arwah.
Pagi
tu isteri belikan. Niatnya petang baru di beri makan.
Kasihnya
isteri sebelum di suap makan isteri panaskan dan potong menjadi ketulan kecil.
Ketika
suapan yang ke 4, arwah terus tercekik
Isteri
agak ralat tapi isteri arwah redha. Arwah sihat semasa kejadian.
Kalau
dah ajal kan, tercekik hanyalah asbab.
Allahyarham
Tan Sri Jins Samsudin adalah pesakit Alzheimer. Gangguan pada otak dan
menyebabkan hilang ingatan.
Sedikit
info: Penyakit Alzheimer adalah keadaan
di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya
tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang
sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan
yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Ini pulak kisah Allahyarhamah Ary Malik. Setelah menderita kanser Ovari tahap 4 akhirnya Ary pergi selepas berjuang melawan sakitnya.
Semakin teruk apabila barah tu merebak ke kepala. Allahu sakitnya.
Masih ingat suami dia jawab soalan wartawan; Ary sangat positive menerima berita yang dia disahkan penghidap kanser. Setiap hari dia bangun dengan ceria dan sering menggembirakan orang lain.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Yang masih diberi peluang, jaga kesihatan dan hargai.
Salam takziah untuk keluarga dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.
AlFatihah.
Salam takziah untuk keluarga dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.
AlFatihah.
Sumber
berita dari
Tan Sri Jins Samsudin - Berita Astro Awani
Ary Malik - Berita Astro Awani
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.