Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak

Kebiasaan apabila menghampiri bulan Ramadan ramai orang memberi ucapan seperti Ramadan Kareem dan Ramadan Mubarak. 

Kedua-dua ucapan ini sebagai tanda umat Islam mengalu-alukan kedatangan bulan mulia paling dinanti sepanjang tahun. 

Seperti yang diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memberi ucapan selamat bersempena dengan ketibaan bulan-bulan tertentu atau hari-hari tertentu. 

Contohnya ucapan menyambut Ramadan termasuk dalam perkara-perkara adat yang mana hukum asal bagi kesemuanya ini adalah harus selama mana tidak terdapatnya dalil yang melarang.


Ramadan-AlMubarak-1443H


Ramadan Al-Karim atau Ramadan Al-Mubarak?

Apa jua pilihan kalimat yang kita ucapkan, paling penting adalah semangat dalam diri menyambut Ramadan itulah yang paling utama. 

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. 

Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. 

Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)."

Riwayat Al-Nasaie (2106)


Apa maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak?


Ramadan Mubarak

Diterjemahkan daripada perkataan Arab yang bermaksud 'diberkati' - frasa itu bermaksud 'Ramadan yang diberkati'. Kerap digunakan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seseorang. 


Ramadan Kareem

Diterjemahkan sebagai 'Ramadan yang pemurah' dan jarang digunakan kerana terdapat perbahasan dan perbezaan pendapat berdasarkan maksudnya. 


Surah-AlBaqarah-Ramadan



Tiada ucapan khusus untuk menyambut kedatangan Ramadan dan tiada larangan selagi ucapan-ucapan tersebut tidak bercanggah dengan syarak. 

Rasulullah SAW pernah bersabda: 

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa"


Timbul perbezaan pendapat yang mana ucapan Al-Kareem dianggap tidak sesuai diucapkan. Secara umumnya kareem bermaksud sesuatu yang hebat, mulia dan banyak.

Jadi apabila seseorang memberikan ucapan Ramadan karim dicadangkan dijawab dengan ucapan Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).

Menurut perkongsian maklumat daripada Tuan Haji Salmi bin Shaimi, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang berkenaan ucapan Ramadhan Kareem adalah seperti berikut: 

Ucapan Ramadhan karim boleh diertikan sebagai doa semoga bulan ini membawa berbagai kebaikan, kemuliaan dan keberkatan yang pastitinya kita yakini ianya dari anugerah Allah al Karim yang maha pemurah.

Justeru itu ia boleh diucapkan bersempena kedatangan bulan Ramadan seperti juga ucapan Ramadhan al Mubarak.

Ambil kesempatan dan gunakan peluang sepenuhnya yang Allah beri untuk kita. Boleh rancang amalan yang mana boleh kita buat dan istiqamah contohnya sedekah 


Selamat-Menyambut-Bulan-Ramadan


Kesimpulan 

Tidak timbul isu dalam penggunaan ucapan sama ada Ramadan Al-Kareem atau Ramadan Al-Mubarak. Sama-samalah mengalu-alukan dan memeriahkan kedatangan bulan mulia bulan Ramadan. 

Ucaplah dan perdengarkanlah perkataan yang baik-baik. Moga terselit keberkatan dan pahala yang mengalir untuk kita semua. 


Dah bayar Fidyah Puasa, bayar online je!

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama