Modem Unifi Kena Sambar Petir - Perkara Perlu Buat

Pertama kali berdepan situasi modem unifi disambar petir baru-baru ni memang agak menakutkan. Sebelum tu memang cuaca agak buruk, suasana gelap macam nak masuk waktu Maghrib walaupun waktu tu baru sekitar 5.30 petang.

Angin bertiup kencang dan bunyi guruh dicampur kilat sabung menyabung. Aktiviti kami dekat rumah seperti biasa, anak-anak sibuk bermain dan aku sedang kemas rumah.

Sehinggalah satu ketika, petir menyambar betul-betul atas atap rumah aku. Perasaan takut tu Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan rumah aku di tingkat atas sekali iaitu tingkat 7, bertambahlah perasaan gerun tu. 

Pertama kali berlaku kejadian petir menyambar paling kuat sepanjang enam tahun aku menetap di rumah sekarang.

Setiap kali hujan guruh bercampur petir memang aku akan berjaga-jaga memandangkan rumah aku paling atas sekali. 

Dah nak masuk dua tahun juga aku jadi pengguna Unifi, selepas ambil keputusan terminate ASTRO sebab asyik tayang cerita yang sama. 


ModemUnifi-disambar-petir


 

Modem Unifi Kena Sambar Petir Kena Contact Siapa?

Dipendekkan cerita, terus buat carian nombor yang patut dihubungi bila modem unifi kena sambar petir. Akhirnya terjumpa link perkhidmatan pelanggan unifi.

Kejadian berlaku pada pukul 6 petang hari Jumaat. Tanpa membuang masa memang aku terus chat secara dalam talian guna link https://livechat.tm.com.my/

Link atas tu merupakan talian chat perkhidmatan pelanggan unifi. Mereka beroperasi 24 jam seminggu jadi akan ada kakitangan perkhidmatan pelanggan yang akan membantu.

Jadi, aku diminta untuk beri no akaun unifi sebagai rujukan untuk kakitangan tu semak di dalam sistem. Mudah sangat proses dia.


live-chat-Unifi-customer-service


Selepas semakan berjaya dilakukan, kakitangan akan bantu buat laporan kepada bahagian teknikal untuk tindakan seterusnya.

Ikut penerangan, pelanggan akan dihubungi oleh juruteknik dalam tempoh 24 jam dari masa laporan dibuat.

Jika tidak dihubungi oleh juruteknik, pelanggan dinasihatkan sekali lagi untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan guna link yang sama.

Untuk kes aku pula, aku dihubungi juruteknik yang bertugas pada jam 11 pagi hari Sabtu. Kepada juruteknik bernama Amirul, yang datang baiki dan buat gantian modem terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang anda lakukan.

Selain ramah dan berbudi bahasa, suka dengan sikap toleransi Amirul yang memahami situasi pelanggan. Kebetulan kami tiada di rumah kerana ada urusan di luar jadi aku minta dia datang sedikit lewat.

Walaupun dia kerja separuh hari pada hari Sabtu, tapi dia tetap bersabar dan mencadangkan apa perlu kami buat. Kami sangat hargai sikap tolak ansur dan dia tak kisah tunggu kami sampai ke rumah.

Proses nak gantikan modem pun tak ambil masa lama. Syukur lepas tu dah boleh guna Internet. 

 

modem-Unifi-terbakar



Terus Buat Laporan, Jangan Tangguh

Ikut pengalaman yang sudah, jika berlaku kejadian kecemasan berkaitan perkhidmatan pada hari Jumaat dan keesokkannya cuti hari minggu dinasihatkan supaya buat laporan pada pihak terbabit secepat mungkin.

Macam kes aku, kejadian modem disambar petir berlaku pada petang Jumaat. Kebetulan pengguna unifi di kawasan berhampiran juga mengalami masalah yang sama.

Ikut penerangan yang diberikan oleh juruteknik yang datang untuk ganti modem unifi rumah aku, stok modem gantian yang ada pada mereka tidak banyak sedangkan mereka menerima lebih dari 14 kes modem disambar petir pada hari yang sama.

Apa yang aku faham, mereka akan mengutamakan pelanggan yang buat laporan lebih awal. Konsep siapa cepat dia dapat. Pelanggan yang lain terpaksa la tunggu sehingga hari Isnin untuk dapat stok modem baru.


nombor-pusat-Perkhidmatan-pelanggan-unifi


Baru tiada talian internet sehari pun kami dah tak tentu arah, bayangkan kalau kena tunggu berhari-hari. 

Ilmu baru juga untuk kami apabila Juruteknik tu cadangkan kami untuk rujuk TM unifi di Setiawangsa untuk mohon menggantikan port unifi sekarang (Copper conductor) kepada yang baru (fiber conductor).

Salah satu sebab, kebanyakkan port copper paling mudah disambar petir. Jiran baru pindah sebelah rumah aku tak terkesan dek petir sebab port dia fiber.

 

Kesimpulan

Jika berlaku kejadian modem kena sambar petir boleh hubungi pusat perkhidmatan pelanggan unifi sebab mereka cepat bertindak. Paling penting tak kena bayar pun.

9 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Takut betul ya kalau jadi macam nie kan Diah. Kak Sue pun kalau kilat dengan guruh memang berjaga-jaga juga. Apapun bagus ya perkhidmatan dari Unifi.. pantas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas nampak kilat depan mata memang sedikit trauma kak Sue nak pulak kalau cuaca mendung

      Padam
  2. Flat kitorang kalau ribut petir, auto padam unifi. Biasa lepas 24 jam jugak dia akan jadi balik

    BalasPadam
  3. Teeima kasih atas perkongsian . Sedikit sebanyak dapat juga tahu bila modern unifi kena sambar petir . Tak pernah lgi alami situasi macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh baca dan jadikan rujukan untuk sesiapa dan apabila memerlukan.

      Padam
  4. Good sharing Diah..Mmg kalau jadi macam ni kena pantas buat report...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama