Photobook Murah Hanya RM8.48

Assalamualaikum,

Alhamdulillah photobook yang ditempah sudah pun selamat sampai. Service pun cepat. 
Excited masa nak bukak tu. 

Beli ni bila terpengaruh tengok promosi ni kat FB. Kalau ikutkan bayar rm8.48 tu adalah untuk postage termasuk GST. Kira free je la photobook ni.

Siapa tak nak benda free kan?

Masa aku buat ni adalah pada 11 Jan 20178 hari tu. kalau sekarang aku tak berani jamin masih valid tak promosi ni.

Boleh cuba la kalau berminat. 
Apa yang aku beli adalah: 

Mini Square Imagewrap Simple book 
Harga asal photobook ni adalah RM79.00 termasuk GST, dan size dia ialah 6"x 6". 

Jangan expect ko dapat gabak besar ye. 
Size dia memang cute mute camtu. 
Sesuai dengan harga 8 hengget tu. 

Oleh sebab sebelum ni aku pernah juga cuba nak beli photobook tapi complicated sungguh nak buat. 
Hazab aku nak follow tutorial dia bagi, so bagi aku apps photobook yang ni adalah paling sempoi sekali. 

Memang less edit pun. Syarat utama gambar kena cantik la.
Sebab dalam apps ni tak perlu edit apa-apa.

Memang dia print gambar yang kita provide.  
So digalakkan ambil je gambar dari instagram kita, sebab kita selalu edit bagi cantik sebelum upload kan?

Macam nak repeat buat tapi aku tak sempat lagi. 
Tak tahu la layak ke tidak nak dapatkan pada harga yang sama. 
Yang aku perasan, masa nak bukak semula apps tu dia dah suruh update new version. 

So aku assume kalau nak buat kena la update dulu. 
tunggu aku rajin aku buat lagi la. 

Nanti next entry aku share step by step.
Nak combine satu entry macam panjang sangat. 



kita simpan semua gambar buat kenangan ok. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.