Pengalaman Baby Songsang kembali Normal

Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan dari entry aku risau tentang kedudukan baby aku yang SONGSANG walaupun dah masuk minggu ke 38 kan? ok masuk minggu ke 39, 3 hari aku buat follow up lagi dengan doctor Zana.

So dari tempoh 12 Jan ke 20 Jan 2018 tu semua tips yang aku share untuk baby SONGSANG semua aku buat. sujud paling lama aku buat 3 kali sehari, 7 minit setiap sesi. Aku dah stop solat duduk dan aku paksa diri solat untuk macam orang normal walau aku kelihatan seperti katak puru. Seksa woi tapi sebab nak anak kepala ke bawah buat juga.



Aku kurangkan duduk dan berjalan sekitar rumah. Tak larat aku stop. Hari-hari aku bercakap dengan baby, kali ni versi tegas. Sebelum ni aku cakap versi lemah lembut manja tak jalan sangat. Kihkihkih.
Alhamdulillah dengan berdebar-debar akhirnya tadi doctor Zana scan dan kepala baby stay kat bawah. Fiuh.. bersyukur sangat. Sebelum ni aku berjaga-jaga supaya jangan bersalin selagi kepala belum ke bawah, so aku limitkan pengambilan gula dan pergerakkan.

Tapi tadi lepas semua confirm terus aku menjerit kegembiraan depan doctor. Doctor kata suruh banyak berjalan dan suruh buat exercise squad atau jalan itik. Makan nenas, minum air kelapa muda, makan minyak kelapa dara. Memang seronok la aku dengar. In sha Allah.

Semoga baby duduk baik-baik di kedudukan sepatutnya sehingga la waktu keluar nanti ya. Aamin. 

Sekarang nervous lagi nak tunggu nak bersalin tapi atleast aku tahu baby dah kepala ke bawah. So lepas je check-up terus ikut suami jalan-jalan kat mall lepastu sambung pergi pasar malam. Ada makcik tegur perut aku dah jatuh ke bawah katanya. Dia kata entah-entah aku bersalin malam tu juga. Hoi seram mak cik buat lawak. Sabar la, biar dia keluar bila tiba waktunya ya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua nikmat. Moga dipermudahkan urusan aku bersalin. Mengandung anak ketiga di usia 30-an memang banyak cabarannya. Lepas ni boleh stop dah kot. seram kau. 

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.